"Apa! No babah! No! Althea takkan kahwin dengan Emir. Full stop!" Pekikku.
Bergema rumah sewa yang aku duduki ini. Apa tidaknya? Keputusan babah benar-benar menyentak tangkai jantungku. Tidak mungkin aku akan berkahwin dengan naga jantan yang bipolar. Sudahlah tadi muka grumpy ditunjuknya di hadapan babah dan mama. Nak salam? Jangan harap.
Macam tu ke menantu? Silap! Tu anak anak hantu.
"Walau apapun, Eiya takkan kahwin dengan Emir! Full stop! Never and ever."
Amira hanya diam, memerhati pertelingkahan aku dengan babah. Jadi pemerhati senyap. Saat abah mengutarakan cadangan luar alam itu, aku terus seret babah dan mama dari rumah Dr. Awal, meninggalkan suami isteri berkenaan dalam keadaan terpinga-pinga. Amira hanya mengekor dari arah belakang. Sampai di rumah, babah ulang suara penyataannya. Memaksa aku untuk berkahwin dengan Emir.
Abah jegil mata. Aku mendengus geram.
"Eiya takkan kahwin dengan mamat naga jantan tu. Dah lah budak bermasalah kat sekolah." Ayat terakhir aku perlahankan.
"Babah nak Eiya kahwin dengan Hafizjugak !"
Babah masih lagi tegas dengan keputusannya. Mama pulak kelihatan tengan di sisi babbah untuk menenangkan babah yang sedang menahan marah. Berbanding dengan babah, mama lebih pandai mengawal perasaannya. Hampir sakit jantung babah menerima perkhabaran aku ditangkap dengan Emir dalam keadaan yang tidak sempurna oleh ibu bapa Emir. Dengan kata senang, ditangkap khalwat, tapi tak sampai melibatkan pegawai pencegah maksiat dan pegawai JAIS.
8 jam kemudian, wajah mama dan babah terpacul di muka pintu, dibawa oleh mak uda. Reaksi mereka sukar untuk digambarkan. Masalah sekarang adalah roh aku yang melayang apabila peristiwa ditangkap khalwat ini berlaku pada diriku sendiri.
Kalau dulu, bolehlah imagine dalam nove tetapi apabila berhadapan dengan situasi yang sebenar, rasanya aku faham perasaan Ain Hawani yang ditangkap basah bersama Adam Mukhriz. Bezanya cuma pada situasi dan keadaan sahaja. Aku ditangkap basah oleh ibu bapa Emir sendiri manakala Ain Hawani oleh Pegawai JAIS. Ain Hawani masih muda lagi manakala Adam Mukhriz sudah berkejaya.
Tapi aku? Aku?
Guru ditangkap khalwat bersama anak murid!
Kontroversi sungguh. Ni silap-silap boleh masuk rancangan Motif Viral agaknya. Takpun kena terjah oleh pihak Melodi TV3.
"Ieya jaga bahasa. Walau macam mana sekalipun, babah nak Ieya kahwin dengan Hafiz. Muktamad!"
Kata putus babah menyentakkan dan menyesakkan urat sarafku. No!!!!
Kahwin dengan Emir? Again, no. Nooooooo! When the hell freeze. Never. Kerja tempah tiket maut first class to the hell gamaknya kalau kahwin dengan Emir.
"Nope! Walau apapun berlaku, Ieya takkaN kahwin dengan Emir. Sampai matipun Ieya takkan kahwin dengan Emir."
"Nuralthea binti Hazami!"
Babah berdiri sambil cekak pinggang.
Aku tersentak. Dariapada mundar mandir sambil urut kepala di ruang tamu, aku terhenti. Dari kecil hinggalah dewasa, apabila babah menaikkan suaranya aku kecut perut. Lebih-lebih lagi apabila nama penuh sudah disebut.
Nak buat macam mana? Emir bukanlah calon yang sesuai untuk dinobatkan sebagai suami. Kalaulah Adam Mukhriz yang muncul, takpelah. Sanggup aku nak kahwin. Sebabnya, Adam Mukhriz dah stabil dan mempunyai kerjaya iaitu pilot.
Tetapi Emir?
Badboy STKH yang keluar masuk bilik PKHEM dan balai polis. Akal logik aku memang tidak dapat menerima Emir dalam kehidupan aku, lebih - lebih lagi sebagai seorang suami. Siapa yang dipimpin dan siapa yang memimpin? Silap - silap karam di tengah laut. Tak sempat lagi belayar, perahu bocor di tebing air.
YOU ARE READING
HUBBY = STUDENT
ChickLitKahwin dengan anak murid? Althea buat rolling eye. Itu kisah typical Melayu. Tapi itu cerita sebelum dia belum posting lagi. Kisah lepas posting? "Cikgu, nak kahwin dengan saya tak?" "I love you cikgu." Althea sengih sampai gusi. Hari-hari dengar...