05 - TANGISAN KEKESALAN

13.9K 321 27
                                    


Tubuh aku basah-kuyup ditimpa hujan lebat.

Langit ternyata gelap-gelita. Cahaya bulan mahupun bintang lansung tidak kelihatan.

Guruh berdentum kuat.
Hanya seketika dunia yang  gelap menjadi terang.

Angin menderu laju.

Langkah aku semakin laju.

Akhirnya aku tiba di perkarangan rumah. Tangan aku pantas menggoncang tombol pintu.

Pintu terkunci hemat. Aku meraba-raba kocek seluar. Kunci rumah aku keluarkan. Tergopoh-gopoh aku menyumbatkan kunci ke dalam lubang tombol.

Tombol dipulas seraya itu pintu kayu terus terhempas kerana angin yang kuat. Tempias air hujan laju masuk ke dalam rumah.

Aku tercungap-cungap.

Tanpa membuka kasut mahupun menutup pintu aku berlari ke dapur. Habis lantai rumah aku kotor dengan kesan tanah yang basah.

Aku perlu cepat hapuskan segala bukti! Apa yang berlaku pada Cloe langsung tidak boleh dilihat ataupun diketahui oleh sesipapun!

Aku tiba di ruang dapur.

Pandangan mata aku terbuntang luas.

Jantung aku berdegup kencang. Nafas aku masih tercungap-cungap. 

Cloe sudah tiada?
Untuk seketika aku terdiam seribu bahasa.

Mana dia pergi?

Malahan ruang dapur turut bersih. Tiada kesan darah.

Kaca yang pecah berderai?
Serpihannya semua hilang.

Pandangan mata aku tertacap pada gelas di atas meja.

Terketar-ketar aku mencapainya.
Gelas kaca itu aku amati.

Bukankah gelas ini sepatutnya pecah?
Serpihan gelas yang berderai itu sepatutnya melekat-lekat pada tapak kaki Cloe dan juga wajahnya.

Tangan aku terketar-ketar. Aku letak semula gelas itu di atas meja. Tangan aku kemudian menyentuh dahi. Kesan luka dan benjol masih terasa.

Apa maksud semua ni?
Kesan Cloe mencampakkan gelas pada dahi aku masih ada.

Aku semakin keliru.

Pandangan mata aku kemudian beralih pada sinki. Sebilah pisau dapur kelihatan tersimpan dengan penuh hemat.

Lama aku terkedu.

Lama aku terdiam.

Dahi aku berkerut seribu.

Pisau itu aku masih renung.Tiada kesan darah. Bersih berkilauan.

Aku tersentak.

Pantas aku menanggalkan baju  yang basah pada tubuh aku dan dibiarkan jatuh di atas lantai.

Pandagan mata aku terbuntang luas. Kesan balutan luka ada.

Aku semakin berdebar. Jantung aku kian menggila.

Balutan aku buka dengan pantas. Kain pembalut yang mempunyai sisa darah dan cairan iodin aku biarkan jatuh di atas lantai.

Aku mengusap dan menyentuh bahu aku. Belasan kesan tetak dan calar pada bahu aku masih ada.

Malahan kesan luka aku juga masih basah.

Sekejap?

Bila masa aku balut luka ni semua? Bila aku sapu ubat iodin dan balut segala kesan luka ni?

Kenapa aku tak ingat?

Aku berkerut seribu.
Bila?

Lama aku mengimbas kembali apa yang berlaku pagi tadi.

Kenapa aku tak boleh ingat?

Apa yang aku buat selepas tragedi ngeri itu berlaku?

Perkara tu sangat jelas berlaku dihadapan mata aku.

Aku sangat yakin.

Tapi.. kenapa semuanya lenyap. Aku sangat yakin. Ia benar-benar berlaku.

Tapi kenapa aku tak mampu nak faham apa yang benar-benar berlaku?

Apa yang aku buat selepas tragedi ngeri itu berlaku?

Oh,ya.. ....

Aku cuba tenangkan diri. Selepas tu aku naik mandi dan salin pakaian.

Pakaian aku yang penuh dengan kesan darah.Pakain tu aku masih belum basuh.

Ya, aku belum basuh.

Aku bergegas lari ke tingkat atas.

Mata aku tertacap pada pakaian yang kotor dengan kesan darah di atas lantai. Aku mengambilnya. Ini pakaian yang aku pakai pagi tadi.

Sekarang ni aku bertambah keliru. Apa yang berlaku pada Cloe pagi tadi betul atau tidak?

Apa yang berlaku?

Adakah ini mimpi?

Adakah semua yang berlaku ini hanyalah sekdar igauan buruk?

Atau permainan ilusi?

Aku semakin tercungap-cungap.
Ya, aku cemas dan takut.

Aku perlu bertenang. Perlahan-lahan aku duduk di birai katil.

Botol wine merah di atas meja yang terletak di sisi katil aku renung.

Aku rasa mungkin kerana aku terlalu banyak minum.

Ya, aku mabuk dengan teruk. Mungkin kesan luka dan calar yang aku alami bukanlah kerana Cloe tetapi kerana orang lain?

Mungkin aku terlibat di dalam pergaduhan ketika berada di bar tadi?

Mungkin Cloe masih belum datang jumpa aku lagi?
Mungkin dia merajuk pada aku kerana aku berkasar dengannya?

Mungkin Cloe sedang menanti aku untuk datang memujuknya?

Ya, Cloe seorang yang manja dan berhati lembut.

Pelbagai spekulasi bermain di minda aku.

Aku tersenyum mengenangkan saat manis bersama Cloe.

Mungkin segala khayalan yang aku lalui ini adalah peringatan keras buat aku?

Mungkin sudah tiba masanya untuk aku insaf.

Ya, aku patut berubah. Aku akan cari Cloe dan melamarnya.

Aku perlu berkahwin dengannya dan memikul tanggungjawab ini.

Aku mencapai botol wine merah. Penutup dibuka dan dibiarkan jatuh di atas lantai.

Aku meneguk laju minuman keras.

Tanpa aku duga. Air mata aku tertumpah. Botol kaca terlepas dan bergolek di atas lantai.

Aku meraup wajahku. Air mata tidak henti-henti mengalir. Aku mula menangis teresak-esak.

bersambung

bersambung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CELAH KAKIWhere stories live. Discover now