Bab 23

5.4K 227 2
                                    

" EH tak lah, Fariz ni kan selalu pergi sekolah dengan Leane kalau abang parking dekat simpang jalan, selalu terserempak " bidas Muiz. Berdebar weh. Hampir kantoi yang Leane dengan Fariz ni ada hubungan.

Leane merenung jalan ke arah Muiz. Sabar je lah alahai.

Fariz pun satu, kita tak undang dia pun, tiba tiba dia ada.

" Leane, muka dah kenapa tu masam macam tu " tegur Haziq. Lantas muka Leane dikembalikan secara normal.

" heee " Leane menunjukkan peace. Haziq menggeleng perlahan.

" ohh, ingatkan abang dah kenal lama dengan si Fariz ni " ujar Hakim. Fariz menjeling ke arah Leane dan Haziq.

" lepas korang dah siap makan minum ni, masuklah dekat bilik study dekat atas " beritahu Muiz. Lalu meminta diri untuk naik ke atas. Takut jika selepas ini rahsia lain pula yang akan dibocorkannya.

" jomlah, kita naik, lambat mula, lambat habis ni nanti " bidas Leane selepas mereka siap berborak. Risau juga dia jika ada yang kerap bertanya tentang Fariz. Mereka sudah seperti mengesyak sesuatu. Maka, Leane harus berhati hati.

Mereka berenam mengemas dan berlalu pergi naik ke atas. Kali ini, jujur Fariz katakan, dia hanya membawa satu buku kecil. Kerana kebanyakkan buku bukunya ada disini.

" korang naik dulu, aku nak kemas ni jap, Haziq, kau tengokkan ye bilik kat atas tu, ada tanda study depan pintu " Haziq mengangguk. Dia mengetuai rombongan kecil itu ke tingkat atas.

" Riz , jomlah " panggil Taufiq mengajaknya naik ke tingkat atas bersama sama.

" aku nak ke tandas jap " balasnya semula. Kakinya melangkah kembali ke arah meja mereka tadi. Meluru ke arah Leane yang sedang mengemas meja.

" Psst " bisik Fariz di telinga Leane apabila mereka semua pergi naik ke atas. Fariz berdiri di belakang Leane.

Leane menoleh. " apa? " balas dalam nada berbisik. Cawan semua dikutip dan diletakkan di dalam dulang.

" ambikkan buku aku satu " Leane mengerutkan keningnya. Kepala menoleh ke belakang.

" bukan buku kau kat bilik study ke? " Soal Leane lagi.

" yeke? Kau dah kemas eh " Fariz teringat bahawa pada beberapa hari lepas dia mengeluarkan semua buku teksnya untuk melakukan kerja tambahan sejak beberapa hari tanpa kehadirannya ke sekolah.

" ye lah, ingat mata aku ni suka ke tengok barang kau merata rata? " Fariz tersengih.

" okaylah macam tu, kau tak rindu aku ke? " Leane menoleh seketika kepada Fariz. Kemudian dia menyambung mengemas mejanya kembali.

" rindu kau untuk apa? " Fariz mencebir. Dia mengeluh pendek dan mencapai jacketnya di atas lantai untuk naik ke atas.

" ke kau yang rindu aku? " soalan Leane membuatkan Fariz lantas menoleh kembali ke arah Leane.

" tak kuasa " balas Fariz selamba. Dia berjalan menaiki tingkat atas. Leane menggelengkan kepala melihat Fariz yang masam itu.

Rindu? Jauh sekali.

Aman adalah... cuma.. sunyi tu adalah sikit.

Fariz menolak pintu bilik belajar itu. Dia secara diam diam mencapai buku Biologi yang berada di rak dan sembunyikannya di dalam jacket. Nampaklah seperti dia membawa sesuatu.

" Riz, bila kau nak masuk sekolah? " soal Taufiq. Dia perlu tahu supaya dapat memudahkan urusan untuk mengambil kehadiran setiap pagi.

" aku tak tahu lagi, sekarang ni mummy aku tak kasi aku sekolah lagi lah " rungut Fariz apabila terkenangkan dirinya bagai dikurung.

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now