♚ 17 ♚

6.9K 430 15
                                    

2 hari yang lalu...

Aku merupakan yang terakhir berada di kafe. Sebelum menutup kafe, aku sempat membersih-bersihkan dalaman kafe tersebut.

Aku dikejutkan dengan ketukan pada pintu kafe. Aku hanya dapat melihat sebuah figura yang samar berdiri di bawah cahaya yang kelam sambil menungguku untuk membuka pintu.

Siapa pula yang datang malam-malam macam ni?

Aku menuju ke arah pintu. Sebatang penyapu sengaja aku bawa kerana takut sekiranya orang yang berdiri di hadapan pintu itu mempunyai niat yang tidak baik.

Aku memasukkan kata kunci lalu membuka pintu. Nafas lega aku helakan apabila mendapati figura tersebut dimiliki oleh Zane yang basah kuyup dek kerana bermandi hujan yang turun dengan lebatnya di luar.

Awak buat apa kat sini?” Soalku, sedikit bimbang dengan keadaannya.

Zane mendongakkan kepalanya. Walaupun mukanya dibasahi dengan air hujan, aku dapat melihat air mata yang jatuh bercucuran pada pipinya ditambah pula dengan matanya yang kelihatan bengkak.

Di-dia menangis ke?

Sorry for showing up like this tapi saya dah tiada tempat lain nak dituju.” Beritahunya diikuti dengan tawa yang dipaksa.

Masuklah dulu.” Pelawaku lalu memberinya ruang untuk masuk ke dalam.

Dia akur lalu masuk ke dalam. Aku menutup semula pintu. Zane berdiri kaku tetapi aku dapat melihat dia mencuba sebaik mungkin untuk tidak menggigil kesejukan.

Nak Ngorat Awak, Boleh?Where stories live. Discover now