Bab 55

3.8K 144 5
                                    

Terasa bahunya dicuit dari belakang.  Daliya menoleh ke belakang.  Megat Naufal Iskandar mengambil tempat di sebelahnya.  Mereka hanya duduk di atas pelantar sambil memandang ke arah sungai.  Ada yang menggunakan perahu untuk mendapatkan hasil ikan.  Ada juga yang membawa pelbagai jenis sayuran untuk dijual ke bandar.  Mungkin di Phnom Penh.

“Macam mana hari ni? Ok?” soalan pertama keluar dari bibir Megat
Naufal Iskandar.

“Ok…aku ok je duduk dekat sini.  Lagipun, aku suka tengok orang-orang dekat sini.  Budak-budak riang je main walaupun tahu keadaan mereka macam ni…” jawabnya sambil matanya masih lagi terarah kepada sungai.

“Dah jatuh cinta dengan Kemboja?”

“Sikitlah…lagipun aku masih rindukan Malaysia.  Rindu keluarga, kawan-kawan…makanan dekat sana.  Tapi, aku cepat-cepat buang dari otak aku sebab aku perlu fikir perasaan orang di sini sama.  Lagipun, makanan diorang tak adalah teruk mana sangat pun,” ya…ok ja aku rasa.  Baru je semalam mama masak ayam goreng.  Aku rasa sama je taraf dengan Malaysia. 

“Yelah…dekat sini barang-barang keperluan dan makanan mana ada sangat.  Mereka hanya bergantung pada hasil sungai, pertanian dengan haiwan daratan macam ayam.  Bagi yang bukan Islam, maybe merah jambu tulah kot kan?” Daliya mengangguk kecil.

“Kau tak bosan?”

“Tak adalah sangat sebab ada mama dengan Aisyah boleh dibawa berborak.  Boleh main dengan budak-budak dekat sini…ada yang faham bahasa Melayu, ada yang tak faham.  Tapi, tak kisahlah semua tu.  Janji boleh buat diorang happy sudah.”

“Aku tak sangka kau dalam masa yang cepat, boleh sesuaikan diri dengan suasana ni kan? Ada setengah orang lambat sikit nak sesuaikan suasana dekat sini…”

“Aku ni dekat mana pun ok je.  Janji ada tempat untuk kita tidur, makan dan mandi.  Itu pun dah cukup…”
Daliya memandang Megat Naufal Iskandar di sebelah.  Kacak dengan seluar jeans berwarna hitam dan baju warna putih.  Rambutnya disikat rapi.

“Kenapa perahu tu ada bumbung?” jarinya menunjuk ke arah sebuah perahu ataupun dipanggil rumah perahu yang berada di tengah sungai.

“Oh…itu dipanggil rumah tau sebenarnya.  Orang yang tak berkemampuan terpaksa pindah di dalam perahu tu.  Perahu tu diorang bina bumbung dia guna daun pelepah dengan rumbia.”

“Sadisnya hidup diorang…kita tak boleh tolong ke?”

“Boleh tu boleh tapi diorang susah nak terima sebab takut mereka termakan sedekah…”

Macam tu pulak? Hmmm…kesian tengok keadaan mereka yang duduk dalam perahu.  Mesti bersempit kan? Macam manalah diorang hidup dalam tu.  Aku dikira bertuah sebab mempunyai sebuah rumah yang lengkap dengan segalanya.

“Yang sebelah tu pulak?” Daliya memandang ke arah rumah rakit yang berada tidak jauh daripada mereka.

“Tu rumah rakit.  Kita boleh guna rumah rakit tu untuk pergi ke seberang ke ataupun ke kampung lain…” Daliya mengangguk tanda faham.  Macam tu rupanya.

“Kau teringin nak naik ke?”

“Boleh ke?”

“Boleh…kita ajak Luth.  Lagipun, semua tu Luth yang handle.”

“Oh…esok jelah.  Aku tak larat lah hari ni…”

“Esok eh? Sure?” Daliya mengangguk lalu bangun dari tempat duduknya.

“Larat tak nak jalan? Kalau tak larat, aku nak gendong kau?” Megat Naufal Iskandar beriak nakal.

“Hah! Jangan nak buat pasal eh?!” ikut suka hati dia je cakap macam tu.

Jodoh Ke Bodoh? Where stories live. Discover now