CHAPTER 44 | WHAT IS IT?

2.7K 310 7
                                    

Dedaun hijau bergeseran apabila angin menyapa lembut. Dua bakul rotan sudah tersusun di bawah pokok epal. Aku menyeka peluh di pipi. Matahari yang memancar terik membuatkan tekak terasa kering. Aku melepaskan keluhan, kemudian berjalan ke pondok kayu.

Botol kulit digapai sebaik sahaja aku melabuhkan punggung. Dada berombak perlahan mengambil nafas. Penat betul rasanya. Sudah hampir empat jam aku buat kerja. Langsung tak sedar hari sudah petang.

"Still working?"

Suara maskulin kedengaran menyapa dari belakang. Wajah dipalingkan ke sisi. Lelaki bermata coklat tersenyum kepadaku. Mulutku bagaikan terkunci melihat kedatangan Aeryz ke ladang epal. Jadi, kepala diangguk sebagai balasan jawapan.

"Aku tak sangka pulak ada ladang epal di Raftgard. Its nice and clean. I like it."

Aeryz berkata sambil mencekak pinggang. Pandangannya asyik memerhati pokok-pokok epal yang merimbun. Aku memerhati dia sambil menggaru pipi. Perasaan segan mulai menguasai diri.

Kali ini, dia tidak mengenakan sebarang armor. Mahupun dari kulit ataupun besi. Dia hanya mengenakan pakaian ringkas. Namun begitu, pedang silver masih tersisip di pinggangnya. Sebagai langkah berjaga-jaga mungkin? Rambutnya pula diikat ke belakang dengan gaya man-bun.

He look gorgeous! Smoking hot! Okay, control yourself Nakisha.

"Awak...Tidak bersama Arria?"

"Ah ha, dia ada hal dengan Akasya. Hal perempuan la kot? Aku nak join, tapi tak memasal kena halau! Haha!"

"Arria tahu awak datang sini?"

"Kalau dia tahu aku datang sini, dah lama aku kena tetak dengan pedang!"

Aeryz berkata lalu berjalan menghampiriku. Tubuhku berganjak ke sisi untuk memberi dia ruang duduk. Si serigala melabuhkan punggung sambil tersenyum. Pandangan mata coklatnya membuatkan aku berdebar kencang.

"Kau seorang diri, Nakisha?"

"Ah, ya."

"Ayah kau mana? Dia tak tolong kau buat kerja?"

"Ayah ada dirumah, nanti dia datanglah."

"I see. Aku boleh tolong kalau kau nak?"

Aku hanya mengangguk mendengar pelawaannya. Aeryz tersengih. Pandangannya terus menerus tertacap kepadaku. Aku terus bangun dari pondok kayu. Langkahku laju menuju ke pokok epal yang terletak kira-kira 5 meter dariku.

"Kau nak kutip buah?"

Aeryz menyoal sambil memerhati aku dari belakang. Sekali lagi, aku mengangguk. Si serigala mengerut dahi seraya mendekati aku.

"Whats wrong, Nakisha? Kau cuma diam saja? Aku ada buat salah dengan kau? Kau marahkan aku?"

"Takdelah."

"Then? Selalunya kau tak macam ni, kau selalu tengking aku. Bergaduh dengan aku, now? Its all different."

Aeryz menyoal dengan nada suara mendatar. Aku membatukan diri. Pandanganku tertacap pada buah epal di atas pokok. Sebuah tangga kayu diletakkan ke batang pokok. Aeryz hanya memerhati aku memanjat tangga kayu.

"Aku boleh kutipkan buah epal tu kalau kau nak."

"Tak payah, Aeryz. Ini kerja saya."

"Hurmmm, now you sound cold."

"Awak tak sepatutnya berada di sini, Aeryz. Nanti Arria fikir apa pulak. Its better for you to leave."

Aeryz menggosok belakang kepala mendengar kata-kataku. Aku menjeling dia dengan ekor mata. He look cute tho when blushing like that.

"Okaylah, aku cuma nak ucapkan terima kasih sebab bekal makanan yang kau bagi tu."

"You're welcome."

"And, kau ada cakap. Kau nak beritahu aku something bila aku sudah balik dari Lomann. What is it?"

Aku terpana sejenak mendengar soalannya. Tak sangka pulak dia ingat lagi pasal tu. Aeryz mencekak pinggang sambil mendongak memerhati aku.

"Its nothing, Aeryz. Lupakan jelah pasal tu, its not important."

"Are you sure?"

"Yes."

"Aku fikir, kau nak luahkan perasaan cinta kau pada aku."

"WUAHHH!!"

Kakiku tergelincir mendengar bidasannya! Tubuhku terhumban ke belakang! Aeryz bingkas menerpa ke depan! Tubuhku, dia tangkap pantas! Tanpa aku sedar, aku kini berada di dalam pelukan dia. Aeryz tersengih membalas pandangan mataku.

"Geez, aku cuma bergurau. Tak perlulah kau nak over-react macam tu, haha! Your screaming sound so cute!"

Pipiku merona merah. Aku menarik muka masam. Dadanya aku tolak ke depan. Pelukannya terlepas. Aeryz terkekeh ketawa. He can be charming and annoying at the same time. Amazing, huh?

"You're a jerk! You know that!?"

"Haha! Chill, lady! Aku cuma bergurau!"

"Its not a joke!"

"What 'its not a joke'?"

"I like you, Aeryz Aiden! But, you! You just too dense to make a joke out of it! Yes! Saya tahu! Saya bukan Arria! Tapi, jangan sesekali bergurau macam ni! I hate it!"

"Oh."

Aeryz terpana mendengar tengkingan aku. Rengusan geram dilepaskan, kemudian aku berjalan melintasi dia tanpa sepatah kata.

"Nakisha...I didn't mean..."

"No more free food after this!"

"Aw! Come on, Nakisha! Its just a joke!"

AERYZ, AND THE FOUR HORSEMEN™ [OG]Where stories live. Discover now