Bab 109

3.4K 138 0
                                    

"Jom balik..." ajak Megat Naufal Iskandar bila dia berdiri di hadapan meja Daliya. Daliya memandang suaminya pelik.

"Balik? Awal lagi kot?"

"Kisah pulak awal ke lambat. Jomlah balik!" Megat Naufal Iskandar mengajak lagi. Kali ni dengan suara paksaan.

"Hesy...nanti apa pulak staf cakap kalau aku balik awal? Tak adillah."

"Kisah apa dengan staf lain? Sekarang ni kau tu isteri aku ok. Jomlah..."

"Tak nak..."

"Tak nak? Kau nak aku dukung kau keluar dari ofis ke?"

Daliya mencebik tanda berani ke? "Kau takkan buat macam tu."

"Sapa cakap aku takkan buat?" Megat Naufal Iskandar jalan dan berdiri di sebelah Daliya. "Kau nak aku angkat kau betul-betul ke?" Megat Naufal Iskandar merendahkan badannya dan buat gaya seperti hendak mengangkat Daliya.

"Tak payahlah! Gila sangat dah ke?" Daliya menolak kerusinya ke belakang supaya jauh sedikit dari suaminya.

"Gila tak gila. Nak balik ke tak?"

Daliya memandang sekeliling. Ada yang tersengih dengan perlakuan mereka berdua. Daliya menggaru kepalanya seketika. Kalau aku tak nak, dia angkat aku sungguh mampus aku. Bukan boleh kira sangat dengan perangai gila dia ni. Kalau aku balik, nanti apa pulak staf lain yang cakap. Mentang-mentang isteri bos, suka hati dia je nak balik awal. Mungkin macam tulah kot orang akan cakap nanti.

"So?"

"Ok aku balik. Kalau aku bantah, kau nak dukung aku pulak kan?" Daliya mula mengemas segala kertas yang bersepah atas meja kerjanya.

"Good wife. Aku tunggu kau dekat basement...jangan lambat sangat..." Megat Naufal Iskandar melangkah keluar daripada ofis menuju ke lif.

Daliya menyusun segala fail yang dikeluarkannya tadi. Kertas-kertas disusun rapid an buku catatannya disimpan dalam beg tangan. Dia bangun lalu menolak perlahan kerusi supaya kemas kedudukannya. Tanpa berlengah lagi, dia melangkah keluar daripada ofis dan menuju ke lif.

Sampai sahaja dia di basement, terus dia menuju ke arah kereta suaminya. Sambil menunggu Daliya, Megat Naufal Iskandar bermain dengan telefonnya. Daliya masuk ke dalam kereta dan menutup pintu. Megat Naufal Iskandar memandang isterinya di sebelah.

"Kita pergi makan nak tak?" tanyanya.

Daliya memandang Megat Naufal Iskandar dengan pandangan pelik. "Makan? Bukan ni bulan puasa ke? Nak makan kebendanya?"

Megat Naufal Iskandar menepuk dahinya kuat. Aduh! Macam manalah pulak aku boleh lupa ni! Adoiii...

"Sorry...lupa pulak. Lapar..."

"Tulah...pagi tadi orang suruh makan lebih sikit tak nak. Nak jaga badanlah konon. Tengok? Kan dah lapar..." omel Daliya. Tadi sahur dia makan sikit je. Aku suruh tambah, tak nak.

"Yelah...salah aku."

"Tak apa...nanti aku masakkan makanan kesukaan kau. Kau nak makan ayam masak merah kan?" teringat pulak dengan permintaan Naufal semalam. Katanya dia nak makan ayam masak merah waktu berbuka nanti.

"Nilah yang dikatakan isteri misali. Ni yang bertambah sayang. Haih...geram pulak!"

Daliya memandangnya dengan pandangan...apa geram-geram? Megat Naufal Iskandar tersengih kecil.

"Geramlah sebab isteri ingat apa yang suami dia nak makan kejap lagi..."

Boleh percaya ke alasan tiba-tiba dia tu? Tak boleh percaya sangat dengan apa yang dia cakap. Kadang-kadang ada makna yang lain. Macam udang di sebalik kueyteow. Terlindung je.

Jodoh Ke Bodoh? Where stories live. Discover now