Bab 14

4.8K 177 15
                                    

"Kenapa kahwin cepat sangat?"soal Mak cik Gayah

"Kena tangkap khalwat lah tu."balas Amylia

"Eh Ya. Baik kamu diam sebelum aku halau kamu."marah opah

Amylia mencebik.

"Patutnya nikah lagi 2 bulan. Tapi mama papa suruh nikah awal. Lagipun papa dengan abang tak nak jadi wali untuk Nura. Papa suruh ambil wali hakim je."terang Nura perlahan

"Dah kenapa dengan papa tu Nura?"soal Acu Syana

"Mama papa dah buang Nura."balasnya bersama air mata

Aliff menggosok bahu isterinya.

Semua disitu terkejut.

"Astaghfirullahalazim. Dah gila ke apa? Habis tu Marvin pun sama ke?"soal Pak Teh Khairi

"Eh tak Pak Teh. Marvin yang nak keluar."balas Marvin

"Apa dah jadi dengan mak bapak korang ni. Tak faham aku dibuatnya."rengus Opah Hasinah

.......

"Opah, kami nak keluar sekejap. Nak pesan apa - apa tak?"soal Aliff

"Tak de pape lah."balas Opah Hasinah

Aliff tersenyum lalu keluar dari rumah.

Nura sudah menunggu di dalam kereta kerana Deniel panas.

Aliff membuka pintu kereta dan masuk ke dalam perut kereta.

Laju sahaja kereta meluncur keluar dari perkarangan rumah.

"Abang saya nak minta maaf bagi pihak Amylia tu ye."ujar Nura

"No worries lah sayang. Ni nak pergi mana ni?"soal Aliff

"Kita pergi pekan lah. Cari aiskrim untuk Deniel."balas Nura

Kring kring

Nura mengeluarkan IPhonenya lalu menjawab panggilan dari Mama Adria.

"Hello assalamualaikum ma."

"Waalaikumussalam. Kat mana ni? Mama datang rumah, rumah gelap."

"Oh lupa call mama tadi. Kami balik Perak. Nanti lepas dari Perak kami singgah rumah mama ye."

"Hah ye lah. Den mana?"

"Ada ni ma."

"Kirim salam dia. Okeylah mama letak dulu. Edriana panggil."

"Okey ma."

Terus ditamatkan panggilan.

"Mama tanya kita kat mana."

Aliff mengangguk.

"Tu bang Seven E."ujar Nura

.........

Pagi itu Aliff membawa satu keluarga keluar sarapan diluar dan selepas itu mereka sekeluarga terus ke Menara Condong Teluk Intan dan Zoo Taiping.

Muka Nura kelihatan muram bila Amylia sibuk naik kereta bersama mereka.

Bukannya apa, dia buat Nura seperti tidak wujud di dalam kereta.

"Abang, kenapa abang tak jumpa Yaya je. Mesti nanti kalau jumpa kita kahwin kan."ujar Amylia gedik

Nura tersentak.

"Bukan jodoh lah tu."selamba jawapan Marvin

"Kau diam."marah Amylia

Aliff mampu tersenyum hambar. Pantas tangannya menarik tangan Nura disebelah.

Nura diam.

"Abang, kenapa abang kahwin dengan dia ni ehh. Bukannya cantik mana pun. Cuba tengok Yaya ni, dahlah cute, comel, cantik, ayu lagi."pujinya

Sayang, Aliff Iman Shah (C)Where stories live. Discover now