"Apa dah jadi ni bro? Kenapa kau tak datang dekat apartment Farina tadi? Dia buat makan-makan tadi," Harris mendapatkan Farhan yang sedang melayan telefonnya di taman permainan yang disediakan di apartment.
"Saja..." balasan jawapan yang ringkas dan mudah.
"Kau ni...tak baik tau. Kau tak fikir perasaan Nia macam mana? Kalau ye pun kau marah, janganlah tunjuk sangat..."
"Dia kisah ke pasal aku? Buat apa aku nak tunjuk muka aku dekat dia kalau langsung dia tak appreciate aku? Tak ada guna pun kalau aku consider perasaan dia..." Farhan kembali fokus kepada telefonnya.
"Nia terasa kot bila kau up gambar perempuan tu..."
"So? Apa yang dia kisah? Dia terasa? Sejak bila dia pandai terasa ni?" tanya Farhan dengan nada keras.
"Farhan...takkanlah kau langsung tak..."
"Apa? Consider perasaan dia? Perasaan aku? Sapa nak consider? Aku tengok dia langsung tak endahkan aku pun. Buat apa aku tunggu untuk jangka masa yang lama? Aku tak nak jadi bodoh lagi Harris...7 tahun bukan masa yang singkat Harris. Jangka masa yang lama bagi aku."
"Look Farhan...it's just seven years. Same on me too...aku pun menunggu Farina untuk tujuh tahun. We have no different and same in one way."
"Kau lain Harris. Farina tu sebab dalam keadaan dah lampu merah...aku ni? Lampu merah pun tak, kuning pun tak apatah lagi hijau! Tak ada lampu! Aku tak tahu macam mana lagi aku nak buat. I think why should I waiting for someone who doesn't want me?"
Harris pun tak tahu nak cakap apa lagi. Farhan yang sekarang lebih keras hatinya. Kalau tak mengenangkan permintaan Farina yang menyuruh dia bercakap dengan Farhan, memang aku tak cakap benda-benda macam ni dengan Farhan.
"Cakap dengan Nia thank you sebab buat aku tertunggu-tunggu selama ni. Oklah aku blah dulu..." Farhan bangun dari tempat duduknya dan berlalu pergi meninggalkan Harris.
Farina menghampiri Harris dari belakang. Dari tadi dia hanya menjadi pemerhati saat Harris dan Farhan sedang bercakap. Aku nampak macam tak berkesan je? Dia menampar bahu Harris perlahan. Harris memandang belakang.
"Macam mana?" Farina melabuhkan punggungnya di sebelah Harris.
"Tak jalan pun sayang. Nampaknya hati Farhan dah keras betul. Bila abang cakap pasal Nia pun, dia macam nak marah-marah."
Dia memandang Farina yang sedang duduk di sebelahnya. "I had done my work. So, where's my payment?"
Dahi Farina berkerut mendengar permintaan Harris. Dia nakkan bayaran? "Serius ke ni abang? Nak payment?"
"Of course! Every job needs payment. So, where's my payment?" tangannya dihulurkan kepada Farina. Tapak tangan Farina turun menampar tapak tangan Harris.
"Hesy abang ni! Mintak tolong sikit je pun berkira je lebih. Tak apa, lain kali tak nak mintak tolong dah!"
"Kalau sayang tak nak bagi payment melalui duit, sayang boleh bayar guna cara lain?"
Cara lain? Ada ke guna cara lain? Bank in?
"Apa dia?"
"Sayang layan abang malam ni. Kalau sayang layan, free. Abang tak mintak dah payment..." Harris dah tayang senyuman nakal.
Haish dia ni! AKu tolak jatuh kerusi jugak kang?! Muka Harris ditampar perlahan.
"Menggatal je kerja dia kan?! Hesy! Benci betullah!" Farina bangun lalu beredar meninggalkan Harris.
Harris bangun mengejar Farina dari belakang. "Alah sayang...dah lama sayang tak layan abang. Abang nak juga bermanja dengan sayang," tangannya memeluk lengan Farina lalu kepalanya dilentokkan di bahu Farina.
"Tak payahlah menggatal sangat..."
"Nak manja memang kena gatal-gatal. Baru best!" Harris terjerit kecil bila kepalanya disekeh perlahan.
"Benda tu je yang dia jawab kan? Ok, abang nak saya buat apa sekarang ni? Nak layan apa?" ikut jelah kehendak dia ni. Kalau tak layan, makin mengada ayat dia tu.
"Simple je. Duduk atas katil layan abang. Yang tu je," muka Farina mula memerah. Astaghfirullahalazim! Mengada dah suami aku ni.
"Kenapa muka sayang blushing? Abang tak habis cakap lagi. Abang nak sayang duduk atas katil layan abang main game. Tu je..."
Kurang asam punya suami! Hesy! Suka buat aku malu macam ni.
"Hah...sayang fikir ehem-ehem eh? Kalau nak, ok. On je," dia tersengih lagi.
"Abang! Tak naklah cakap macam tu!" naik meremang segala bulu-bulu roma aku ni.
"Ok, ok...abang bergurau je. Taklah...abang nak sayang layan abang sambil main game boleh? Lagi satu, abang nak sayang...lawan main game dengan abang! Amacam? Deal?"
"Main game? Game apa?"
"PES!"
"PES?! Bola?! Abang! Seriuslah?!" Farina ketawa kuat. Harris mengangkat kepalanya lalu memandang Farina yang ketawa kuat.
"Kenapa? Apa yang lawak?"
"Abang nak suruh saya main PES?! Can you imagine that? Saya ni perempuanlah and I don't know how to control a player!" bohong je kerja kau ni Farina. Macamlah kau tak pernah main game bola.
"Abang tak kira. Malam ni sayang kena lawan dengan abang game bola or else you have to do a favour for me."
"Yang lain tu apa?" macam menarik je?
"Yang tu beratlah sikit...hehehe..." Farina mencubit perut Harris.
"Tak habis-habis kan?! Ok fine! Saya main game bola tu malam ni but if I win, I want something from you and you have to fulfil it. Deal?" beraninya kau Farina nak deal segala?
"Ok...deal. But if I win, I want something special from you. Just from you. Not from anyone else. Only you...deal?" kali ini pulak Harris buat perjanjian dengan Farina yang mungkin boleh memerangkap Farina sendiri.
Haih..aku dengar deal dia tu macam seramlah pulak.
"So, I take that silent as a deal. Kita tengok malam ni who will be the winner and who will need to fulfil the deal," Harris dah tunjuk muka ala-ala seram dia tu.
You're finished Farina! Totally death! Tulah! Pandai-pandai sangat nak buat deal lah apalah! Last-last kau nak termasuk perangkap dia sendiri. Tak apa, aku yakin yang aku akan menang game tu. Setakat PES, kacang je!
YOU ARE READING
Jodoh Ke Bodoh?
RomanceAmanda Farina... Nama seindah orangnya tetapi kehidupan yang dilaluinya langsung tidak seindah yang diharapkannya. Bukan kehidupan begini yang dia mahu. Dia mahu hidupan yang lebih cerah pada masa hadapan namun Hardy telah merosakkan segala impian...