AE 5

12.4K 683 36
                                    

Hariz berdiri di balik langsir yang menutupi dinding cermin biliknya. Beberapa kali dia merenung luar, melihat kolam renang. Kemudian pandangannya beralih ke arah Doktor Arfa yang duduk tepi kolam. Sekaligus mengamati kawasan luar yang cerah dan lengang.

Hariz mengeluh kecil. Dia berjalan mendekati katil, atas dan bawah sama saja tempat kegemarannya untuk meluangkan masanya. Tangannya dibelek seketika. Sepanjang Arfa bekerja di sini, luka nya sudah sudah pulih tapi parut luka jelas kelihatan. Masih terngiang-ngiang suara Arfa bercakap di dalam fikirannya.

"Awak masih tak faham ke? Kenapa Allah masih beri awak peluang hidup walaupun awak dah banyak kali nak bunuh diri. Itu ertinya Allah nak beri peluang teruskan hidup. Kenapa awak? Siapa buat awak jadi macam ni?".

Kata-katanya membuat aku berfikir lebih dalam. Sepanjang hidupnya, dia tidak minta pun jadi begini. Semuanya serba tak kena. Pada pandangannya dia nampak buruk, manakala memori buruknya asyik menjengah pemikirannya hingga dia tidak dapat berfikir waras.

Hariz memegang hujung kepalanya. Kepalanya dirasakan berdenyut terlalu kuat sehingga dia terbaring di lantai. Bukan dia tidak mahu berubah namun sukar, ada sesuatu yang menyekatnya dari merasakan hidup normal. Hariz meletakkan tangannya menutup matanya. Tanpa sedar air matanya mengalir perlahan. Menangis mengenangkan hidupnya dalam kemurungan.

****

Arfa duduk bersila tepi kolam sambil mengocak air kolam yang jernih itu. Sengaja mengambil angin diluar meskipun matahari sydah menaik tinggi. Air bayu menampak pipinya melayan harinya yang tenang. Masuk harini dah lima hari dia berkerja di kediaman Datok Ramli dan Datin Rania. Setakat ni Hariz belum menunjukkan apa-apa lagi yang membimbangkan, semuanya nampak okey. Hanya sikap degil tu jelah.

Baru sahaja dia nak mengeluarkan telefon bimbitnya, namanya diseru oleh bibik seri. "Saya kat sini", jawapku masih tidak mahu berganjak. Malas. Biar sendiri dia yang mencariku.

"Mengapain kamu di sini?", soalnya macam tidak senang.

"Ambil angin"

"Nampaknya kamu enggak bertahan lama kerja sini. Lihat aja sebulan nanti aku pasti minta berhenti", katanya dengan lagak seperti Mem.

"Asal pulak?", tanyaku penasaran. Mukanya nampak macam tak suka aku.

"Iya, kalau orang lain sudah cabut lari kerna takut. Aku percaya deh kamu pasti minta berhenti kerja". Hisy dia ni sengaja nak patahkan semangat aku. Aku tak ambil peduli dengan katanya.

"Saya tetap akan sini hingga Hariz sembuh, itu janji saya bik kepada Hariz", kataku dengan memberi senyum nipis. Tidak wajar alasan tu untuk tidak bertahan lama kerja ku. Ini bidang aku lah! Hmm.

"Bisa ajaa.. kalau benar. Aku mahu tengok". Makin menjadi-jadi bibik ni. Sibuk je. Aku berdiri tegak. Sahutan tu aku terima dengan hati membara.

"Baik, tengok jelah nanti",balas ku tidak gentar. Aku berlalu mendapatkan Hariz mahu menjenguk. Baik layan Hariz walaupun tak kena jawap.

"Hariz"

Namanya ku panggil. Dulang yang berisikan makanan tengah hari aku tatang. Seperti yang ku jangka Hariz berada di bawah katil. Aku menundukkan kepala dan cuba mengejutkan dia dari tidur. Bahu lelaki itu digoyang walaupun dalam keadaan payah. Tapi sebaik dia terpegang lengan lelaki itu. Panas. Arfa jadi kaget.

"Hariz.. Hariz bangun. Awak sedar tak? Pindah naik katil, saya nak cek suhu awak?"

"Hariz, awak demam ni.." kata ku apabila meletakkan telapak tanganku di dahinya. Tidak ada tindak balas darinya tapi aku merenung tajam matanya agar dia mendengar arahan ku untuk dia makan kemudian baru beri penadol.

"Nah makan, lepas tu tidurlah". Selesai sahaja dia menelan ubat. Aku menarik selimut hingga ke dada.

"Kalau ada apa-apa panggil saya ye" Aku terdiam seketika. Eh jap dia bukan nak buka mulut pun. Macam mana nak pesan.

"Tengok ni kayu katil awak ni, ketuk je. Nanti saya dengarlah", cadang Arfa. Hariz memandang Arfa tanpa berkelip.

Kaki ku menuju sofa berdekatan lalu membuka TV. Manalah tahu ada cerita menarik pada petang ni. Tukar punya tukar saluran tapi tak ada pun yang dapat manarik minatnya. Akhirnya dia pun main telefon bimbit dalam masa yang lama hingga dia tidak sedar dia dah terlelap.

Arfa terjaga setelah tertidur hampir tiga jam. Dia melihat jam di tangan tatkala mendapati handphone nya habis bateri sama sekali tak boleh buka. Macam mana dia boleh terlelap ni. Dah masuk lima petang dah pun. Lama lagi nak balik. Nasib baik bibik seri tak masak nanti dia repot sama Datok dan Datin. Masak aku!

Dia membetulkan tudungnya yang senget sambil melihat kebelakang Hariz di katil. Tapi tak ada, apabila dia menoleh ke sisi. Hariz ada di sana sedang merenungnya. Hampir sahaja dia terkejut besar. Entah berapa lamakah dia melihat ku tidur? Malu pulak kedapatan.

"Awak nak apa-apa tak Hariz?", tanya ku sambil menutup mulut ketika menguap. Lengguh kepala tidur hanya berlapikkan tangan.

"Tak"

Aku mengangguk. Lega mendengar dia tidak apa-apa. Kelihatannya sia sudah baik dari demam.

####

Vote.Comments.
Typo abaikan nanti recheck.

Ok daaa!

© Arfa Eshal Where stories live. Discover now