Plakk!
Pintu kayu dipulas tombolnya. Ia terkuak ke depan. Aku hanya berdiam diri dikala Akhazel melangkah masuk ke dalam rumah. Suasana di ruang tamu kelihatan hening. Bunyi pinggang mangkuk berlaga kedengaran di ruang dapur.
"Aeryz, silakan masuk. Don't be afraid, haha."
Akhazel menarik tanganku ke depan. Aku melangkah masuk dengan gaya ragu-ragu. Lelaki berambut hitam berjalan ke dapur. Seorang gadis berambut blondie menjengah dari dapur. Mata kuning emasnya tertacap kepadaku.
"Sayang dah masak?"
"What the hell this kid doing here?"
Aku menggosok belakang kepala mendengar teguran pedas darinya. Akhazel menyimpulkan senyuman kelat. Akasya terus menerus memerhati aku sambil memegang sudip.
She's really Akasya, huh? Satu-satunya hunter lagenda wanita yang pernah wujud. No doubt about it. Sikap macam tu, cuma keturunan aku saja yang ada.
Hot tempered and over-protective. Sikap dia dengan ayah lebih kurang saja.
"Look, honey. Aeryz bukan perisik Conquest. And, dia takde tempat tinggal, jadi..."
"Abang nak dia tinggal di sini? Uh-huh, no. Ada rumah tumpangan kan? Suruh dia tinggal di sana."
"Akasya."
"Its okay, Akhazel. Apa yang Akasya cakapkan tu, betul. Aku boleh tinggal di rumah tumpangan, haha. Maaflah, aku mengganggu."
Aku pantas menyampuk seraya tersenyum tawar. Akhazel menghela nafas lemah. Akasya menggigit bibir melihat aku melangkah ke pintu depan.
"Where are you going, kid?"
Langkahku terhenti mendengar teguran dingin darinya. Akasya membalas pandangan mataku dikala aku menoleh. Akhazel mengeyit mata kepadaku sambil berpeluk tubuh.
"Aku nak cari rumah tumpangan lah."
"Siapa cakap kau boleh beredar dari sini?"
"Ermmm..."
"Duduk di kerusi tu, aku nak hidangkan makanan. Kita makan sekali."
Akasya berkata lalu kembali ke dapur. Akhazel tertawa sinis. Aku melabuhkan punggung di kerusi kayu. Lelaki berambut hitam duduk di sebelah. Pedang silver, dia gapai dari pinggangku.
"Biar aku simpan."
"Erm, okay."
Pedang silver disangkut ke dinding kayu. Aku memerhati sekeliling. Boleh tahan comelnya rumah ni. Mengingatkan aku pada rumah kayu ketika aku di Arastosa dulu. Hurmmm...
"Aeryz."
"Erm?"
"Jangan ambil hati dengan Akasya, dia memang dingin macam tu. But, she..."
"Haha, its fine. Aku tak ambil hati pun."
Akhazel tersenyum mendengar bidasan pantas dariku. Aku membalas senyuman dia. Alah, setakat ayat pedas macam tu. Aku dah lali. All my family has bitchy mouth too, so...
Its not a big deal.
"Abang, bawak Aeryz ke meja makan...Makanan dah siap."
Suara Akasya kedengaran di ruang dapur. Aku dan Akhazel bangun dari kerusi. Tatkala kami berdua menjengah di ruang dapur, makanan sudah siap terhidang di atas meja. Aku dan Akhazel duduk di kerusi kayu.
"Silakan Aeryz."
Akhazel mencedok sup daging ke dalam mangkuk, kemudian meletakkannya di depan aku. Akasya pula menuang jus oren ke dalam gelas. Langsung tiada senyuman di bibir pemburu lagenda tersebut.
Damn, she's grumpy. Haha!
"Lepas makan, saya nak abang mandi...Bawak Aeryz pergi mandi sekali."
"Ah, okay..."
"And, you Aeryz..."
Pandangan Akasya tertacap kepadaku dikala aku menguyah daging di dalam mulut. Akhazel tersengih melihat aku membalas renungan tersebut tanpa rasa takut.
"Macam mana? Sedap tak?"
Akasya menyoal. Aku hampir tersedak menahan gelak. Darn it! Aku tak sangka pulak si Akasya secomel ni! Dia tenung macam nak makan aku, but this is her question?!
Akhazel mengurut belakangku sambil menggeleng kepala. Akasya meneguk jus oren sambil menanti balasan kata dariku.
"Aeryz. You didn't answer my question."
"You want my honest opinion?"
"Yes."
"Its good. Sama macam masakan ibu."
Akasya tersenyum mendengar jawapan ikhlas dariku. Sup daging kembali disuap ke dalam mulut. Akhazel berbalas pandangan dengan Akasya.
"Aeryz, kau satu-satunya serigala yang tak takut dengan Akasya. Haha, aku kagum."
"She's my family, Akhazel. Kenapa aku nak takut pulak. Including you."
Akasya dan Akhazel tersentak mendengar kata-kataku. Aku turut terkedu. Suasana bertukar hening. Kami bertiga berbalas pandangan, lama.
Ah shit, apa aku cakapkan ni!? Why the heck i said that?! Dumbass, Aeryz!
"Apa maksud kau ni, Aeryz?"
Akhazel menyoal perlahan. Aku menyandar pada kerusi. Sudu dibiarkan terendam di dalam sup daging. Akasya tidak putus dari memerhati aku dengan kerutan di dahi. Aku menghela nafas panjang.
"Aeryz, kau rahsiakan something dari aku dan Akhazel kan? I knew it, something feels wrong about you."
"You want the truth?"
"What truth? Don't play joke on me, Aeryz"
"I'm your great great grandson. Aku keturunan kau yang ke-14."
Akhazel dan Akasya melopong mendengar penjelasan dariku. Aku menggaru pipi melihat reaksi dari mereka berdua. Aku tahu mereka takkan percaya.
"Apa kau cakapkan ni, Aeryz?"
"Aku datang dari masa depan, Akhazel. Aku dari keturunan Akasya. Keturunan lagenda."
"Wait, what?"
YOU ARE READING
AERYZ, AND THE FOUR HORSEMEN™ [OG]
FantasySebut nama Aeryz, penduduk Valenthia akan tahu siapa dia sebenarnya. The naughty prince. Walaupun begitu, dia bukanlah seteruk seperti yang disangka. Kisah bermula dikala dia pergi memburu, Aeryz terperangkap dalam dimensi masa di gua Proux Badland...