{Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }
••••••
Hainan Syamimi mendengus. Staf-staf yang berada disitu mula berbisik melihat Hainan Syamimi.
"Apa tengok-tengok?! Buat kerja lah!" Tengking Hainan Syamimi sambil meninggalkan ruangan tersebut dengan perasaan geram.
Datuk Kamal terus memasuki keretanya sambil mengenggam erat penumbuknya.
"Tak guna kau Hafiz Rafael. Patutlah tak cari anak aku rupanya sibuk dengan perempuan lain!"
Mati lamunan Datuk Kamal saat dia terdengar ketukan dipintu pejabatnya. Tersembul wajah Datin Jamila sambil tersenyum membawa secawan kopi.
"Hai abang, lamanya duduk dalam ni. Tak habis kerja lagi eh?" Datin Jamila memegang pipi suaminya itu.
Datuk Kamal mengeluh sambil memicit kepalanya.
"Kenapa ni abang? Ada masalah dekat ofis ke?"
Datuk Kamal senyum segaris. Segera dia minum kopi yang dibuat oleh isterinya itu. "Sedap sayang abang bancuh kopi. Hilang stress abang."
Datin Jamila tertawa kecil. "Abang ni, macam lah Mila tak pernah buatkan kopi untuk abang."
Datuk Kamal ketawa. "Ala, abang ikhlas puji Mila ni."
Datin Jamila menghadap wajah suaminya itu. Jiwanya seolah-olah memberitahu ada sesuatu tidak kena. "Hmm, abang kenapa ni? Cuba bagitahu dekat Mila."
Datuk Kamal mengeluh kuat sebelum berdiri membelakangkan isterinya itu sambil menghadap tingkap.
"Sebenarnya hari tu abang ada jumpa dengan Hafiz Rafael."
"Apa?!" Datin Jamila terjerit kecil dengan riak terkejut.
~~~~~~~~~~~
Iqbal Shafique melihat kepulauan yang sedang dijaga olehnya dengan skuadnya melalui teropong. Sudah hampir seminggu dia disini menjaga perairan Negara dari dimasuki lanun, walaupun lambakan tugas yang sibuk namun jauh disudut hati dia merindui wajah Intan Zulaikha.
"Leftenan Iqbal Shafique, rehat lah dulu. Dah berapa malam awak bersengkang mata jaga wings sana." Jeneral Riduan sudah memberi arahan.
Iqbal Shafique sudah berdiri sambil memberi tanda hormat tentera. "Tuan! Kita kena berjaga-jaga dengan serangan lanun. Kawasan dekat Lahad Datu yang paling membimbangkan buat masa ini."
"Saya tahu tapi awak kena rehat juga. Saya perlukan skuad yang produktif."
Iqbal Shafique akur. "Baiklah tuan! Arahan diterima."
Iqbal Shafique duduk diruang rehat. Hatinya dilanda perasaan rindu yang menebal. Secawan Nescafe panas dihirup. Walaupun berada diatas udara, dia masih mempunyai bekalan air panas yang mencukupi didalam thermosnya. Dia mengambil telefonnya dan melihat gambar yang dia ambil curi-curi sebenarnya.
Gambar Intan Zulaikha sedang ketawa sewaktu kenduri kesyukuran dahulu. Iqbal Shafique tersenyum tanpa sedar, dia tahu dalam etika ketenteraan mencuri gambar adalah sesuatu yang tidak bermoral, namun dalam etika hatinya sendiri sebagai manusia biasa. Dia telah break a rules. Dia tidak dapat menahan diri untuk menyelam cintanya sendiri.
"Woi, siapa tu?" Tegur leftenan Khairul yang baru sahaja berehat disitu tanpa disedari oleh Iqbal Shafique.
Iqbal Shafique terkejut. Pantas dia berdehem dan cepat-cepat memasukkan telefonnya didalam poket.
YOU ARE READING
Arjuna Hatiku | C
Romance[COMPLETE ✔] 🔱Second Winner White Diamond Award - Romance Genre Orang kata, kalau kita terlampau sayang dekat seseorang, nanti lama-lama tukar jadi benci... "Opss, maafkan saya encik." - Intan Zulaikha "Hey, tak nam...