"Noah!" jerit Nayra lagi,terus dia menarik Noah jauh daripada menumbuk muka Leo.
Noah pula hanya menurut selepas dia melihat wajah tegang gadis yang sedang memegang lengannya itu.
"Aku suka kau belasah dia tapi bukan kat sini,ni bukan sekolah kau. Aku taknak kau dapat masalah" kata Nayra. Noah mengetap seketika rahangnya.
Bahunya dikendur sedikit kebawah cuba melepaskan sedikit perasaan marah dalam dirinya itu.
Nayra menoleh tajam ke arah Leo yang tadi terbaring kerana ditumbuk Noah kini sudah bangun berdiri.
Walaupun wajahnya sudah lebam dan tepi bibirnya sudah berdarah,Leo tetap degil mahu tersenyum sinis ke arah Nayra.
Dasar,tak serik.
Nayra yang tadi menarik Noah supaya mengikutinya keluar gelanggang terus terhenti,melihat senyuman Leo itu membuatkan Nayra berasa geram.
"Noah,dia angkat middle finger pastu jelir lidah kat aku" kata Nayra dengan nada suara yang tinggi.
Membulat mata Leo mendengar Nayra mengadu sebegitu kepada Noah. Nak fitnah agak-agak ar,aku mana ada angkat middle finger pastu jelir lidah woi!
Terangkat kening Noah,terus wajahnya yang mahu tenang tadi berubah drastik. Dia palingkan kepalanya kearah Leo lalu terus dia meluru kembali kearah Leo.
"woi dia tipu!" jerit Leo yang teraniaya manakala Nayra dah senyum mengejek kearah Leo yang kena flying kick oleh Noah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Sazzy memberi pandangan aneh dengan mata bulatnya itu dibesarkan kearah Kathrina yang sedang hempuk-hempuk telefon dia dengan tapak tangan.
"daripada kau menjahanamkan fon tu baik kau bagi aku!" kata Sazzy tiba-tiba tak sanggup untuk melihat Kathrina mendera telefon yang tidak bersalahnya itu.
"geramla aku,boleh pula habis bateri time time ni. Aku dah la lapar. Kelibat kyle pun tak ada" rungut Kathrina sambil menjeling kesekitar kawasan parking kereta.
"lain kali suruh bateri kau buat slowmo cam coki,manala tau slow nak habis bateri"
"hambar bodoh,hambar" Kathrina menjeling tajam,fon kembali ditepuk.
"aku rasa tadi kau tak main pun fon,asal tiba-tiba habis bateri?" soal Sazzy. Telefonnya dikeluarkan dari beg sandang.
"aku tak tutup internet lepastu group whatsapp yang aku join minggu lepas tiba-tiba riuh,spam pasal fake person dalam dunia wattpad" kata Kathrina sambil menjuih mulutnya kearah fonnya yang skrin sudah gelap.
"hah? AHAHAHAH kat wattpad pun ada?"
"yer,ada tipu dorang ada private jet la pastu ada mix yang tak munasabah macam mix german,france,british,uk pastu banyak jugak ar. Tu riuh tu" terang Kathrina yang dah berhenti menghempuk fonnya itu. Apa nak buat,nasib mu la fon.
YOU ARE READING
[C] President's Badgirl Tales
Teen Fiction"𝙒𝙚'𝙫𝙚 𝙜𝙤𝙩 𝙙𝙞𝙧𝙩𝙮 𝙢𝙞𝙣𝙙𝙨, 𝙬𝙞𝙡𝙙 𝙝𝙚𝙖𝙧𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙤𝙡𝙙 𝙨𝙤𝙪𝙡" "Do you believe in fairytales?" "no,why?" "I just want you to know that I'm the hero of our fairy tale" "Sorry Noah, but badgirl doesn't suit goodguy" "Mind to tel...