AYSHARA tekun menyiapkan kerja sekolahnya yang masih banyak berbaki. Selalunya kerja sekolahnya akan disiapkan pada hari Sabtu, tapi disebabkan Sabtu semalam, penuh satu hari dengan pelbagai kerja yang berkaitan dengan Majlis Hari Lahir Zakwan, terpaksalah dia tangguhkan semuanya pada hari Ahad, iaitu hari ini.
Dia berdua sahaja dengan Zakwan di rumah mertuanya yang besar gedabak ini. Encik Daud dan Puan Ziana keluar berjumpa kawan lebih kurang sejam yang lalu. Ada juga Puan Ziana mengajak, namun terpaksa dia tolak ajakan itu memandangkan kerja sekolahnya masih banyak yang belum siap. Mujur Puan Ziana okey angkat ibu jari aje. Huh.
Ting!
Bunyi WhatsApp menandakan ada chat masuk. Terus Ayshara buka aplikasi itu. Siapa lagi yang akan WhatsApp dia melainkan bespreng-besprengnya? Memang mereka sahajalah.
Fateen
Nak makan Dulang Western.Ayshara terliur. Uish... dapat dia bayangkan Chicken Chop, Spagetti Bolognese, Cheezy Meatball dan Fries dalam satu dulang besar. Perutnya mulalah berkeroncong. Dia pandang angka jam pada skrin telefonnya. Dah pukul 12:26 tengah hari. Memang patutlah berkeroncong. Sudahlah sarapan tadi makan karipap dua biji sahaja. Malu.
You
Jahatnya!!! Aku terliur seeehHanani
 ̄﹏ ̄Hanani
Kalau macam tu, jom lah pekena.Dayan
NAK JOINYou
Janganlah! Aku kat rumah parents Zakwan ni.Fateen
Wow. Tidur rumah mertuaFateen
 ̄ 3 ̄Hanani
Selamat honey moonYou
EWWWWWWWDayan
Mak aku bagi pergi! Cepat weh. Lepas zohor tau!You
Serius lah nak pergi tanpa aku?Fateen
Dating dengan Zakwan hensemHanani
EwDayan
Siap² tau!You
Seriously?!!!You
Weh? Korang?Tiada siapa yang membalas. Tak guna semua pulau dia! Argh! Ayshara terus tutup buku modul Add Math nya. Takde mood dah nak buat. Dah lah susah!
"Sampai hati!" Kata Ayshara. Dia rebahkan badan ke katil. Penghawa dingin dipasang ke suhu 16 darjah celcius. Sejuk.
Ayshara tetap tulis mesej di WhatsApp group mereka tapi tiada seorang pun membalas. Bukan setakat nak balas, read pun tak lagi! Semua satu tick yang berwarna kelabu.
"Waaah!!! Memang pulau betul ni!" Kata Ayshara geram. Terus dia tutup data dan telefon diletakkan di atas meja lampu di sebelah katil.
Ayshara kebosanan. Apalah yang dia boleh buat sekarang. Nak luangkan masa dengan Zakwan, lelaki itu keluar sebentar tadi. Pergi mana, tak pula dia tahu. Dia sedang khusyuk sangat buat kerja sekolah tadi, sampaikan Zakwan pergi bila pun dia tak sedar. Tapi adalah lelaki itu beritahu dia. Cuma, dia sahaja yang tak peka.
YOU ARE READING
C | 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋
Teen FictionALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG BERANGAN DI SIANG HARI. [C] Januari2018-Mei2018