11 | WAR COMMANDER

3K 413 12
                                    

"Seriously!? Kau ni Deathwing!?"

"Yeah, why? Kenapa muka kau macam tu?"

"Dude! Kau tak kenal aku!?"

Lelaki bermata merah mengerut dahi mendengar pertanyaan dariku. Kami berjalan menaiki anak tangga, kemudian keluar dari pondok pengawal. Deathwing menggeleng kepala. Aku mengetap gigi menahan geram.

"Sorry, dude. Aku tak kenal kau."

"Bullshit! Aku cucu Lycans! Anak kepada Aiden!"

"Enough talking!"

Kami berdua tertunduk apabila hentaman penumbuk singgah ke belakang kepala. Pengawal berbadan sasa mengeram perlahan. Deathwing memalingkan muka dariku. Kami berdiam diri.

Tak mungkin dia tak kenal aku! Aku dan dia selalu lepak di Moonvalend! Teguk Yanvir segelas dua and bersembang. Now, he just acting weird!?

Aku menjeling Deathwing dari sisi. Dia langsung tidak mengendahkan aku. Hurmm, dia nampak berbeza. Rambutnya agak pendek berbanding dengan Deathwing yang aku kenal.

To be exact, he look young.

Setelah lima minit, kami tiba di sebuah bangunan batu. Aku dan Deathwing tertolak ke depan apabila sang pengawal membuka pintu. Aku terpisat-pisat melihat keadaan di dalam bangunan tersebut.

Obor api memancarkan cahaya di dinding, manakala sebuah meja kayu terletak kemas di tengah-tengah ruang. Hamparan peta lusuh bersama patung pahlawan bersaiz mini bertaburan di atas meja.

Lima orang pahlawan serigala menoleh kepada kami berdua. Aku dan Deathwing hanya berdiam diri. Salah seorang dari mereka menghampiri aku.

"Ini perisiknya? He just a kid, Akhazel."

Dia berkata sambil merenung wajah aku. Deathwing tertawa sinis di sisi. Aku memasamkan muka. Si serigala menarik bahuku ke depan. Dua pahlawan berpakaian armor besi beredar dari bilik tersebut.

"Yup, totally. He just a kid."

Lelaki berambut hitam berkata dengan nada sinis. Dia beredar dariku. Seorang lelaki bermata biru mendekati aku sambil memegang dagu. Aku hanya memerhati tanpa sepatah kata.

"Conquest hantar kau ke sini?"

Dia mula menyoal. Aku menggeleng kepala. Lelaki tersebut tersenyum. Rambutku diusap lembut. Dua pahlawan lagi memerhati aku sambil berpeluk tubuh.

"Kau bukan tentera Conquest?"

"No."

"Are you telling the truth?"

"I swear on my father's name."

Aku berkata dengan nada yakin. Lelaki tersebut bangun dari melutut. Pandangannya tertoleh kepada dua pahlawan yang berada di depan meja. Deathwing langsung tidak membuka mulut.

"Aku rasa dia bercakap benar, Akasya. This wolf is just a kid. Mustahil dia perisik Conquest."

Lelaki bermata biru berkata sambil menepuk bahuku. Aku tertunduk. Hurmm, Akasya? Rasanya aku pernah dengar nama tu. But, when?

Seorang wanita berpakaian armor besi berjalan perlahan-lahan mendekati aku. Mata kuning emasnya merenung aku dengan pandangan dingin. Aku menelan air liur.

"Siapa nama kau?"

"Aeryz Aiden."

"Kenapa kau datang ke pekan ni?"

"I don't know. Aku cuma ikut bunian tu, and he came here. So..."

BAKKKKK!!

Satu tumbukan kuat menghentam perut! Aku tertunduk seraya merengus menahan sakit! Deathwing mengerut muka melihat aku dibelasah. Erghh, what the fuck is her problem!?

"Don't fuck with me, kid! Beritahu aku! Siapa kau sebenarnya! Kenapa kau datang ke pekan ni!"

"Erghh... Like i said, nama aku Aeryz. Aku bukan perisik Conquest."

"Grrr! Grrr! Kau cuba berlagak kental? Just spill the milk!"

"I TOLD YOU ALREADY, UGLY HAG! AKU BUKAN PERISIK CONQUEST!"

Gadis serigala tersentak mendengar tengkinganku. Aku mengeram menahan bengang. Gadis tersebut mengacu kerambit ke leherku dengan renungan bengis.

"You called me ugly hag, huh? Kau tak sayang nyawa?"

"Whoa! Whoa! Hold on, Akasya. He just a kid. Don't be to harsh."

"Shut up, Death! I deal with you later! Selalu timbulkan masalah pada Raftgard!"

Deathwing menggeleng kepala. Akasya menyeringai menampakkan siung kecil. Kami berbalas pandangan, lama.

"Akasya. Dia bukan ancaman. Aku rasa dia bercakap benar."

"Akhazel. Jangan terpedaya dengan teknik licik Conquest. He trying to test us, by sending this fucking kid."

"Akasya Darien. Listen to me."

"Just kill this boy, Akhazel. Aku dapat rasa, ada benda dia sorokkan!"

"Listen to me, Akasya. Lepaskan dia."

"Grrr! Grrr!"

"I'm your husband, Akasya. Kita sudah berjanji pasal ni, you will listen to me. No matter what, you will listen to me."

Gadis tersebut tersentak sekali lagi mendengar kata-kata serigala bermata biru. Kerambit ditarik ke belakang. Aku menghela nafas panjang. Akasya menyisip kembali kerambit ke pinggang.

"Lovely. Biar aku uruskan pasal ni, Akasya."

"But, he-"

"Kau pergi mandi dan siapkan makan malam, nanti aku balik ke rumah."

"Hurmm, alright."

Gadis serigala beredar dari bangunan batu dengan lagak tidak berpuas hati. Aku dan Deathwing berbalas pandangan. Akhazel tersenyum. Ikatan tangan aku dan Deathwing, dia leraikan.

"Maaflah. Dia memang macam tu, panas baran."

"That girl is crazy. Is she trying to kill me!?"

"Haha, yeah."

Deathwing bingkas memegang lenganku dari belakang. Pandangan mata merahnya seolah-olah memberi amaran supaya aku tidak membuka mulut.

"Beware your words, Aeryz. Perempuan gila tu isteri Akhazel. Don't ever mess with him."

AERYZ, AND THE FOUR HORSEMEN™ [OG]Where stories live. Discover now