Daliya duduk di tempat kerjanya. Hah! Dah lama rasanya aku tak duduk di atas kerusi ni. Rindu nak masuk kerja balik dan hadap dengan fail-fail semak ni. Bertimbunlah kerja aku lepas ni. Tulah! Sapa suruh cuti lama-lama sangat? Apa salahnya? Aku kan pengantin baru? Rilekslah lama-lama sikit.
Farhan menghampiri Daliya yang sedang membuka PC nya. Ni datang tempat orang buat apa? Lah...salah ke? Memang salah! Tak ada kerja? Sapa cakap tak ada kerja tu bodohlah namanya. Kalau tak ada kerja, buat apa datang ofis hari ni? Duh! Datang ni pun sebab nak wish selamat pengantin baru je pun. Nak tanya khabar sihat ke tak? Well...you know kawan-kawan kan?
"Hah! Masuk dah pun kerja pengantin baru kita ni. Amacam? Best bila dah kahwin?"
Langau ni! Macam tahu-tahu je aku dah masuk kerja. Tak pernah dia tak tahu. "Apa yang best? Aku rasa biasa je?" ye ke? Menipu je kau ni Daliya. Walhal kau suka kan? Yelah...tiap-tiap malam ada peneman nak buat lawak.
"Biasa je? Huh! Tipu sangat. Naufal kata kau makin happy? Hmmm...nak tipu lagi?"
"Isy! Busy je hal rumah orang! Ni...yang kau nak buat rumah sendiri bila pulak?" rumah? Bukan masjid ke?
"Rumah aku? Hmmm...kau tahulah kan? Nia tu bukannya ready lagi dengan semua ni. Tunggu sikit lagilah sampai janggut aku ni dah naik kaler putih macam tokwan kambing. Waktu tulah kot kau nak nampak aku dengan dia naik pelamin...entah-entah kau pun dah beranak-pinak siap dengan cucu lagi?"
Daliya ketawa. Hahaha! Janggut tokwan kambing! Aduh! Lawak-lawak! "Kau tak try pujuk lagi ke?"
"Payahlah! Dia tu bukannya nak dengar sangat. Paling kuat jawapan, isy, aku tak sedia lagilah. Nantilah! Aku tak fikir lagi pasal ni. Nampak tak jawapan dia yang sesenang Oreo tu?"
"Nampak sangat. Alah kau ni rilekslah. Nia tu lama-lama oklah. Tak payah risau. Aku, Sofea dengan Farina kan ada? Kami akan pujuk dia. Lagipun, kesian aku tengok kau. Hahaha...dah 7 tahun bro tak dapat-dapat lagi."
"Hahaha...jodoh lambat sampai kot? Tapi insya-Allah tak lama lagilah..."
"Insya-Allah...hey! Kau tak ada kerja ke nak buat? Aku sampai je kau lepak kat sini. Dah! Aku nak buat kerja..." Daliya membuka fail-failnya dan menyemak satu-persatu kertas di dalam fail tersebut.
"Yelah! Kau rajin sangat ni kenapa? Kau lupa ke yang suami kau tu bos di sini? So, chillax!"
"Banyaklah kau punya kepala chillax? Dia tu bos! Aku cuma pekerja je. Suami, suami jugak. Etika kerja kena patuh jugak..."
"Oh...macam tu? Ok! Aku balik tempat kerja aku," Farhan berjalan pergi.
"Farhan! Kejap!" langkah Farhan terhenti kembali. Dia memandang Daliya.
"Apa dia?"
"Errrr...kalau tak silap aku lah kan, sebelum aku masuk ofis tadi aku nampak Hael dengan Amzar. Betul kan?"
"Ha! Betullah!"
"Buat apa diorang dekat sini?" jangan cakap yang diorang kerja sini sebenarnya. Tapi, aku rasa diorang memang kerja dekat sini. Takkanlah saja-saja je diorang masuk ofis ni.
"Kerjalah. Kerja dibawah agensi bodyguard. Lupa nak cakap. Diorang masuk kerja masa kau dengan Naufal kahwin dekat Kelantan," jelas Farhan.
"Ye ke? Tak apalah...yang tu je aku nak tanya..." Farhan kembali ke tempat kerjanya.
KERETANYA diparkirkan di hadapan rumah umi dan abahnya. Selepas enjin kereta ditutup, dia melangkah keluar menuju ke rumah. Pintu rumah diketuk perlahan.
YOU ARE READING
Jodoh Ke Bodoh?
RomanceAmanda Farina... Nama seindah orangnya tetapi kehidupan yang dilaluinya langsung tidak seindah yang diharapkannya. Bukan kehidupan begini yang dia mahu. Dia mahu hidupan yang lebih cerah pada masa hadapan namun Hardy telah merosakkan segala impian...