Harris dan Farhan memandang muka Faliq yang tegang semacam. Dah kenapa pulak dengan Faliq ni? Takkan bergaduh dengan Sofea sampai muka pun tegang macam baru lepas kena botox je ni? Faliq menghempaskan punggungnya kasar di atas kerusi sambil tangannya naik mengurut dahi.
"Kenapa pulak kau ni Faliq? Muka macam baru lepas kena botox je ni?" Harris bersuara dan menghampiri Faliq yang masih lagi memicit dahinya. Sakit kepala ke? Nak ubat?
"Kau tahu tak aku dapat tahu yang Aeril tengah mengintip Sofea sekarang ni!" ujar Faliq keras lalu tangannya turun menampar meja makan kuat. Harris dan Farhan sama-sama naik terkejut.
"Huh? Maksud kau? Aeril dah ada dekat sini?"
"Ye! Tadi dia siap mengintip lagi dekat mana Sofea tinggal! Geram aku sekarang ni!" Faliq mengeluh kasar. Takkanlah aku nak konker hidup Sofea pulak semata-mata nak pastikan dia berada dalam keadaan selamat?
"Sofea tahu tak?" Faliq menggeleng. Saja aku tak cakap sebab aku tak nak dia bertambah risau dan takut.
"Kau nak buat apa sekarang ni Faliq? Kau patut fikirkan Sofea sekarang ni kalau kau takut jadi apa-apa dekat dia," Farhan pula bersuara.
"Aku pun buntu sekarang ni Farhan. Dia bukan isteri aku yang aku boleh konker 24 jam. Kalau aku konker dia, alamatnya dia meluat dengan akulah..." sapa yang suka kena konker? Tak ada kan? Aku tak naklah aku ni nampak macam aku ni konker dia sangat. Nanti dia rasa rimas pulak.
"Kau fikir dulu macam mana Faliq. Kau jangan buat keputusan yang terburu-buru dalam keadaan kau tengah berserabut sekarang ni. Kau kena fikir secara rasional...senang-senang kau angkat dia jadi isteri kaulah," gurau Harris lalu dia dan Farhan ketawa kecil. Faliq pula tersenyum.
"Kalau sesenang kacang macam mana kau angkat Farina jadi isteri kau, dah lama weyh aku buat! Kau pun untung tau sebab kau dapat Farina dalam keadaan yang dah...red colour."
"Rezeki akulah kot? Nak buat macam mana? Lagipun, kau dengan Sofea sampai bila nak jadi macam ni? Kalau Nia dengan Farhan ni, aku fahamlah..." matanya meleret nakal ke arah Farhan.
"Eh? Aku dengan Nia sweet cara lain. Yang kes Faliq ni lain. Komited sangat!"
"Tak apalah guys. Aku nak masuk tidur dulu. Rasa sakit pulak kepala aku ni fikir benda-benda ni..."
"Kau pergilah rehat. Tengok muka kau ni pun dah macam kena timpa buah kelapa..." komen Harris.
Faliq bangun lalu menuju ke biliknya. Kepala pun rasa berat je ni. Silap hari bulan aku dapat migrain!
"UMI? Umi buat apa datang sini? Kenapa datang tak bagitahu Sofea pun?" Sofea mencium tangan uminya lalu memeluk erat tubuh uminya.
"Sajalah umi datang nak cakap dengan Sofea..."
"Nak cakap apa umi? Serius sangat ke?" tak pernah aku tengok umi serius macam ni.
Puan Juhara menayangkan senyuman manisnya kepada Sofea. Pipinya naik mengusap kepala anaknya sendiri.
"Umi tahu kamu bercinta dengan Faliq kan?"Sofea tergamam seketika. Bercinta? Isy umi ni! Mana ada bercinta langsung! "Mana ada umi ni. Suka je buat cerita. Sofea tak bercinta pun dengan Faliq tu."
"Ye ke? Ke anak umi ni nak sembunyi sesuatu daripada umi. Hmmm...umi tak marah pun kalau Sofea bercinta dengan Faliq tu. Umi rasa budak tu baik..."
Sofea mencebik. Sakan umi aku ni puji Faliq. Dia tahu mana Faliq tu baik? Jumpa pun tak pernah! Dahlah sengal!
"Kenapa umi cakap pasal ni? Umi kenal ke dengan Faliq tu?" cakap macam dah kenal lama dah. Tapi setahu aku, aku tak pernah kenalkan Faliq kepada umi.
"Memanglah umi tak kenal tapi umi dapat rasakan yang Faliq tu memang serius nakkan Sofea. Umi tak rasa Faliq main-main dengan Sofea. Jadi, apa salahnya kalau Sofea terima je Faliq?"
"Umi..."
"Umi nak tengok anak umi ni bahagia. Umi yakin yang Faliq mampu membahagiakan Sofea. Sofea terimalah Faliq ye?"
"Umi...umi..." Sofea memanggil nama uminya bila kelibat umi makin hilang.
"Umi yakin yang dia mampu membahagiakan Sofea..." ucapan terakhir uminya sebelum bayangan uminya hilang dari pandangan mata.
"Umi!" Sofea terjaga dari lenanya. Dia mengucap seketika...ya Allah, aku bermimpi rupanya.
Lampu sisi dibuka. Menerangi biliknya. Matanya memandang ke arah jam yang tergantung kemas di dinding. Dah pukul 4 pagi. Lagi setengah jam bolehlah aku mula masak.
Dia duduk di sisi katil sambil memikirkan maksud mimpi tadi. Kenapa umi cakap macam tu? Kenapa umi beriya-iya suruh aku terima Faliq sedangkan umi langsung tak kenal Faliq macam mana. Takkan ini menjadi petanda yang memang Faliq tu jodoh aku? Selalunya apa yang dikatakan oleh seorang ibu walaupun hanya dalam mimpi selalunya betul.
Otaknya ligat memikirkan kembali tentang lamaran Faliq semasa mereka berjumpa di café malam tadi. Faliq melamar aku untuk jadi isteri dia. Apa yang aku harus jawab? Daripada aku buntu macam ni, baik aku bangun buat tahajjud dan istikharah.
Usai menyempurnakan solat tahajjud dan istikharah, Sofea mengangkat tangannya untuk berdoa. Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya sekarang ini aku memerlukan bantuan daripadaMu. Aku memerlukan bantuan daripadaMu untuk aku mendapat petunjuk dan jawapan yang benar daripadaMu. Sesungguhnya aku rasa keliru sekarang sama ada aku harus menerima dia sebagai suami aku. Aku memerlukan kepastian dan ketenangan untuk memberikan jawapan. Jika benar dia jodoh aku, kau dekatkanlah jarak kami. Dan jika bukan jodoh aku, Kau jumpakanlah dia dengan jodohnya yang sebenar. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahu...
Usai berdoa, telapak tangannya diraupkan ke muka. Hatinya kini berasa tenang. Dia mencapai telefonnya lalu membuka ruangan mesej. Dia ingin menghantar mesej kepada Faliq. Aku yakin dengan apa yang aku rasa sekarang. Insya-Allah...
Me: Pasal lamaran yang kau tanya aku malam tadi...aku rasa aku... S.U.D.I
Selepas mesejnya dihantar, terus dia block nombor Faliq. Rasa malu menjalar di hatinya. Hesy! Macam manalah aku nak hadap dia esok...huhuhu...mulalah muka rasa nak kebas sekarang ni. Uwaaaa...esok nak keluar pergi kerja awal! Tak nak hadap muka dia!
Jam sudah menunjukkan 4.30 pagi. Sofea bangun lalu melipatkan telekungnya. Dia melangkah keluar dari bilik menuju ke dapur. Namun, dia disapa oleh Farina yang sedang memasak di dapur.
"Far...kau puasa ke?" setahu aku pantang dia ni tak habis lagi.
"Errr...taklah..."
"Habis tu?"
"Memang aku macam ni pun. Aku join makan sahur sekali. Nanti tak adalah aku lapar sangat masa petang-petang..."
"Oh...kau masak apa?"
"Untuk aku sup jelah yang aku boleh sekarang ni pun. Kau ok ke dengan sup?"
"Hmmm...ok je. Aku dengan Nia tak kisah sangat..." setakat sup tak ada hallah! Janji boleh makan.
YOU ARE READING
Jodoh Ke Bodoh?
RomanceAmanda Farina... Nama seindah orangnya tetapi kehidupan yang dilaluinya langsung tidak seindah yang diharapkannya. Bukan kehidupan begini yang dia mahu. Dia mahu hidupan yang lebih cerah pada masa hadapan namun Hardy telah merosakkan segala impian...