BAB 40

7.9K 248 0
                                    

"KENAPA? Terkejut ke?" Adam ketawa berdekah-dekat disebelah sana.

Adam? Kenapa Adam yang angkat telefon Ethan? Bagaimana Adam boleh bersama dengan Ethan? Kenapa suara Adam seperti bangun dari tidur? Kenapa? Kenapa?

"Hannah, Hannah. Poor you. Kena tipu bulat-bulat dengan suami sendiri. You tau? Petang tadi, Ethan datang jumpa I merayu-rayu nak balik dekat I. Tulah you, suami sendiri pun tak reti nak layan." Berdekah-dekah Adam ketawa, mengejek Hannah.

"Kau tipu." Hannah membentak. Mustahil. Ethan sudah berubah. Ethan juga sudah meluahkan perasaannya pada Hannah. Ini semua tipu!

"Buat apa I nak tipu. You boleh datang dekat penthouse Ethan dan tengok sendiri. Kami habiskan masa satu malam dekat sini. Berdua. Kesian Ethan, sampai tertidur penat. I tahu dia lagi sukakan layanan I daripada layanan you." Semakin lebat air mata Hannah turun. Selebat hujan diluar. Apakah semua ini? Ini semua dusta. Ethan tak akan mengkhianatinya.

Ethan tak akan lakukan sebegitu! Ethan cintakannya.

"Got to go. Kesian my sayang tidur seorang."

Hannah menghempas iPhonenya. Kunci kereta dan kunci penthouse Ethan diambil. Biarlah selebat mana pun hujan diluar sana. Lebat lagi hujan kecewa dihati Hannah. Dia ingin lihat dengan mata kepalanya sendiri. Dia ingin saksikan sendiri kecurangan suaminya.

Dengan sepasang mata ini, dia ingin menjadi saksi.

HANNAH menarik nafas panjang. Tadi, bagaikan orang gila dia memandu kereta didalam hujan lebat. Risau dan takut.

Dia sudah sampai didepan pintu penthouse Ethan. Tunggu masa nak buka pintu dengan kunci yang ada ditangannya ini saja lagi. Dengan lafaz bismillah, perlahan-lahan Hannah membuka pintu penthouse itu. Mata dipejamkan.

Selangkah demi selangkah. Hampir ternganga Hannah melihat kemewahan penthouse milik Ethan. Warna hitam, putih dan biru mendominasi hampir setiap ruang dan perabot. Cantik. Inilah pertama kali Hannah menjejakkan kaki disini. Tidak pernah sekali pun Ethan mengajaknya kemari sepanjang satu tahun perkahwinan mereka ini. Dia cuma pernah beri kunci saja.

Hannah lihat sekeliling. Diatas meja banyak gambar Ethan dan Adam. Dia tak buang gambar Adam? Betul ke Ethan masih punya hati pada Adam? Betul ke dia tak pandai melayan Ethan? Teresak-esak Hannah menangis memikirkan hal itu. Dengan keberanian yang dikumpul, Hannah memulas pintu bilik hadapan, tingkat bawah.

Kosong!

Bilik sebelah juga kosong. Hanya terisi dengan buku-buku saja. Macamnya bilik membaca. Ada dua lagi bilik diatas. Hannah mengatur langkah menaiki tangga. Nafas dihela perlahan.

Bilik yang pintunya berwarna lain dari pintu bilik yang lain. Mesti ini bilik Ethan. Dengan sekali tolakan pintu yang tidak berkunci itu terbuka.

Hannah terkedu. Inikah balasan yang dia dapat kerana menyintai Ethan? Begitu teganya Ethan mempermainkan cintanya.

"Ethan Harraz!"

Suara Hannah menjerit nyaring hingga menyedarkan dua makhluk tuhan yang berselubung dibawah sehelai selimut yang sama. Asyik mereka tertidur berpelukan. Ini yang Ethan lakukan dibelakangnya? Sampai hati Ethan. Bagaimana dengan nasib anak didalam kandungannya ini nanti?

Sungguh benar bagai dikata. Gay akan selamanya menjadi gay!

Melorot lemah tubuh Hannah melihatnya. Matanya tidak berbohong. Matanya bercerita yang benar. Suaminya mencuranginya. Sungguh sakit yang terbias di hati Hannah sekarang ini.

Dia, Limited Edition! [C]Where stories live. Discover now