1

31.6K 1.5K 29
                                    

Sekolah Tinggi Kyun Hee.

Sedar tak sedar sudah hampir tujuh bulan aku menabur bakti kepada sekolah ini. Masih segar lagi, ketika pertama kali aku melapor diri, aku telah diayat oleh pelajar Tingkatan Enam. Selepas itu, tersebar pulak berita tentang pelajar baru masuk. Aku hampir terguling-guling ketawa di hadapan Pengetua.

Siapa sangka, daripada pelajar yang masuk mendaftar rupanya guru yang melapor diri. Merah muka pelajar tersebut apabila Pengetua memperkenalkan aku di bilik guru. Kebetulan dia masuk. Takpelah..pefeeling young sekejap.

"Al, satgi hang masuk kelas 6 Pluto kan? Boleh tak, nanti habaq kat depa, masa Kak Yam nanti suruh depa pi makmal?"

Aku pandang Ustazah Maream yang sedang tersenyum. Aku angguk kepala. Ustazah yang berasal daripada negeri utara ini masih tebal dengan loghat utaranya walaupun sudah lama menabur bakti di bumi kenyalang.

"Boleh je kak. Nanti saya habaq kat depa."

"Makseh aok."

Aku tersengih sambil lalu mengemas buku yang bakal dibawa ke kelas Tingkatan 6 Pluto. Sebagaimana Pluto merupakan planet yang terakhir dalam sistem Suria, seperti itulah kelas Tingkatan Enam Pluto.

6 Pluto.

Kelas Tingatan Enam yang terkenal dengan kes ponteng, kes gaduh, kes samseng dan segala kes yang berkaitan dengan salah laku dan langgar peraturan sekolah. Aku pun tidak tahu, macam manalah aku boleh terjebak menggantikan guru tingkatan enam mafia ini yang berpindah sekolah. Katanya, hendak mengikut suaminya yang pindah sekolah atau barangkali sudah sakit hendak menghadap perangai pelajarnya. Bayangkan, setiap bulan, nama pelajar dari Tingkatan Enam ini sahaja yang terpampang di buletin sekolah sebagai pelajar yang membuat kesalahan. Tidak termasuk dengan kepopularan yang melebih-lebih dalam bilik guru mahupun dalam mesyuarat.

Rasanya aku sendiri sebagai guru kelas sudah mahu gali kubur sendiri. Uban pula sudah pandai munculkan diri, say hello to rambutku. Awal-awal lagi, Pengetua sudah bagi amaran terhadap kelas ini. Hati mau sado. Ye, kenapa badan aku aje tak sado-sado aje ni?

Ketika menghampiri kelas Tingkatan Enam Pluto, aku hairan kenapa pintunya tertutup sedikit.

Suspicious.

Mesti ada something ni.

Mereka ni bukan boleh percaya. Minggu lepas sahaja hampir sahaja muka Emir aku layangkan dengan pembaris panjang. Geram tatkala dia meletakkan kala jengking di dalam handbagku. Nasib baik refleks cepat, kalau tidak, rasanya aku memang wassalam terus dah.

6 Pluto kuat P.R.A.N.K.

Aku tendang pintu Enam Pluto. Serentak itu, limpahan cecair hijau membanjiri pintu depan Tingkatan Enam ini. 6 bulan mengajar mereka, sedikit sebanyak aku boleh agak prank mereka untuk membuli mana-mana makhluk Allah, selagi bergelar warga STKH.

"Bangun!"

Aku jerit dari luar bilik darjah. Kelas lain tidak peduli. Situasi yang biasa dengan rutin yang biasa bila para guru atau mana-mana pelajar yang dijadikan sebagai target prank.

"Keluar semua."

Semua buat muka toya. Pelajar perempuan 4 orang keluar lambat-lambat, itupun masih lagi dengan lenggang kangkungnya. Pelajar lelaki yang lain ada yang masih lagi duduk dan makan. Ada yang sedang duduk sambil bermain dengan pen.

"Aizat, Munif, Kae Hin, Vera, Andre, Arwish, Emir, Eric, Karl, Sarwesh." Senafas nama mereka aku sebut.

"KE.LU.AR. SE.KA.RANG!"

Bergegas lelaki 10 orang keluar apabila nama mereka dipanggil satu persatu. Bukan aku yang bagi arahan, tetapi PKHEM. Manakala pelajar perempuan sudah berbaris panjang di hadapanku.

Cikgu Hong Kar Chee memandang tajam satu persatu wajah Tingkatan Enam Pluto yang seramai 14 orang ini. Sebagaimana namanya Hong di depan yang bermaksud merah, maka merah itu sudah simbolik di STKH sebagai warna amaran PKHEM.

Sebenarnya, aku tidak tahu bila datangnya PKHEM tetapi aura dan derap langkahnya sudah simbolik dengan aku. Memandangkan kelas aku ini dan aku sendiri yang selalu berurusan dengan beliau.

"Siapa yang buat?"

Pelajar 14 orang mula tunjuk sesama sendiri, tidak mahu mengaku. Cikgu Hong angkat tangan kanan.

Mereka senyap.

"Saya ulang, siapa yang buat prank ni?"

Kali ini, suara PKHEM sudah tajam, berbaur amaran. Pandangannya sudah meliar, memerhatikan setiap wajah murid Tingakatan Enam Pluto ini. Kadang kala aku sendiri seram memandang PKHEM ini, berbaur segan.

Iyelah, cikgu pemes keluar masuk bilik PKHEM, dan juga balai polis, ikat jamin pelajar yang ditangkap polis. Seumur hidupku tidak pernah lagi menjejak kaki ke balai polis, tapi sejak memegang tampuk pemerintahan kerajaan mafia Tingkatan Enam Pluto ini, dalam bulan ni sahaja mukaku yang datang berkunjung ke balai polis. Dapat abang polisi hensem takpelah, ini semuanya bapak- bapak orang.

"Emir cikgu."

Aku tarik nafas. Emir lagi. Bila lagi dia nak resign jawatan ketua segala masalah?

Dan dialah penyebab mengapa Tingkatan Enam Pluto semakin mencanak naik.








----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hi.......
Untuk setiap chapter, saya akan upload setiap hari Isnin, setiap minggu, inshaaAllah.
Jadinya, sila komen dan vote ye😉😉
.. Makaseh aok...

HUBBY = STUDENTWhere stories live. Discover now