Bab 20

5.7K 212 2
                                    

" WOI, Hairi! Lepaslah " Fariz meronta meminta badannya dilepaskan selepas sedar daripada pening akibat ubat yang dihidunya sbeentar tadi. Ah senaknya dadanya hanya Allah yang tahu apabila dia dipegang secara kasar begitu.

" Sorry " kemudian Hairi meminta dua anak buahnya melepaskan Fariz. Dia juga tidak sanggup untuk melukakan Fariz. Tetapi ini adalah arahan daripada Puan Maria.

" berhentikan kereta ni sekarang " pinta Fariz. Suaranya tegas.

" sorry bro, ini permintaan Puan Maria. Nak tak nak, kau nak kena ikut jugak " ujar Hairi. Dia berada di seat hadapan.

" hantar aku balikkk !! " lantang suara Fariz bergema di segenap ruangan sempit di dalam kereta itu. Meronta untuk dihantar pulang.

Hairi hanya membiarkan Fariz begitu. Dia juga kasihankan Fariz, tapi apakan daya, ini adalah kerja untuk mencari sesuap nasi.

Tidak lama kemudian, kereta itu masuk ke dalam perkarangan rumah agam milik keluarga Fariz. Rumah yang hampir dua bulan tidak dijejak.

Fariz ditarik keluar oleh anak buah Hairi dan dia menepuk bahu Fariz lembut.

" aku mintak maaf bro " tangannya masih lagi di bahu Fariz. Fariz menolak kasar tangan itu.

" tak payah sentuh aku " gumamnya kasar. Tubuh Fariz lantas di ditolak oleh Hairi untuk masuk ke dalam rumah.

" THANK you Hairi sebab bawakan Fariz balik " perkataan 'balik' yang benar benar membuatkan Fariz menyampah mendengarnya.

Hairi hanya mengangguk dan berlalu pergi meninggalkan dua beranak itu di ruang tamu.

" dahlah mummy, Fariz nak balik " Fariz menarik sedikit tali beg yang berada dekat dengan bahunya supaya tidak lenguh. Fariz memusingkan dirinya dan berjalan ke arah pintu agam rumah itu.

" Fariz, mummy tak nak Fariz keluar dari rumah ni kecuali sekolah " kata kata Puan Maria membuatkan langkah Fariz mati. Lantas dia memusingkan tubuhnya kembali menghadap Puan Maria.

" mmy, rasanya Riz tak perlu nak ulang segalanya berkali kali. Riz tak nak. Boleh mummy dengan daddy jangan jilat ludah sendiri? Tak jijik ke? " soal Fariz pedas. Sindiran ini mungkin tidak ditujukan kepada Puan Maria, tetapi jika Encik Ishak di sini, pasti dia akan terasa.

" Riz, sampai hati Riz cakap macam tu. Riz tak sedar ke ni ibu Fariz? " Faruz tersentak. Ibunya sedang menggunakan kuasanya untuk melembutkan kelemahannya.

" mmy-- "

" yang lepas itu biarlah lepas. Mummy tak pernah jangkakan semua ni Riz. Semuanya berlaku luar kawalan. Daddy masatu cuma sebab dia terlalu angin. Dia sendiri menyesal dengan apa dia ucap selepas Fariz pergi. " tutur kata yang sayu itu membuatkan Fariz terdiam. Mati ayat untuk membidas lagi.

" Fariz duduk dengan mummy ye? " Puan Maria anak sulungnya ini seorang yang mudah lentur hati. Pujuk guna ayat sedih sedikit pasti dia tunduk.

Fariz tertunduk dan terdiam. Otaknya tidak dapat mengesan apa apa. Tidak lama kemudian, dia mengangguk perlahan.

Puan Maria merapati Fariz dan memeluk Fariz. Dia mengusap belakang rambut Fariz " Mummy tahu Fariz sayang mummy.. thanks Riz "

" mmy, Leane? She's my wife. I need to take care of her " tukas Fariz apabila dia rasakan bahawa Puan Maria cuba melupakan sang isteri seorang itu.

" Mummy mintak maaf Riz, mummy rasa Leane kena tinggal sendiri buat masa sekarang, mummy tak nak buat daddy rasa serabut "

" but she's my wife ! " balas Fariz dalam separuh membentak. Hatinya berat. Bagai disiat siat. Fariz tidak mahu melepaskan tangan terhadap tanggungjawabnya.

Please, You're Mine !Where stories live. Discover now