Bab 39

6K 193 10
                                    

 {Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

••••••

       Iqbal shafique berjalan sendiri walaupun masih terasa sengal-sengal di kakinya. Terbayang di mindanya bagaimana Intan Zulaikha cuba mengelak dari bertemu dengan dirinya.Kedatangan Akram pagi tadi untuk memberikan tiket transit ke Dubai bagi mengikuti kem UNIFIL (United Nations Interim Force in Lebanon) umpama durian runtuh. Pantas dia mengemas pakaiannya untuk diisi di dalam bagasi. Dia melihat telefonnya yang memaparkan jadual penerbangannya pada malam ini.

        Entahlah hatinya terasa mahu berjumpa dengan Intan Zulaikha lagi saat ini mungkin buat kali terakhir. Usai siap mengemas wad, segera dia keluar mencari bayang gadis itu. Saat melalui pantri kearah bilik Intan Zulaikha, langkah kaki Iqbal Shafique terhenti. Nafasnya ditahan, gengaman beg semakin kuat. Jelas dimatanya kelibat cik doktor yang dia cintai sedang berduaan dengan lelaki yang dia tahu lebih berhak keatas gadis itu. Mungkin ini sebabnya Intan Zulaikha lari darinya.

       Perlahan kaki dipaksa mengundur dan lantas meninggalkan pasangan itu tanpa mengucapkan sebarang kata.

      Intan Zulaikha menolak Hafiz Rafael dan memandang kearah pintu namun tiada siapa. Entah mengapa hatinya terasa berdebar dan sedang diperhatikan. Laju dia memandang kearah Hafiz Rafael semula.

      "Tolong jangan sentuh saya! Saya perlukan masa untuk terima semua ni!" Ujar Intan Zulaikha dengan mata berkaca sambil tangan kanannya sudah menolak tubuh Hafiz Rafael menjauh.

       Hatinya dilanda perasaan sedih dengan tiba-tiba. Perlahan-lahan dia terduduk dan mula menangis tersedu sedan. Hafiz Rafael yang terkejut dengan sikap isterinya itu mula panik.

      Dah kenapa pulak bidadarinya itu menangis teresak-esak sehingga begini?

     "Sayang kenapa ni? Takkan sayang nangis sebab abang cakap tadi?"

      Intan Zulaikha memegang kepalanya. Terasa kepalanya memberat saat ini.

     "Stop it! " Intan Zulaikha menjerit sesekali kepalanya berdenyut hebat memutarkan kembali memori lalunya. Intan Zulaikha menekan kepalanya dengan kedua belah tangannya. Sungguh dia lemah, perlahan dia rebah disisi Hafiz Rafael sekali lagi.

       "Intan Zulaikha!" Hafiz Rafael memegang lembut pipi isterinya itu. Sekali lagi isteri tercintanya itu pitam saat bersamanya. Sesekali dia mengengam penumbuknya memarahi diri sendiri kerana terlalu mendesak bidadarinya itu.

          Hafiz Rafael melihat sekeliling. Pantas Hafiz Rafael mencapai baju doktor yang berada berdekatan dan menyarung ketubuhnya. Surgical mask dia capai dan terus disarung menutup mulutnya. Laju dia melihat sekelilingnya, mujur ruang tersebut kosong saat itu. Pantas dia mencempung tubuh isterinya itu dan berjalan laju menuju kearah bilik isterinya. 

       Terasa jarak amat jauh baginya walaupun hanya beberapa meter. Dia memohon agar tiada sesiapa disaat itu yang mencurigai tindak tanduknya. Kalaulah dia meminta pertolongan doktor lain mungkin selepas ini dirinya akan dihalang dari berjumpa dengan doktor Intan Zulaikha! Tidak mahu dia perkara tersebut berlaku.

       Kalau ikut kata hatinya, mahu sahaja dia membawa isterinya keluar dari hospital itu jauh dari keadaan sekarang. Memori lalu saat dia menculik Intan Zulaikha secara paksa rela yang membawa terikatnya ikatan perkahwinan antara mereka dahulu menerpa. Hafiz Rafael tersengih namun segera dia menepis perasaan itu jauh. Memori yang sepatutnya bahagia namun hancur sekelip mata.

        Masuk sahaja didalam pejabat isterinya, laju jarinya menekan tombol kunci agar tiada siapa menganggu mereka saat ini. Perlahan dia meletakkan Intan Zulaikha diatas katil strecher. Rakus dia menarik masknya dan baju doktor yang dia pakai sebentar tadi. Meliar mata Hafiz Rafael mencari minyak angin yang berada disitu. Mujur tersimpan satu didalam laci Intan Zulaikha.

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now