Bab 66

33.8K 1K 30
                                    

🐺🐺🐺







"Jangan buat I macam ni, Dafi. Jangan tinggalkan I. You kena bertahan. Dafi..." Dalam tangisan, Yara bersuara.

Tadi dia sudah menelefon ambulans. Kepala Dafi masih berada di ribanya. Dieratkan lagi pelukan di tubuh itu bagai tidak mahu dilepaskan.

Bagaikan tersedar, hujung lengan bajunya dikoyak kasar sebelum ditekup di kepala Dafi. Menghalang darah yang semakin banyak mengalir.

"Dafi... I sayang you. Tolong bangun..." Perlahan dia merintih sebelum meletakkan kepalanya di dahi lelaki itu.

"I pun sayangkan you, Yara."

Yara mengangkat muka. Bulat matanya memandang Dafi yang tersenyum memandangnya.

"Dafi!" Pantas dipeluk tubuh lelaki itu.

"Ouch Yara. Sakit. Kepala I sakit."

Yara segera melepaskan pelukan. "Sorry." Luka di kepala Dafi kembali ditutup dengan kain.

Dafi hanya tergelak kecil.

"You main mainkan I?" Yara bertanya tidak berpuas hati.

"I nak tengok you risau ke tak. I nak tahu you masih sayangkan I ke tak."

Yara terdiam.

"Yara..."

"Kenapa you buat macam ni? I betul betul risau tahu tak? I ingat you dah tinggalkan I. I takut! I takut you mati."

"Baby..."

"Jangan nak panggil I baby! I benci you." Bahu Dafi dipukul beberapa kali. "Sampai hati you kan? I berlari tadi risaukan you. Kaki i masih sakit tahu tak?"

"Sakit Yara. Jangan pukul I..." Dafi buat muka kesian.

Yara merengus. "Macam mana you boleh luka ni?"

"Tak tahu. Rasanya terhentak dekat batas tepi jalan tu masa jatuh tadi."

Yara diam. Perlahan lahan dirangkul tubuh Dafi, kembali ke pelukannya.

"I risau. I betul betul risau. You jangan main main macam ni lagi. Jantung I hampir nak tercabut." Yara berkata perlahan.

Dafi tersenyum dengan mata terpejam.

"You okey ke tak ni? Jangan diam macam ni." Yara memandang wajah Dafi.

Dafi membuka mata. Pandangan mereka bersabung.

"I okey. You ada dengan I. I rasa selamat." Tangannya naik menyentuh pipi Yara.

"Baby... Kahwin dengan I?"

Yara terkedu. Di tepi jalan begini, dengan kepala berdarah darah bagai, Dafi melamarnya.

"You ni sakit ke tak?" Yara bertanya.

Dafi hanya tersenyum.

"I dah panggil ambulans. You sabar ya." Luka Dafi dibelek belek.

Namun pandangan Dafi langsung tidak dialihkan dari wajahnya.

"I cintakan you, Yara. I nak kahwin dengan you."

Yara menelan liur. "Kepala you ni berdarah teruk Dafi. Tunggu mereka rawat you dulu. Bila you dah sihat, kita cakap pasal ni."

"I nak jawapan sekarang. You sudi tak nak kahwin dengan I?"

Yara melarikan wajah.

Dafi melepaskan keluhan. Dia cuba bangun dari rangkulan Yara.

I Miss You | ✔Where stories live. Discover now