S14

19.5K 1.3K 43
                                    

AYSHARA menggeliat malas. Dalam keadaan mamai, matanya dibuka. Siling. Itu perkara pertama yang dia nampak. Terkebil-kebil dia memandang siling yang putih itu. Dah lama sikit, baru hilang mamainya. Lantas dia bangun dari pembaringannya dan badan disandarkan pada kepala katil. Mata ditenyeh sambil mulut ditutup kerana menguap. Rambut disikat guna jari.

"Dah pukul berapa ni?" Tanyanya sendiri.

Dan tiba-tiba...

Sraakkk!!!

Bunyi langsir ditarik, dan serta merta cahaya matahari yang meyilaukan mata menerangkan keadaan bilik yang tadinya gelap tanpa cahaya.

Ayshara tutup mata guna tangan. Mulutnya bising menjerit. Siapa khianat dia ni?!

"Ish, siapa tu?!" Jerit Ayshara geram.

Dengan perlahan-lahan tangannya yang menutup mata dijatuhkan. Dengan muka masam, dia melihat gerangan yang sedang berdiri di hadapan langsir yang dibuka. Tak payah nak 'gerangan' sangat sebab yang buat tu tak lain tak bukan si Zakwan. Mamat tu memang tak boleh nampak dia senang ke macam mana?

Zakwan pandang Ayshara. Dia tahan senyum bila nampak rupa Ayshara sekarang. Dengan rambutnya, muka masamnya, baju tidurnya. Ayo, budak kecik! Tak boleh ke 'selekeh' lagi?

"Awak dah kenapa nak cari pasal dengan saya pagi-pagi ni?" Tanya Ayshara tidak berpuas hati. Dia berpeluk tubuh.

Zakwan datang mendekat dan dia berhenti betul-betul di hadapan Ayshara. Badannya menunuduk sedikit dan kedua tangannya menongkat badannya di atas katil.

Ayshara dapat tengok jelas muka Zakwan. Wait. Apahal mamat ni macam bling-bling semacam ni? Macam ada bintang-bintang dalam komik tu. Serius tak boleh bla!

"Apa ni? Jauhlah." Tak selesa.

"Tak nak!" Zakwan menyakat. Malah dia makin dekat lagi dengan Ayshara membuatkan Ayshara menutup mukanya dengan selimut yang berada di ribanya. Dapat Ayshara dengar gelak kacak Zakwan. Eh, kejap. Dia cakap kacak ke?

Ew.

"Hei..." Zakwan memanggil. Selimut ditarik turun dari muka Ayshara kemudian dia menjauh. Kalau tak menjauh, mahu budak kecik tu tutup muka aje. Tak pun, dia kena sepakan free.

Ayshara jeling Zakwan. Tak suka bila mamat ni bercakap guna suara lembut dia. Dalaman dia macam kena geletek tahu tak! Pastu nak face to face dekat-dekat! Bencilah!

"Sekarang dah pukul 10 tau. Nak tidur lagi ke macam mana?" Tanya Zakwan kepada Ayshara. Tangannya bergerak mengutip bantal-bantal yang berselerak di atas lantai lalu diletakkan di atas katil. Terbukti di situ betapa lasaknya seorang Ayshara tidur.

Ayshara pandang Zakwan yang sedang mengemas bantal di belakangnya. Tak tahulah mamat ni betul-betul rajin atau apa. Sebab first time kan berhari minggu dengan dia.

"Tak. Takkan nak tidur semula, kut." Jawab Ayshara. Dia turun dari katil dan bergerak ke meja soleknya. Sikat diambil dan dia mula menyikat rambut separas bahunya di hadapan cermin.

Zakwan yang melihat Ayshara menyikat rambut, terus berhenti daripada mengemas katil. Serius dia cakap, dia paling suka tengok Ayshara waktu gadis itu sedang menyikat rambutnya. Satu, memang terasa betul bahawa Ayshara miliknya kerana dialah lelaki asing yang dapat melihat mahkota gadis itu, sedang lelaki asing lain seperti Alif tidak dapat melihatnya. Dua, sebab um... dia nampak... emmm 'selekeh'. Faham kan bahasa kias?

Ayshara berhenti menyikat apabila dia perasan bahawa Zakwan sedang memandangnya. Terus dia bertanya, "pandang apa?"

"Ha? Takde. Tadi cari sikat. Kat situ rupanya." Jawab Zakwan. Cover. Kemudian dia kemas katil semula.

Ayshara mencebik kemudian dia cepat-cepat ikat rambutnya kepada messy bun. Dia kena cepat sebelum Zakwan siap kemas katil.

"Eh eh. Biar saya yang buat benda ni. Sana!" Ujar Ayshara. Sambil itu dia tolak Zakwan ke tepi.

"Apa kes awak yang nak kena kemas sedangkan saya yang tidur kat sini?" Bebel Ayshara sambil tangannya lincah mengemas katil. Bantal disusun cantik, cadar dibetulkan serta selimut dirapikan.

"Apa salahnya tolong isteri."

Ayshara pandang Zakwan. Like seriously?

"Kejap. Isteri? Cakap pasal isteri, kenapa kita kahwin ek? Kita kenal pun tidak." Tanya Ayshara. Dia duduk di atas katil sambil pandang Zakwan yang berdiri tidak jauh daripadanya.

Zakwan datang mendekat. Dia kuncikan Ayshara dengan meletakkan kedua tangannya di kiri dan kanan Ayshara. Betul rapat kedudukan mereka sekarang ini.

Ayshara terkejut sampai dia tak boleh nak buat apa. Terus dia tutup mata rapat-rapat.

Zakwan yang melihat terkejut. "Tutup mata nak kiss ke?"

Terbuka terus mata Ayshara. "Eee, tak senonoh! Tak naklah! Sana!" Dia pukul lengan Zakwan tapi sedikit pun Zakwan berganjak.

"Eleh! Nak, cakap nak," kata Zakwan sambil matanya galak memandang Ayshara.

"Tak na--" terhenti terus kata-kata Ayshara apabila bibir Zakwan mendarat lembut di dahinya selama 3 saat.

Zakwan lepaskan senyuman sinis sebelum dia cubit lembut pipi Ayshara. Kemudian, dia menjauhi Ayshara yang masih terkejut.

"Dah, pergi mandi. Lepas ni kita keluar!" Pesan Zakwan sebelum dia berlalu keluar dari bilik itu. Sempat dia memandang Ayshara yang terkejut di atas katil. Perlahan-lahan senyuman sinisnya bertukar menjadi senyuman manis. Lalu, pintu bilik ditutup rapat.

Zakwan keluar meninggalkan Ayshara.

"What the..."

"Arghhh!!!" Ayshara menjerit geram. Suka hati mamat tu aje nak cium dahi dia! Dah lah tak menjawab soalan dia! Bikin sebal!

Terus Ayshara berlari masuk ke dalam tandas.

C | 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋Where stories live. Discover now