Hurting 2

759 20 7
                                    

"Bukak pintu ni! Wave!"

Namtarn menghentam pintu yang sudah berkunci dari dalam. Dia mengetuk kasar dengan harapan yang Wave akan kembali dan membuka pintunya. Namun begitu tiada tanda-tanda yang Wave masih berada di sebalik pintu itu ini.

Sia-sia...

Kenapa awak buat semua ni Wave? Awak tak kesiankan mereka semua ke? Kenapa awak buat semua ni jadi kucar-kacir?

Awak tak faham kenapa saya buat semua ni Namtarn? Nampaknya saya dah tersalah...

Wave?

Tersalah membayangkan yang kita boleh melakukan semua ni sama-sama. Salah saya... kerana lebih memilih awak dari dia.

Apa yang awak cakap ni Wave?!

Ada sesuatu yang buatkan Namtarn mungkin terlepas pandang. Tapi apa? Apa maksud dari kata-kata Wave tadi? Siapa 'dia' yang Wave maksudkan?

Brakkk, pintu yang bersambung pada bumbung sekolah dibuka dan menampakkan sosok ohm yang begitu gembira kerana telah menjumpai Namtarn.

"Ohm!!!"

Mereka berdua berpelukan riang, tapi tak lama selepas itu riaksi Ohm mula menjadi serius.

"Kita kena pergi sekarang. Pang mungkin dalam bahaya."

"Apa maksud awak?!"

"Dia nak lawan Wave seorang diri"

Dan itu membuatkan jantung Namtarn terhenti seketika.
.
.
.
.
Di sebuah tempat...

"Aku bebaskan kau..."

Pang berjalan bersendirian dengan membawa sebuah balang kecil yang terisi ikan-ikan peliharaannya.

Dia langsung tak peduli dengan sekolahnya yang  sedang kacau bilau dan pelajarnya sudah tak dapat diatur. Well as long tiada siapa yang mengganggunya.

Melihatkan Gifted class bersungguh-sungguh untuk mencari Wave, dan hentikan semua ni. Membuatkan dia naktergelak.

Semua orang ada motif masing-masing, bertindak atas nilai moral hanyalah bonus dalam poket diorang. Kru pom, Punn, Mon, Claire, Korn, Jo twins, Ohm dan- ohya Namtarn. Drama, drama, drama.

Dia pun tak sangka yang dia pandai berlakon. Berpura-pura panik di hadapan mereka semua takderla susah mana. Oh Pang... sejak bila kau jadi super twisted macam ni.

Mungkin sejak kau jumpa dia... mungkin sejak kau jatuh cinta ngan dia, mungkin kau dah bodoh sangat sampai ke tahap tidur dengan dia atau... mungkin bila kau percaya yang dia takkan tinggalkan kau.

Dia dah buat dah pun Pang... dia dah tinggalkan kau demi Namtarn. Kau tu cuma sampah level tapak kasut dia je. Tak mungkinlah wave... akan jilat ludah dia balik.

Tapi salah dia ke? Salah dia ke mengharapkan bahagia itu miliknya? Dia teringat akan kata-kata Claire bawahasanya bahagia itu bukan atas nama khayalan semata. Dia tak harapkan pun kisah dia dan Wave akan memiliki pengakhiran yang happy ending macam dalam fairy tale.

Sumpah tak pernah.

Dia cuma harapkan perasaan itu tak akan pernah hilang.

Betul la orang cakap, hari ni kau boleh cakap kau cintakan orang tu. tapi suatu hari nanti bila rasa tu dah hilang? Kau akan tinggalkan dia macam tu je. Sama macam apa yang dia buat pada Nack.

Bukankah perkara sama yang berlaku pada dia? Kenapa dia kena marah dan menyesali apabila karma datang mengetuk pintu hidupnya.

Take it like a man Pang.

The Gifted : Our Last Days (HIATUS)Where stories live. Discover now