S24

17.1K 1.4K 47
                                    

DAH masuk waktu tengah hari. Zakwan duduk di ruang tamu, melayan rancangan kegemarannya, iaitu National Geographic, manakala Ayshara sedang berperang di dapur dengan kuali dan senduk. Zakwan yang dari tadi duduk di ruang tamu, kerut dahi dengar bunyi-bunyi yang terhasil dari arah dapur. Ktung ktang ktung ktang. Tiba-tiba jadi curious nak tahu apa budak kecik tu masak.

Dalam 15 minit, bunyi ktung ktang sudah pun berhenti. Jadi senyap dapur tu. Tak bunyi apa dah. Zakwan jadi curious lagi.

"Dah siap masak ke?" Tanya Zakwan sendiri. Dia terus bangun untuk berlalu ke dapur namun langkahnya mati apabila loceng rumah berbunyi, menandakan ada pengunjung datang.

"Zakwan, buka pintu!" Baru Zakwan nak buka pintu, suara Ayshara menjerit dari dapur kedengaran. Zakwan hanya geleng kecil. Hidup lagi rupanya budak tu.

Zakwan hanya menyahut 'ya' kuat-kuat kemudian dia berlalu ke pintu. Pintu dibuka.

Ayshara keluar dari dapur dengan membawa lauk yang dimasaknya. Bawal masam manis! Sedap seperti dalam resepi. Dia letakkan sajiannya itu di atas meja makan. Kemudian dia pandang Zakwan yang berdiri tegak di hadapan pintu.

"Apasal kaku semacam mamat tu depan pintu?" Tanya Ayshara sendiri. Tudung yang memang sentiasa tersangkut di kerusi, Ayshara capai dan dia sarungkan ke kepala. Kemudian dia menapak ke pintu.

"Siapa yang dat--" putus pertanyaan Ayshara sebaik sahaja dia melihat tetamu yang datang berkunjung.

Masing-masing terkejut. Baik Zakwan, Ayshara dan... tiga orang kawannya.

"Ays..." Fateen tutup mulut sambil tunding jari ke Zakwan.

Alamak! Rahsia sudah bocor!

FATEEN, Dayan dan Hanani duduk memandang Zakwan yang sedang duduk berhadapan dengan mereka. Lelaki itu sedang sibuk dengan telefon di tangan. Ayshara sudah berlalu ke dapur untuk menghidangkan air kepada kawan-kawannya. Walaupun datang tanpa diundang, tetamu tetap tetamu. Wajib dimuliakan.

"Err... apasal korang datang sini?" Tanya Ayshara sebaik sahaja dia sampai di ruang tamu dengan membawa dulang air. Air sirap sejuk diletakkan di atas meja kopi bersama-sama dengan sebalang biskut Chipsmore. Kemudian dia ambil tempat di kerusi bersebelahan dengan Fateen.

"Nak datang jumpa kau." Balas Fateen. Mata tak lepas daripada memandang Zakwan. Mamat muka stone tu, dari tadi tak pandang langsung mereka.

"Ingatkan nak ajak pergi makan Baskin Robbins. Fateen nak sangat makan." Kata Dayan pula. Tangannya dah capai sekeping biskut dari balang yang dibuka Hanani sebentar tadi.

Mendengarkan perkataan 'nak ajak', terus Zakwan pasang telinga.

"Boleh! Jom! Korang nak pergi sekarang ke?" Ayshara teruja. Terbayang-bayang di ruang mata keenakan ais krim kegemarannya itu. Namun...

"Atas keizinan siapa?" Hilang terus bayangan ais krim bila telinganya menangkap butir kata Zakwan. Terus dia pandang lelaki itu dengan wajah tidak puas hati.

Fateen, Dayan dan Hanani hanya diam. Baru dengar suara emas mamat di hadapan mereka ini. Dan inilah kali pertama mereka dapat lihat dengan mata kepala sendiri perbualan rumah tangga Ayshara.

"Alah, awak! Bagi ajelah!"

Zakwan geleng kepala. "Nope! Hari ni duduk rumah."

Ayshara berpeluk tubuh. "Tak nak! Awak tahu tak, saya bosan tau duduk rumah ni. Takde benda yang menarik pun! Jadi, please bagi saya keluar."

"Saya lah benda yang menarik tu! Jadi, tak boleh keluar!" Putus Zakwan. Dia terus bangun dan menapak naik mendaki tangga untuk ke bilik.

"Zakwan! Bagilah saya keluar!" Ayshara menjerit dari tingkat bawah tapi Zakwan buat tidak endah. Pintu bilik terus ditutup rapat.

C | 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋Where stories live. Discover now