S83

12.1K 1K 13
                                    

SABTU. It's the day. Zakwan dari semalam lagi dah packing awal-awal barang keperluannya sepanjang tiga bulan berada di kem PLKN itu. Ayshara hanya mampu melihat sahaja tanpa membantu. Tak senang dalam diam walaupun dia cuba berlagak biasa sahaja. Dan Zakwan pun kelihatan biasa sahaja siap boleh bersiul lagi, buat Ayshara berjauh hati sedikit. Gaya macam seronok aje tinggalkan dia kat sini. Heh!

Ayshara berdiri di tepi tangan sambil melihat Zakwan yang sibuk bersembang rancak dengan ibu dan abah di ruang tamu. Encik Daud dan Puan Ziana pun ada sekali melayan rancaknya borak mereka. Semua tunggu Arif nak mari aje.

Dan Arif sudah pun tercongok di depan pintu sebelum sempat Ayshara nak duduk bersembang sekali. Hampa.

"Ha, marilah kita." Kata Encik Daud, mula bangun dari duduk. Puan Ziana dan yang lain turut bangun.

"Ali kat sana jaga diri tau!" Pesan Puan Nurin sambil bahu Zakwan ditepuknya perlahan.

Zakwan senyum dan angguk kecil. "Baik, ibu. Ada masa nanti, Ali call ibu dan abah." Kata Zakwan sebelum dia tunduk menyalami tangan tua Puan Nurin dan Encik Ahmadd.

"Abah akan jaga adik." Bisik Encik Ahmadd tatkala dia merangkul tubuh Zakwan ke dalam pelukannya.

Zakwan senyum sambil ucap terima kasih. Ayshara yang berdiri di tangga dipandangnya. Mata mereka bertembung.

"Adik, cepatlah. Ali nak pergi dah ni." Ucap Puan Nurin. Ayshara yang kelihatan muram dipandangnya. Heh. Dah jatuh hati kat Zakwan lah tu.

Encik Ahmadd tanpa kata terus menarik tangan Puan Nurin, sebagai arahan untuk membiarkan anak menantunya itu beruda-duaan seketika. Orang nak berpisah lama.

Zakwan pandang yang lain yang sudah keluar. Dengan langkah lambat dia menghampiri Ayshara yang sedang tunduk memandang lantai. Alahai, budak kecilnya ini.

"Hei..." panggil Zakwan lembut. Pemegang tangga dipegangnya seiring dengan tangannya yang sudah menarik tangan Ayshara ke dalam genggamannya.

Ayshara tarik senyum yang cuba dimaniskan tapi dia tahu, pada pandangan Zakwan, ia tetap tawar.

"Saya nak pergi dah ni." Ucap Zakwan. Dielusnya belakang kekura tangan Ayshara dengan ibu jarinya. Lembut. Memujuk.

"Okey." Sepatah Ayshara jawab.

"Tiga bulan lagi, kita jumpa, ya?" Ucap Zakwan. Dia tunduk sedikit untuk mencari riak wajah Ayshara.

Ayshara senyum tawar. "Tiga bulan lagi kita jumpa." Ulang ayat sahaja.

Zakwan senyum. Tangan Ayshara dilepaskan dan tangan yang sama disua kepada Ayshara tanda menyuruh gadis itu untuk menyalaminya.

Ayshara diam. Tangan Zakwan dipandang. Tiga bulan dari sekarang, takde dah lah tangan ini yang suka-suka curi menyentuhnya. Takde dah lah tangan ini yang akan dikucupnya. Hai... tiba-tiba berat pula hati ini untuk melepaskan.

"Cepat. Saya tak boleh lama." Kata Zakwan. Takut hatinya pula berubah melihat Ayshara yang semacam hendak menangis melihat huluran tangannya.

Ayshara akur. Tangan Zakwan dirangkulnya dan bibirnya menyentuh lembut belakang tapak tangan Zakwan. Oh... nak menangis.

Zakwan tahan sebak. Dia pun nak nangis. Pertama kali berpisah dengan sang isteri setelah hampir setahun hidup bersama. Ah, remaja sangat!

"Saya pergi dulu." Kata Zakwan. Dahi Ayshara dikucup sekilas sebelum dia melangkah pergi, meninggalkan Ayshara yang berduka di dalam hati.

I will miss you...

ZAKWAN diam sepanjang perjalanan. Pandangan hanya dihalakan ke luar tingkap kereta. Dia tekad. Akan dilaksanakan rancangannya agar misi dan visi cintanya tercapai. Pedulikan kedukaan hatinya sepanjang tiga bulan ini menanggung rindu agar natijah di akhirnya menghasilkan satu perasaan indah.

Arif menepuk lembut bahu Zakwan. Zakwan menoleh.

"You can do it, bro." Ucap Arif perlahan sambil tersenyum. Geli pula dia melihat Zakwan dan Ayshara yang tak bercinta tapi seakan bercinta. Haila... pelik sungguh manusia zaman sekarang ini.

C | 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋Where stories live. Discover now