Aku teringat semula pesanan ringkas yang aku terima daripada Zane pagi tadi. Dia meminta maaf atas apa yang dikatakannya semalam dan ia membuatku hanyut dalam fikiran sendiri.
Dia sibuk sangatkah hinggakan tidak boleh menjengukku sendiri dan meminta maaf secara berhadapan sebelum dia pergi outstation?
Aku memandang fail di hadapanku dengan pandangan yang kosong. Aku tersentap dari lamunanku apabila namaku dilaung dengan kuat sekali.
Aku menoleh ke arah kananku di mana Damian sedang duduk. Dia memandangku dengan tajam dan keningnya dikerutkan. Kepalaku aku tolehkan ke arah ahli lembaga mesyuarat pada hari itu lalu aku meminta maaf kerana tidak memberikan perhatian.
"Meeting hari ini sampai sini sahaja." Beritahu Damian.
Setiap yang terbabit dalam mesyuarat pada pagi itu sempat menyalam Damian sebelum beredar meninggalkan ruang mesyuarat. Beberapa minit kemudian, aku tinggalkan seorang dengan Damian di situ.
Aku mengemas fail di hadapanku dengan segera. Setelah itu, aku bangun dari kerusi yang menjadi tempat dudukku sepanjang mesyuarat tersebut. Belum sempat aku meninggalkan bilik mesyuarat itu, Damian berkata sesuatu kepadaku.
"You seem a little bit distracted." Katanya.
Aku memberanikan diri untuk berpaling dan memandangnya. Kepalaku aku anggukkan walaupun aku tidak tahu apa maksud di sebalik tegurannya itu.
"Aku tak suka orang yang anggap mesyuarat yang penting macam ini remeh sehinggakan sepanjang meeting dia asyik termenung. So, make sure kau tak ulang kesalahan kau lagi atau kau akan dikenakan tindakan disiplin. Faham?" Tambahnya lagi.
"Faham, Tuan Damian." Aku mengangguk.
Dia fokus semula pada fail di hadapannya. Aku mengambil kesempatan tersebut untuk meninggalkan bilik itu.
"Kenapa kau panggil aku Tuan Damian?" Dia bersuara lagi sebelum aku sempat melangkah keluar meninggalkannya bersendirian dalam bilik mesyuarat itu.
"Saya... saya terdengar Kak Mia panggil Tuan, Tuan Damian so saya assume..."
"Not every assumption is right, Cik Daneen." Cantasnya dengan segera. "From now on, kau boleh panggil aku dengan panggilan yang kau selesa nak guna. Tak payah nak ikut sangat apa yang orang lain buat." Ujarnya dengan dingin lalu fokus semula pada fail di tangannya.
"Kenapa Encik Damian panggil saya Daneen?" Soalku pula, mata mula berkaca.
Dia mendongak lalu memberikanku pandangan keliru. Aku menggenggam erat fail yang berada dalam dakapanku dek rasa gementar.
"Kenapa tak panggil saya Maleeka?" Soalku lagi.
Dia diam tidak berputik. Mungkin memikirkan jawapan bagi soalanku itu. Pen di tangannya diletakkan pada meja.
"See, even you make an assumption walaupun Encik Damian sendiri tahu yang not every assumption is right." Aku memaksa diri untuk mengukirkan senyuman. "Sometimes, kita tahu yang benda itu tak semestinya betul but we can't stop ourselves from doing it. It's the same when it comes to assumption... and love." Aku menganggukkan kepalaku sebagai tanda meminta diri lalu meninggalkan bilik tersebut.
♚♚♚
M
ataku fokus pada skrin komputer di hadapanku itu. Jadual perjumpaan Damian untuk minggu hadapan aku bina menggunakan aplikasi dalam komputer tersebut.
Mujurlah aku seorang yang pantas menaip. Senang sedikit kerja aku bila melibatkan kerja yang perlu ditaip.
"Daneen?" Kak Mia berdiri di hadapan mejaku. "Bos minta kamu sediakan air kosong untuk dia." Beritahu Kak Mia.
"Dia tak boleh ambil sendirikah, Kak Mia? Pantri itu bukannya jauh." Rungutku pula.
Kak Mia menampar bahuku perlahan sambil tertawa. "Jangankan pantri, toilet pejabat ini pun belum tentu lagi bos kita itu pernah guna." Balas Kak Mia. "Dah pergi cepat! Nanti bos marah kang, baru tahu!" Kak Mia menggesaku.
"Iyalah, iyalah." Aku bangun dari tempat dudukku lalu menuju ke pantri.
Setelah mengisi gelas dengan air kosong yang suam, aku berjalan ke bilik pejabat Damian. Pintu aku ketuk sebelum masuk ke dalam.
"Ini air Encik Damian." Aku hulurkan kepadanya gelas tersebut.
Dia kelihatan agak pucat. Gelas aku hulur itu disambutnya dengan lemah. Setelah itu dia duduk pada sofa yang ada dalam ruangan pejabatnya itu.
"Tolong ambilkan ubat dalam laci kat meja saya." Pintanya.
Aku agak ragu-ragu ketika dia menyuruhku mengambil ubat tetapi tetap akur dengan perintahnya. Aku membuka laci lalu mengambil ubat berwarna biru kuning dalam laci tersebut dan aku bawa kepadanya.
Dia meletakkan dua biji pil tersebut pada telapak tangannya lalu dihumbannya masuk ke dalam mulut. Air yang aku bawa tadi diteguknya sehingga habis.
"Itu painkiller, am I right?" Soalku padanya.
Dia menganggukkan kepalanya lalu menyandarkan belakangnya pada sofa. Aku mengambil semula gelas yang telah kosong itu.
"Encik Damian okay? Saya nampak muka encik pucat semacam saja." Aku memandangnya dengan perasaan risau yang bersarang di hati.
"Aku... pening sikit saja."" Balasnya sambil merenungku dengan mata yang hampir tertutup.
"Encik Damian nak saya call doktor encik?" Soalku lagi, gelas di tangan aku genggam erat.
"No, it's okay." Balasnya tetapi fokusnya terhadapku mula hilang.
Dia memegang kepalanya sambil memandang sekeliling bilik. Dahinya dibasahi dengan peluh dingin dan pernafasannya semakin tidak teratur.
"Encik Damian?" Panggilku, perasaan resah semakin menyelubungi diri. "Encik Damian?" Panggilku lagi apabila dia tidak menyahut.
Dia rebah terbaring pada sofa. Aku terkejut apabila melihat dia pitam secara tiba-tiba.
"Damian!" Aku menghampirinya.
Gelas di tanganku aku letakkan pada meja kopi di hadapan sofa tempat dia terbaring itu. Aku menggoyangkan badannya untuk mengejutkan dia semula.
“Damian!” Panggilku lagi.
Akhirnya, matanya tertutup rapat.
♚♚♚
» Jgn lupa vote k 🌟 btw, i think i want to publish citer baru next month. tajuk dia Sebulan Bersama Ex-Crush. haa tu dia 😂
YOU ARE READING
Nak Ngorat Awak, Boleh?
RomanceHighest ranked #36 in romance Daneen Maleeka, gadis yang tidak ingin terlibat dalam dunia percintaan kerana menganggap perasaan cinta yang tidak pernah dirasainya itu akan memusnahkan dirinya. Namun begitu, kisah hidup Daneen berubah apabila dia d...