{Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }
••••••
3 hari sudah berlalu, Iqbal Shafique sudah boleh berdiri. Namun entah mengapa cik doktor tidak mahu membuka penahan di lehernya ini. Susah dia nak pandang sini sana. Nak ushar nurse yang cun-cun tu pun tersekat!
Akram datang melawat sambil membawa sebakul buah-buahan. Wajah Iqbal Shafique sudah mencuka.
"Am, bawak lah aku keluar. Please, tak sanggup aku duduk hospital ni lama-lama." Rayu Iqbal Shafique.
Akram ketawa sambil menepuk bahu sahabatnya itu. "Kau belum sihat lagi lah Fiq, leher kau tu pun tak okey lagi."
"Ala Am, daripada duduk dekat sini boleh naik gila aku! Kau tengok lah dekat news nanti seorang tentera udara dimasukkan kedalam hospital tanjung rambutan." Iqbal Shafique sudah membebel.
Akram bantai melambakkan tawanya lagi. Kali ni dengan pakej berair-air mata dibuatnya.
"Kau kenapa bro? Kau kena lah fully recovery. Nanti kapten tak bagi kau masuk kem lagi susah."
Iqbal Shafique meraup wajahnya namun dia mengaduh saat tangannya menekan wajahnya hingga terasa sakit di lehernya. Haish, tangan ni tak boleh diam pun!
"Adik kau tu la! Maunya aku tak jadi gila bila tiap hari dia datang je nak cucuk aku, datang je nak cucuk, cucuk je, muka aku." Adu Iqbal Shafique lagi sambil menunjukkan kembali jari telunjuknya kearah dirinya.
"Please Am, bawak lah aku keluar dari penjara ni. Kau tak kesian dekat bestfriend forever and ever kau ni ke?" Lagi sekali Iqbal Shafique memujuk Akram dengan harapan sahabatnya ambik port dengan pakej muka simpati dia ni.
"Hmmm, sebenarnya adik aku tu garang. Kalau dia dapat tahu aku bawak lari patient dia, mau dia denda aku sekali tapi disebabkan kau bestfriend forever and ever aku. Aku faham perasaan kau tu so jom lah cepat keluar before adik aku datang." Ujar Akram sambil tersenyum dan mengintai kot-kot tetiba muncul Intan Zulaikha tak ke naya!
Iqbal Shafique tersenyum lebar. Pantas dia turun dari katilnya dan berjalan beriringan menuju ke muka pintu.
Baru sahaja Iqbal Shafique ingin memegang tombol pintu, tiba-tiba pintu dibuka dari luar. Macam lipas kudung kedua-dua lelaki tersebut berlari. Muka Akram sudah pucat lesi. Iqbal Shafique pulak sudah panik. Akhirnya dia hanya menyorok di balik pintu dan sempat mencapai penutup lampu dan memakai penutup tersebut dikepalanya. Sengaja dia acah-acah jadi lampu!
Akram pula sempat melompat diatas katil Iqbal Shafique dan segera menyelubung dirinya sendiri. Mampus dia kalau yang masuk tu Intan Zulaikha!
Intan Zulaikha masuk kedalam bilik Iqbal Shafique. Seperti biasa, setiap 4 jam dia pasti melihat keadaan lelaki itu. Namun kali ini dia merasa aneh. Dilihatnya diatas katil tubuh Iqbal Shafique sedang berselubung didalam selimut. Ah demam ke lelaki itu?
Sampai sahaja disisi katil makin aneh dirinya saat melihat seolah-olah kasut bekerja yang selalu digunakan oleh abangnya Akram berada disitu. Intan Zulaikha baru teringat bahawa abang Akramnya ada beritahu yang dia mahu melawat sahabat baiknya si Iqbal Shafique tu. Ni mesti ada konspirasi rahsia nak lari dari hospital lah ni. Pantas Intan Zulaikha tersengih. Idea jahat tengah datang ni!
Jarum picagarinya sengaja dia layang-layangkan.
"Hmmm, Iqbal Shafique hari ni I bagi you jarum yang paling tajam tapi jangan risau tak sakit pun macam gigit semut je. So bukak lah selimut tu. You jangan takut okey." Sengaja dia ugut. Bukan dia tak tahu yang sedang berada diatas katil saat ini adalah abangnya sendiri!
YOU ARE READING
Arjuna Hatiku | C
Romance[COMPLETE ✔] 🔱Second Winner White Diamond Award - Romance Genre Orang kata, kalau kita terlampau sayang dekat seseorang, nanti lama-lama tukar jadi benci... "Opss, maafkan saya encik." - Intan Zulaikha "Hey, tak nam...