2

1.4K 139 13
                                    

Setibanya di universiti,Khairani terus berjalan menuju ke kafeteria. Lapar pula tiba-tiba. Padahal bukannya tak sarapan pagi tadi. Dia pun membeli roti. Jadilah. Kenyang sangat pun tak boleh juga. Nanti mengantuk. Selepas membeli roti,Khairani pun duduk di meja yang berhampiran. Air? Tak perlu. Dia ada bawa air tadi. Mula-mula, dia ingat nak bagi adiknya air itu untuk Ayeesha tetapi terlupa pula. Tak mengapalah. Diri sendiri jelah yang minum. Semasa dia sedang khusyuk makan,datang pula dua orang perempuan duduk depan dia. Kenapa pula tiba-tiba? Main terjah je.

"Hai" sapa salah seorang perempuan itu.

"Hai" balas Khairani.

Sebenarnya dia segan juga nak balas tetapi kalau tak balas sapaan itu,orang akan nilai dia sebagai "sombong"pula. Nak tak nak,balas jelah.

"You belajar course apa?",tanya perempuan itu dengan penuh minat.

"Architecture..err,,awak?"

"I ambil course Food Technologist"

"Ohh" balas Khairani sambil tersenyum sedikit.

Seganlah! Dahlah tiba-tiba datang! Bagi salam pun tak! Nama pun tak bagitahu,rintih Khairani dalam hati.

"By the way,I am Farra Sophia. You can call Sophie and this is my friend Jennie" senyum wanita bernama Jennie itu.

Dia enggan memberitahu nama penuhnya. Khairani dapat agak yang pasti Jennie juga kekok sebegitu namun demi menjaga hati rakannya,Sophie,dia terpaksa ikut sekali.

"You?" tanya Sophie.

"Saya?" tanya Khairani.

"Yes,you" jawab Sophie.

"Saya Muhammad Khairani tetapi boleh panggil Khairani ataupun Khai".

"Oh,okay" senyum Sophie.

Khairani mengerling jam tangannya. Masih ada masa satu jam sebelum kelas. Aduhai lamanya. Nak lari daripada dua orang ni. Ini kalau Farhana tahu,mesti dia merajuk kunci pintu bilik. Dia risau jika suaminya ada teman wanita lain. Sedangkan mana ada,Khairani seorang yang setia. Percayalah.

"You dah ada girlfriend?" dah agak soalan ini akan keluar.

Soalan yang sangat irrelevant baginya. Sebab dia sudah 'menghadap' soalan ini sejak dia belum berkahwin dengan Farhana lagi sehingga dia berkahwin. Pelbagai cara dan pelbagai ragam soalan. Tetapi dalam banyak-banyak soalan yang diajukan oleh gadis-gadis tersebut,tiada seorang pun yang berjaya membuka hatinya. Akhir sekali,perempuan yang duduk tak jauh dari meja yang dia duduk setiap kali dia ke perpustakaan
awam,perempuan yang pernah marah dia sebab tumpahkan air dan juga perempuan yang pada asalnya malu-malu nak tegur,tetapi bila dah tegur,jadi rakan baik juga yang berjaya membuka pintu hatinya. Kini,perempuan tersebut telah sah menjadi isterinya. Nurin Farhana binti Farhan,itulah nama isterinya dan juga merupakan seorang ibu kepada anak kandungnya,Ayeesha Tasneem binti Muhammad Khairani. Sophie kelihatan benar-benar ingin tahu.

Khairani pun menjawab,"Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan yang berumur 7 bulan".

Sophie kelihatan hilang minat. Dah agak dah tu. Itu tak lain tak bukan nak tackle Khairani lah tu. Tahulah dia handsome.

"Okaylah,saya minta diri dahulu. Saya ada kelas" Khairani pun terus bangun dan berlalu ke dewan kuliah.

Alhamdulillah berjaya lari dan melepaskan diri. Dia pun terus berlari ke dewan kuliah macam orang yang dah lambat datang kelas sedangkan masih ada 40 minit sebelum kelas. Tahulah atlet. Dia terus meluru masuk ke dalam dewan. Nampaknya dia bukan orang pertama hari ini. Hari ini,rakan baiknya,Hafidz,telah tiba dahulu.

"Kau kenapa macam kena kejar hantu?" tanya Hafidz.

"Awal kau sampai?" tanya Khairani pula.

"Aku tanya kau,kau tanya aku balik" jawab Hafidz.

Khairani pun duduk di kerusi yang selalu dia duduk. Tak pernah beralih. Orang lain seperti sudah tahu tempat duduk itu akan diduduki oleh siapa. Hurmm,biarlah. Khairani pun mengeluarkan telefon pintarnya lalu menghubungi adiknya untuk bertanyakan tentang Ayeesha.

-Bersambung-

✔️vote ✔️comment✔️share

The SecretWhere stories live. Discover now