• 37

15.5K 779 4
                                    

'Something are wrong with you that make me wanna know more about you '
____________
Prom Night Part. 3

Qaz & Hana Pov.

Qaz merapatkan jurang antara mereka. Dahi didekatkan sebelum pandangan dia jatuh pada bibir Hana.

" you remember ? This's second time we're have a dancing. " Suara Qaz gemersik menggoda.

Hana mengangguk.

" How I should to forget the either one memories of us? That the precious memories that i love it. "

Qaz mengangkat keningnya sebelah. Tangannya melekap pada pinggang Hana. Yelah, nanti terjatuh, dia juga yang sambut.

"Glad to hear it " Senyuman lebar terhias pada bibir. Perut Hana diusap penuh kasih sayang.

" Aku rasa tak sedap hatilah. Macam akan terjadi nanti. "

" Janganlah cakap macam tu. Dengar sini, saya akan ada di samping awak tak kira apapun berlaku. "

Tiba-tiba badan Hana tidak dapat diseimbangkan gara-gara pasangan disebelahnya. Nasib Qaz lekas memaut pinggangnya.

" Hey. Careful, sweetheart. "

Hana tidak membuka mulut. Matanya masih menjeling pasangan berhampirannya. Hati dia masih terbakar tatkala pelaku tidak mengucapkan maaf terhadapnya.

Dengan geram , sewaktu mereka menyambung menari, Hana pantas menendang adiknya yang sedang bersembang dengan si isteri . Apa dia kisah, janji hati bahagia. Dia berpura-pura membuat muka selamba apabila Shen menatap tajam ke arahnya.

Qaz hanya menggelengkan kepala. akhir-akhir ni, perangai Hana semakin nakal; suka mengenakan orang. Dia pun boleh menjadi pelik.

Adakah perangainya sudah ditukarkan kepada Hana?

" Sayang. Look at me. Nanti jatuh lagi, aku tak sambut kau dah. "

Qaz mencemik selamba. Raut wajah Hana dipandang sekilas. Kening dikerut apabila Hana tidak membalas. Malah matanya hanya memandang ke lain, tidak ke arah dirinya.

Ha sudah . Merajuk ke dengannya? Tidak mengapalah , balik nanti pujuk sampai berjaya. Qaz mula tersengih nakal. Pelbagai taktik di dalam kepalanya sekarang untuk memujuk Hana.

*****

Shen & Eirna pov.

Eirna yang menundukkan kepalanya ke bawah dijeling sebelum dagu isterinya dinaik ke atas. Dia mengetap bibir melihat Eirna tidak memandang ke arahnya. Jarak didekatkan sedikit seraya menghampiri telinga Eirna.

" Kenapa kau tak nak pandang aku? Hari ni muka aku serupa Hantu ju-on ke? "

Eirna menggeleng. Entah mengapa dia masih mengenangkan pickupline spontan daripada suaminya itu. Pipinya dicengkam lembut menyebabkan matanya menatap mata Shen.

" Hurm. Aku ingatkan aku tengah bercakap dengan patung tak bergaji. Tercongok tanpa balasan. Rupanya aku tengah bercakap dengan orang yang masih bernyawa. Alhamdulillah. "

Sindir Shen sinis. Pipi Eirna dilepaskan sebelum memagut sekilas bibir yang tidak tercalit dengan sebarang lipstik. Eirna yang tersentak, tertolak Shen ke belakang tetapi pinggangnya dirangkul sebelum menyeimbangkan semula.

Shen merenung tajam ke arah mata Eirna yang tidak berkelip. Dah tolak, bukan reti nak minta maaf. Tanpa mereka sedar, salah seorang pasangan di sebelah mereka hampir terjatuh.

My Faith , Thats Bad Boy | completeWhere stories live. Discover now