Aku termenung ke luar tingkap kereta. Tika ini, aku bersama keluargaku dalam perjalanan ke Tanjung Karang. Kampung Daniel. Ingin diadakan tahlil. Untuk Daniel. Selepas satu jam setengah perjalanan, sampai juga ke sini.
"Ha, Kak Zah, Abang Bahar. Masuk-masuk. Eh Rin. Masuk sekali. Beg tu kasi Zam angkat." Ujar Cik Mah. Aku senyum. Aku beri begku pada Zam.
Zam ni anak kedua Cik Mah. Cik Mah pulak mak ngah pada Daniel. Wanita inilah yang bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan Daniel sehingga Daniel membesar.
"Jom kak. Kita naik." Ujar Zam sambil menjinjit beg bagasiku. Aku senyum dan mengikut Zam melangkah masuk ke dalam rumah.
Aku pandang sekeliling. Wah, lama benar aku tak ke sini ye? Dekorasinya pun dah berubah. "Rin mesti penatkan? Kalau penat, Rin rehat lah dulu dalam bilik Yan." Aku geleng.
"Tak apalah Cek Mah. Kuat lagi ni." Aku pegang perutku yang sudah masuk 7 bulan. Aku lihat lelaki yang duduk di sofa yang berada di ruang tamu itu. Aku berkerut melihat lelaki itu.
"Jap. Apa ek? Hmm.....ha! Hafiz!" Ingat juga pada nama yang satu tu. "Salah lah kak. Hafiz tu saya. Itu Paan." Tegur satu suara. Terus aku pandangnya. Kelihatan Hafiz berjalan ke arahku.
"La, mana lah akak ingat. Dah dua-dua muka nak sama. Tak. Gaya rambut macam sama." Balasku. Aku mengambil tempat berhampiran mereka.
Hafiz dan Paan merupakan antara anak buah Daniel yang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan keluarga kami. Mereka juga berada di bawah pimpinan Daniel sewaktu menjadi pelatih.
"Mana ada, kak. Saya lagi hensem. Kan boleh beza?" Terburai gelak aku. Paan memang begini. Dia mempunyai personaliti yang kelakar. Jadi, anak dara yang suka lelaki kelakar, boleh lah beratur untuk Paan ni. Cuma tu la. Perasannya lebih.
"Yang lain tak datang ke?" Soalku setelah ketawaku berhenti. Hafiz menggeleng. "Diorang ada kerja. Mungkin datang hari kenduri je kut. Tu pun tak pasti lagi." Aku mengangguk perlahan.
"Akak, kitorang ada benda nak beritahu ni. Memandangkan akak pun ada sekarang ni." Ujar Paan setelah lama kami diam.
"Apa dia? Cakaplah."
"Pasal bos."
Aku terdiam. "Apa dia?"
"Kitorang dapat track keberadaan Daniel." Aku tergamam. Adakah ini bermaksud Daniel masih hidup?
"Tapi tak pasti sama ada masih hidup atau corpse." Aku senyum tawar. "Macam mana korang boleh detect sedangkan tentera kat sana tak boleh?"
Mereka berdua senyap. Tahulah aku yang perkara itu adalah sulit. Aku menghela nafas sejenak. Mata memerhatikan sekeliling. Semuanya buat hal masing-masing. Hanya kami bertiga di ruangan itu.
"Akak dah redha dengan ketentuan Ilahi. Kalau Daniel dah ke rahmatullah, akak redha. Kalau sebaliknya, alhamdulillah." Kataku perlahan.
Hafiz dan Paan memandang sesama sendiri. Mereka mengangguk lemah. "Baiklah kak. Kalau ada apa-apa perkembangan nanti, kitorang inform." Aku mengangguk dan tersenyum.
"Ni korang dah lama sampai ke?" Soalku. Saja mengubah topik. "Lama dah. Sempat juga Paan ni berdengkur sampai bergegar rumah." Terus Paan menumbuk bahu Hafiz. Aku ketawa. Macam-macam lah mereka ni.
Aku masuk dalam bilik untuk menunaikan solat Zohor. Usai solat, aku menadah tangan untuk meminta pertolongan-Nya. Teresak-esak aku mengadu pada-Nya.
"Ya Allah, kau ampunilah dosaku, ampunilah dosa suamiku, ampunilah kedua ibu bapaku serta umat Islam di muka bumi ini ya Allah. Sesungguhnya Kau lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kau teguhkan lah hati kami di jalan Mu ya Allah, Kau murahkan lah rezeki kami ya Allah. Sesungguhnya kau Maha Pemurah. Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati, kau kuatkanlah hatiku untuk menerima pemergian suamiku. Kau rahmatilah rohnya di sana. Engkau ringankanlah siksaannya. Ya Allah, Kau sampaikanlah sayangku padanya. Sesungguhnya aku amat merindui suamiku."
HARI ni, ramai sanak-saudara datang. Majlis kenduri tahlil untuk Daniel. Entah mengapa, aku masih merasai kehadirannya. Hatiku kuat mengatakan bahawa Daniel masih hidup. Tapi akalku menafikannya.
Akan diadakan juga majlis berkabung bersempena menghargai jasa para perwira yang terkorban semasa menjalankan tugas. Tetapi selepas misi di sana berjaya. Dan Daniel juga sudah diisytiharkan terkorban oleh tentera di sana kerana letupan yang berlaku amat kuat dan sememangnya peluang untuk terselamat dari letupan itu hanya 1%.
Solat jenazah ghaib telah dilakukan semalam. Sekarang, abah mengimami bacaan yasin dan tahlil di tengah-tengah rumah. Aku turut serta dalam mengalunkan bacaan yasin.
"Terima kasih pada semua orang yang hadir pada hari ini. Kita doakan agar arwah Daniel, sentiasa tenang dan berada dalam kalangan orang yang beriman. Amin. Marilah. Semua dijemput ke khemah untuk menjamu selera." Tutur abah setelah bacaan Yasin dan tahlil selesai.
Aku keluar rumah. Ramai orang masjid yang Cik Man jemput untuk ke kenduri tahlil ini. Aku lihat, kaum perempuan berada di dalam rumah. Mungkin memberi peluang untuk kaum lelaki menjamah makanan dahulu.
Abah taja katering untuk kenduri ini. Jadi, kami tak perlu bersusah payah untuk memasak makanan hari ni. Pinggan dan cawan pula guna polisterin. Apabila orang masjid sudah beransur pulang, aku pula yang mahu menjamu selera. Tak tahan. Lapar sangat ni.
Seperti biasa, aku ambil makanan dalam kuantiti yang banyak. Yalah, kan sudah berbadan dua. Aku menyertai sepupuku, Maira dan abangnya untuk makan.
"Wei, Rin. Banyak gile kau makan!" Kata Maira sebaik sahaja melihat lauk di pingganku. Aku sengih. "Biarlah. Lapar gila kut." Aku basuh tangan dan mula membaca doa. Usai itu, aku mula menjamu selera. Ahhhh, sedapnya!
"Lepas ni kau balik Banting ke?" Soalku. "Entah. Ikut drebar." Maira pandang abangnya sambil mengangkat keningnya tinggi.
Abangnya Haraz menjeling Maira. "Kalau ikutkan aku, aku tinggal je kau dik. Boleh je memandu, tapi saja suruh aku pandu. Aku minta pandu half-half, tak mau." Haraz sambung makan. Aku gelak. Lahai, merajuk ke cik abang ni?
"Alah, adik bukan tak mau. Jalan kat sini kecik. Lalu tepi sawah. Takut lah adik nak pandu." Maira masih menyengih. Aku menggeleng. Apa sajalah dua beradik ni.
"Mak Su kenapa tak datang?" Aku menukar topik. Gaduh pulak dua ekor ni. "Ada kerja kat butik. Tak boleh excuse. Meeting untuk deal dengan pengeluar textile Jepun." Aku mengangguk.
Aku membasuh tangan. Tisu diambil dan lap mulut yang sedikit comot. Aku pandang sekeliling. Aku ternampak Nia. Dia tengah bercakap dengan Yan.
Terkenang kembali saat Nia menerima berita kehilangan abangnya. Dia menangis semahu-mahunya. Kasihan Nia. Sudahlah kedua ibu bapanya pergi. Kini abangnya pula tinggalkan dia. Tinggallah dia keseorangan. Nasib baik ada keluarga Cik Mah. Boleh dia menumpang kasih.
Aku pula tunduk merenung cincin di jari manisku. Tahun ni, sama seperti tahun lepas. Aku sambut bulan Ramadhan dan bulan Syawal tanpa suami di sisi. Aku tersenyum tawar bila mengenangkannya.
Belum anniversary lagi dah janda. Kelakarkan? Aku kesat air mata yang bergenang. Takut juga disedari oleh Maira dan Haraz.
Aku bangun dan membawa pingganku ke dalam plastik sampah yang diikat pada tiang khemah. Alah, pinggan polisterin je.
Sat aku ingin meletakkan pinggan, ada juga yang mahu membuang pinggan polisterin ke dalam plastik. Aku mendongak untuk melihat orangnya, dan saat itulah aku terkelu. D-Dia?!
Dia juga melihatku. Dan dia kelihatan lebih terkejut dengan keberadaanku di sini. Di tempat yang mustahil untuk aku berada baginya.
"You?!!!"
YOU ARE READING
Mr. Cop Mrs.Doc (Complete)
RomanceAirina Sofea- Doktor psikiatri yang berkaliber. Tidak berapa menyukai lelaki atas sebab tertentu. Daniel Hazif- Polis yang berwawasan. Punyai rupa paras yang maskulin. Kehilangan ibu bapa sekaligus menyebabkan dia dirawat oleh Airina. Saat rawatan...