S84

12.8K 998 30
                                    

ISNIN. Baru dua hari Zakwan pergi meninggalkannya, tapi dua hari itu terasa bagai dua tahun buat seorang Ayshara. Tidurnya tidak lena. Makannya tidak kenyang. Haih. Sangatlah lain rasanya bila Zakwan tiada di sisinya.

Ayshara pandang langit petang yang masih membiru tanpa perasaan. Haih, selalunya waktu begini dia dan Zakwan sedang melepak di luar sambil mulut tidak henti berbunyi, bergaduh. Aduh, alangkah dia rindu waktu itu.

Ayshara mengeluh kecil. Pandangan dihalakan pada telefon pula. Sudah dua hari telefon ini senyap daripada menerima panggilan telefon daripada Zakwan. Haih.

Puan Nurin geleng perlahan lihat tingkah Ayshara yang sedang mengelamun di halaman rumah.

"Adik..." Puan Nurin sarung selipar dan berjalan menuju ke bangku yang diduduki Ayshara.

Ayshara angkat kepala sambil tersenyum kecil.

"Ibu."

Puan Nurin senyum. "Dah kenapa ni?" Tanya Puan Nurin. Wajah anaknya diperhati. Allah... beku betul. Tak ceria. Baru dua hari ditinggalkan. Kalau cukup 3 bulan, dah macam patung agaknya anaknya ini.

Ayshara senyum kecil. "Kenapa apa?"

"Adik rindu Ali eh? Sebab tu mengelamun sorang-sorang macam ni." Usik Puan Nurin. Bahu anaknya itu dicucuk perlahan beberapa kali dengan jari telunjuknya.

Ayshara tarik sengih sedikit sambil geleng perlahan. Dah kalau namanya ibu, mestilah dia tahu apa jenis masalah yang anaknya lalui.

"Takdelah. Adik bosan aje, tak tahu nak buat apa." Kata Ayshara. Dalam diam, memberitahu bahawa dia bosan tanpa Zakwan di sisi. Yalah, selalunya Zakwan aje yang teman dia petang-petang begini.

Puan Nurin senyum. "Selalunya buat apa petang-petang ni? Buatlah macam biasa." Usik Puan Nurin. Bukannya dia tidak tahu apa yang anak menantunya buat waktu-waktu begini.

Ayshara diam sambil senyum. "Ibu nak mengusik adiklah ni, kan?"

Puan Nurin lepaskan tawa kecil. Tertangkap.

"Rindu dah ke? Alah... dia bukan pergi mana. Pergi PLKN aje. Lepas tiga bulan, baliklah your forever boyfriend tu." Kata Puan Nurin.

Ayshara senyum hambar. "Yalah, ibu. Adik okey aje pasal tu."

Tipu. Dia tipu.

"Ya ke, okey? Ibu nampak macam tak okey aje. Makan sikit, tidur adik pun lambat, kan? Mata ni... eye bag ni." Puan Nurin tilik muka Ayshara sepenuhnya.

Ayshara gosok mata perlahan. Ish, ibu ni. Perasan aje semua benda.

"Adik okey. Makan sikit tu sebab adik diet. Yang eye bag ni... adik tidur lambat. Marathon drama. Hehehe."

Tipu. Dia tipu lagi.

Puan Nurin hanya iyakan sahaja walau dia tahu alasan sebenar Ayshara menjadi begini. Ha... orang tu dah pergi, baru sibuk nak merindu. Bila orang tu ada depan mata, sibuk nak bergaduh.

"Yalah tu. Ibu nak masuk, nak buat cucur udang untuk minum petang. Jom?" Puan Nurin mengajak. Dia sudah bangun dari duduknya.

Ayshara senyum. "Ibu masuk dulu, nanti adik menyusul. Adik ajak kawan-kawan join sekali, boleh?" Pinta Ayshara. Nak hilangkan tumpuan dia daripada terus menerus mengingati Zakwan, baik dia ajak happy pills dia yang lain. Bolehlah lupakan Zakwan sekejap.

Puan Nurin angguk, tanda mengizinkan sebelum dia berlalu pergi. Ayshara ucap terima kasih dan dia mula mendail nombor kawan-kawannya.

Moga kehadiran mereka dapat hilangkan rasa kosong tanpa Zakwan di hati ini.

C | 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋Where stories live. Discover now