CH-9 ( HONEYMOON II )

4.3K 178 15
                                    


Disneyland Paris menjadi tempat utama buat Arissa dan Fatih menghabiskan masa mereka ketika berada di sini. Sedang mereka berjalan menuju ke pintu masuk, ada sesuatu yang menarik perhatian Arissa yang menyebabkan dia terhenti seketika.

" Abang can we go there?" Arissa menjuihkan mulutnya ke tempat yang menarik perhatiannya. Lihat sahaja tempat itu Fatih terus menggelengkan kepalanya laju.

" No. Kita pergi tempat lain okay." Fatih menarik tangan Arissa supaya mereka berjalan menjauhi tempat yang diingini Arissa. Tetapi Arissa pantas merungaki pegangan tangannya daripada Fatih dan berpeluk tubuh.

" Kalau abang tak nak pergi, saya tak akan berganjak dari sini." Ujar Arissa dengan nada tegas. Fatih yang berada dihadapan Arissa mula mengela nafas.

" Okay jom."

" Hi kids, I'm Elssa and this is my sister Anna. Today we're going to sing let it go for you guys." Dua orang perempuan yang berpakaian seperti Elssa dan Anna mula menyanyikan lagu Let It Go. Fatih memandang sekelilingnya. Kawasan ini dipenuhi dengan kanak-kanak manakala mereka berdua merupakan satu-satunya orang dewasa disini.

Fatih perlahan-lahan melihat wajah Arissa. Dia terpukau melihat wajah ceria Arissa yang sememangnya suka dan teruja melihat pementasan itu. Lama-lama bibirnya mengukir senyuman mesra.

  

           💔💔💔

" Abang lepas ni kita nak pergi mana? " Soal Arissa teruja sambil tangannya memeluk erat lengan Fatih untuk menghangatkan tubuh badannya.

" Kita pergi The Louvre." dengar sahaja nama tempat yang mereka bakal tuju membuatkan Arissa tersenyum keterujaan.

" You mean kita tengok monalisa?"

" Yup, abang tahu sayang nak sangat tengok monalisa kan so abang nak bawak sayang pergi sanalah." Fatih memeluk bahu Arissa dan bersama-sama mereka berjalan kaki kesana. Perjalanan yang hanya mengambil masa 15 minit dengan berjalan kaki. Mereka sampai dihadapan pintu masuk The Louvre.

" Sayang tunggu sini tau, abang beli pass masuk." Arissa menunggu ketibaan Fatih. Sedang dia asyik melihat wajah-wajah pengunjung yang tidak putus-putus keluar masuj dari The Louvre, dia terpandang satu susuk tubuh yang amat dikenali keluar dari pintu The Louvre. Satu nama dalam sedar tak sedar meniti dibibirnya.

" Qismiera."

" Hah sayang panggil siapa tadi?" Suara seseorang dari arah belakang membuatkan Arissa terkejut sebentar. Dia mengurut dadanya perlahan.

" Sayang abang tanya, awak cakap apa tadi?" Soal Fatih buat kali kedua.

" Takde saya macam nampak Qis dekat sini tadi." Matanya kembali meliar mencari susuk tubuh yang baru sahaja dia ternampak tadi.

" Hish merepek ajelah sayang ni. Qis kan dekat Malaysia." Arissa mengerutkan dahinya sekali lagi. Tadi memang dia pasti Qismiera yang dia nampak.

" Sayang jom."suara Fatih menghentikan lamunan Arissa. Lambat-lambat dia mencapai tangan Fatih dan menuju kearah pintu masuk The Louvre.

Qismera Adelia pov

The Lovre menjadi tempat utamanya membeli beberapa lukisan untuk diletakkan di hotel kepunyaannya dan rakan kongsinya. Lama dia memerhati lukisan bunga matahari yang menarik minatnya sejak tadi.

" Madame do you like this piece of art?" Seorang pekerja yang dari tadi memerhatikan Qismiera yang asyik memandang lukisan itu ditegur.

" Oh yah. It's beautiful." Puji Qismiera jujur. Sejak menjejakkan kaki ke sini dia tertarik dengan lukisan ini.

 THE LAST CHANCEWhere stories live. Discover now