24

23.9K 1.2K 77
                                    

Senyuman manis Emir sememangnya sangat manis. Tersangat manis sehingga lutut aku tercabut skrunya. Malah, benda di tangannya menyebabkan aku terasa mahu gali kubur sekarang. Bukan, silap.

Gali kubur untuk Emir.

"I never thought that I will find this on your room. Did you plan to seduce me? With this black sexy Victoria Secret?"

Sepantas kilat aku berlari ke arah Emir yang sedang menayangkan Victoria Secret aku sambil bersandar di muka pintu. Reaksi Amira? Aku rasa dia sudah merah padam di situ, menahan malu.

Aku? Rasa macam roh melayang-layang dari jasadnya. Sudahlah selamba sahaja dia menggawangkan pakaian privasiku tinggi-tinggi, bagaikan seorang penjual tudung menarik perhatian pelanggannya.

"Bagi balik!"

Emir pandang aku. Keningnya diangkat sebelah.

"Bagi balik! Mbak sini pakaian saya tu!" Sambil terlompat- lompat aku ingin menggapai Victoria Secret yang diangkat tinggi oleh Emir.

Dasar naga jantan. Boleh pulak dia bermain-main dengan Victoria Secret aku. Ingat layang-layang ke?

"Bagi balik pakaian saya tu Emir!"

"Janji dengan aku kau pakai ni malam ni boleh?"

Permintaan yang diringi senyuman manis. Matanya pun ikut tersenyum. Bagaikan ingin menggoda aku.

Terbeliak biji mataku. Mulutku terlopong luas. Hampir nak terkeluar anak tekakku ingin meraung.

"Gila!"

Serentak itu kakinya aku pijak kuat. Mukaku merah padam menahan perasaan malu akibat permintaan merapunya. Tak terjangkau dek akal permintaannya.

"Aduh! Sekecik-kecik kau ni, ganas gila rupanya."

Sempat Emir membebel sambil mengaduh kesakitan. Dia terduduk lalu mengurut anak jari kakinya yang dipijak oleh aku. Kesempatan yang ada, aku terus mengambil pakaian yang berada di tangannya, terdampar di atas lantai.

Laju kakiku melangkah masuk ke dalam bilikku. Belumpun sempat aku menutup pintu bilik, Emir lebih cekap meloloskan diri ke dalam bilikku. Tindakan pantasnya membuatkan aku terpana sekejap. Tidak keruan dibuatnya. Bayangkan aku dan Emir dalam bilik berdua.

Seram.

"Apa yang awak buat dalam bilik saya ni. Keluar! Keluar!"

Emir pincing matanya ke arahku. Tajam matanya.

"That was not very nice, dear." Suara Emir yang berbaur amaran menyebabkan bulu romaku tiba-tiba berdiri.

Aduh! Kenapa lain macam aje aura Emir sekarang? Seolah-olah menunjukkan kuasanya sebagai seorang suami? Habis tu, lepas kahwin terus hilang, tak pedulikan aku. Sekarang tiba-tiba muncul, tunjuk lagak kuasa sebagai seorang suami?

"Keluarlah Emir!"

Aku mendesak Emir untuk keluar. Tidak betah berdua dengan Emir. Sudahlah dengan peristiwa tadi, sekarang pulak di dalam bilik. Anything can be happened. Ohh, my! Buatnya dia makan aku?

"Kenapa nak keluar? This is my wife's room, right?"

Mulutku terlopong. Sejak bila term ' my wife' begitu lancar keluar dari mulutnya?

Arghh! Stress dengan Emir.

"Bilik saya, bukan bilik awak. So, keluar!" Jari telunjukku tepat ke arah pintu. Sebelah tanganku erat memegang 'kakak' dan 'adik' yang berwarna hitam.

Perasaan geram sudah mencanak naik. Berdepan dengan makhluk bernama Emir Hafiz, menyebabkan perasaanku kadang-kadang boleh berubah-ubah sekelip mata. Sekejap marah. Sekejap nak menangis. Sekejap rasa takut. Emir ni ada ilmu ke apa?

HUBBY = STUDENTWhere stories live. Discover now