༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
17 Mac 2005
Tarikh ini cukup bermakna dalam hidup aku. Ini sama sekali bukan tarikh perkahwinan, bukan juga tarikh kelahiran, bukan pula tarikh kematian. Ini cuma satu tarikh biasa. Yang membezakannya, pada tarikh ini aku dapat merasakan detik paling bahagia sebagai seorang wanita. Dan tidak terlintas langsung di fikiranku, yang ia bakal menjadi memori paling tragis sepanjang hampir 30 tahun aku bernafas.
Mungkin agak biasa bagi orang lain, namun bagi aku, berkesempatan untuk bercuti ke luar negara macam ini memang satu peluang yang tidak akan aku lepaskan. Lagi-lagi aku selaku hamba kerajaan ini, ia bagaikan sesuatu yang berada di antara batas dunia realiti dan mimpi. Aku teruja sangat!
Cuma ada sedikit kekurangan di sini.
Kerana tempat yang bakal aku lawati ini tidak pernah aku dengar namanya disebut dalam akhbar mahupun Internet. Atau pendek kata, tempat ini langsung tidak dikenali. Apabila Christoff menyatakan hasrat ingin ke sini untuk berbulan madu selepas 2 minggu berkahwin, aku kurang setuju pada mulanya.
"Kau ikut je aku. Percayalah tempat ni akan menjadi tempat paling indah yang pernah kau lihat. Sekali tengok kau akan terus jatuh cinta. Sama macam aku jatuh cinta kat kau jugak acia!"
Namun akhirnya aku berubah fikiran setelah mendengar kata-kata Christoff. Menurutnya, dia pernah berkunjung ke tempat ini ketika mengikut salah satu aktiviti sukarelawan bagi membantu penduduk kawasan ini. Itu menurut dialah, sah ke tidak aku pun tak tahu.
"Betul ke kau ni?"
"Betul betul betul."
Jangan hairan ya, kami berdua memang membahasakan diri dengan "aku" dan "kau". Tak biasa pula guna 'saya', 'awak', tapi masih boleh diterima berbanding "sayang", "honey", "biy" atau apa-apa sajalah bahasa semut yang mengundang geli-geliman semua tu.
Mungkin kerana kami berdua memang sudah berkawan sejak kecil. Kan pelik kalau dah besar tiba-tiba nak bersuwit-muwit terlebih gula, kang potong kaki baru tau.
Dan hari ini merupakan permulaan bulan madu kami berdua yang berlangsung selama tiga hari sahaja, tetapi Christoff telah berjanji kepadaku yang tiga hari ini akan menjadi lebih menyeronokkan daripada sebulan melancong di tempat terkenal di bawah pemandu pelancong lain.
For this trip, Christoff is my tour guide.
Eh eh ada pembetulan! Honeymoon kami bukan berdua tetapi bertiga. Aneh bukan? Mesti korang akan ingat yang ini threesome, tak pun bermadu di bulan madu. Pfft, bukan macam itulah.
Ke mana aku dan Christoff pergi di, situlah ada Hendry. Ke mana Hendry dan Christoff pergi, di situlah ada aku. Kami bertiga ini dah macam melekat, mesti sentiasa bersama, bagai isi dengan kuku lah nak katakan. Sejak dulu lagi kami memang macam ni, dari umur kami 5 tahun sehingga sekarang tak pernah berubah.
Dari kejauhan aku sudah dapat nampak bayang-bayang tempat itu, membuatkan aku semakin ingin untuk melihatnya dengan lebih dekat tetapi masalahnya feri ni bergerak terlalu perlahan mengalahkan siput babi kudung. Tambahan lagi, penumpang feri ni sangatlah padat lagi sendat. Terbayang-bayang pula babak ikonik filem Titanic dalam minda aku. Cop cop, tak mungkin itu tak akan berlaku. Kisah cinta aku tidak akan setragis Titanic.
Itu.. ialah apa yang aku fikir pada mulanya.
Jadi aku hanya mampu menunggu dengan penuh kesabaran di dada. Penantianku berbaloi apabila tempat itu semakin lama semakin jelas kelihatan.
YOU ARE READING
Akademi DiRaja Granté
Teen Fiction『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Satu 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Pada tahun 2020, sebuah akademi yang serba elit telah diwujudkan dengan tujuan untuk menyatukan bakal pemimpin dunia. Berdirinya megah di atas sebidang tanah yang tidak dimilik...