Aku meletakkan secawan kopi pada meja Damian. Walaupun aku tidak berada dalam keadaan yang baik, aku masih berkeras untuk hadir ke kerja pada hari itu.
Tiba-tiba, Damian mengeluarkan sesuatu dari dalam laci mejanya. Dua botol kecil minuman pembekal tenaga disuakannya ke hadapanku.
“Apa ini?” Soalku kepadanya.
“Minum.” Arahnya.
“No, thanks. Saya ada banyak kerja nak buat.” Aku mengeluh.
“Dah lima hari dah dia pergi. Sepanjang lima hari itu juga aku tengok kau macam mayat hidup. Bernafas tapi emotionless.” Tegur Damian dengan dingin. “Buat apa kau hidup kalau kau macam ini?” Gumamnya dengan perlahan.
Aku mengeluh. “Betul juga kata Encik Damian itu. So, should I just... die?” Soalku kepadanya tanpa sebarang ekspresi.
Matanya terbuntang apabila mendengar balasanku. Dia mula gelabah dan tergaga-gagap apabila berbicara.
“Tak payahlah sampai nak mati.” Dia menggaru kepalanya. “Kalau kau minum air ini pun dah kira okay dah.” Tambahnya lagi.
Aku memandangnya dengan tajam. Mataku mula berkaca. Botol minuman pembekal tenaga itu aku capai lalu aku buka penutupnya. Botol tersebut kosong dalam satu tegukan.
“Ka-kau buat apa ini?” Damian tergagap-gagap.
Botol kedua aku capai lalu aku buka penutupnya. Belum sempat botol tersebut menyentuh bibirku, Damian menariknya dari tanganku menyebabkan air tersebut tertumpah sedikit pada tanganku.
“Kau gilakah?!” Dia meninggikan suaranya.
Tangisan aku leraikan tanpa mengira sama ada sesiapa akan mendengarku. Bahu Damian yang tegang itu menjadi tenang semula. Dia meletakkan botol tersebut pada mejanya.
“Aku... aku tak bermaksud nak jerit kat kau.” Dia meminta maaf kepadaku. “It’s not good for your health kalau kau minum energy drink in one go.” Tambahnya lagi.
Aku sekadar mendengar kata-katanya tanpa memberikan sebarang tindakbalas. Tiba-tiba, dia menghampiriku lalu meletakkan tangannya pada bahuku.
“Weh, sorrylah!” Dia menepuk bahuku. “Aku belanja kau makan ayam Upin Ipin nak?” Dia cuba untuk memujukku.
Tangisanku bertukar menjadi tawa. Aku mendongak semula lalu memandangnya dengan mata yang sembam.
“Terima kasih.” Ucapku.
“Te-terima kasih?” Dia menjongketkan keningnya.
“Terima kasih sebab buat saya ketawa.” Balasku. “Rasanya dah lama sangat saya tak ketawa.” Aku tertawa kecil.
“Oh.” Dia mengurut tengkuknya. “It’s okay. Free of charge.” Tambahnya lagi sambil tersengih.
Aku mencapai semula botol minuman pembekal tenaga tersebut. Dia kelihatan gelabah semula apabila aku memegang botol tersebut.
“Encik Damian dah bagi saya air ini. Tak boleh ambil balik. Nanti buruk siku.” Kataku kepadanya.
“Bu-buruk siku?” Soalnya.
Daripada ekspresi wajahnya yang kelihatan keliru itu aku dapat mengagak ini kali pertama dia mendengar perkataan tersebut.
“Er, iyalah! Kau ambillah air itu tapi jangan minum in one go lagi.” Pesannya.
YOU ARE READING
Nak Ngorat Awak, Boleh?
RomanceHighest ranked #36 in romance Daneen Maleeka, gadis yang tidak ingin terlibat dalam dunia percintaan kerana menganggap perasaan cinta yang tidak pernah dirasainya itu akan memusnahkan dirinya. Namun begitu, kisah hidup Daneen berubah apabila dia d...