Chapter 5 : Fragment of Memories (End)

415 15 7
                                    

"Pandai cari tempat menyorok. Dah buat hal pastu lari ya?"

Pang tak mengendahkan nada sinis itu. Lagi bagus kalau dia buat tak wujud je.

"Apa yang awak buat kat sini?" Wave seperti biasa. Tangan ke dalam poket seluar dan dengan ekspresi yang sentiasa merendahkan semua orang di sekelilingnya. Pang tak peduli. Ni tempat dia, kalau Wave nak suruh dia pergi. Wave takder hak.

"Bukan urusan kau la apa aku nak buat kat sini pun. Jangan menyibuk boleh? Lagipun ni bukan kelas kau, so kau tak boleh halau aku dari sini."

Pang ternampak Wave seperti bergumam sesuatu. Seperti sedang menyumpah. Peduli apa dia. Maaflah wave dah salah orang nak cari pasal hari ni. Dia takder mood.

"Sape kata aku halau kau?"

Ada yang makan kaki kejap lagi. Bukan dia ke hari tu yang-

Bagai dapat membaca fikiran Pang, Wave terlebih dahulu memotong bicaranya.

"Aku cuma tanya. Aku takder halau kau pun, kau yang keluar sendiri." Wave mengangkat kedua tangannya bagaikan gaya surrender.

"Hurmm..."

"See? Aku tak halau kau kan?"

Pang sedikit tersipu-sipu. Ada betul jugak kata-kata Wave tu. aduyai Pang... eah tapi!

"Tapi gaya awak macam nak halau saya."

Wave mengeluh, dia cuba mendekati Pang. Apabila dia nampak tiada tanda-tanda Pang mahu menjauh, dia semakin yakin yang Pang tak kisahkan keberadaannya.

Jadi dia putuskan untuk duduk di sebelah Pang.

"Saya cakap dengan semua orang memang dengan nada macam tu. Maaflah kalau awak terasa."

Wait, wait! Wave?! Mintak maaf?! Seriuslah? Ini ke Wave yang Nack selalu cerita tu? Sombong, Bongkak, tahu nak menang je, pandang rendah kat semua orang. Ini ke orangnya? Lain kot?!

Entah-entah Nack yang melebih.

"Ermm, takpe. Salah saya jugak kot. Terlebih sensitif. Tapi next time, cuba awak cakap dengan lebih lembut? Mungkin lepas ni takder orang akan salah faham dengan awak lagi."

Pang terus pandang ke langit. Dia menikmati pemandangan malam itu walaupun tiada bintang.

"Dengan awak je la kot. Saya tak perlukan orang lain faham saya. Cukuplah hanya awak seorang."

Pang sepantas kilat melihat Wave yang sudah terbaring di sisinya. Sama sepertinya. Melihat langit tanpa bintang.

Tapi apa yang lebih penting sekarang ni adalah, apa yang baru dikatakan oleh wave tadi. Ambil masa untuk dia hadam semua tu.

"Pernah tak awak rasa seperti awak sedang melupakan sesuatu.... tapi semakin awak ingat... semakin jauh ingatan itu pergi... seolah-olah..."

"Ingatan itu tak seharusnya ada?"

Wave menatap ke arah Pang. Kali ini pandangan mereka saling bertatapan. Ada sesuatu di dalam mata Wave yang sedang menceritakan sesuatu... tetapi tidak jelas untuk dibaca oleh Pang.

"Pang... awak ada sesuatu untuk dilindungi?"

"Tak... tak ada... buat masa ni tak ada."

"Saya ada..."

Kenapa wave cakap pasal benda ni dengan dia? Topik mereka sangat random. Tapi seolah-olah sedang menyampaikan sesuatu. Pang masih confuse dengan apa yang terjadi.

"Okay... jadi?"

"Saya sanggup mati demi dia."

Wow... itu adalah sangat extreme.

The Gifted : Our Last Days (HIATUS)Where stories live. Discover now