“Alah Far…tak boleh postpone ke wedding kau tu?” Daliya melabuhkan punggungnya di atas pokok kelapa yang batangnya sudahpun lendur. Line clear sikit nak cakap.
“Aku pun tak tahu boleh balik ke tak Far. Lagipun, kami baru je sampai ke sini. Misi bantuan pun baru je mula esok. Macam mana?” kukunya digigit sambil memandang suasana yang mulai kelam.
Haih…rasa seram pulak duduk sini sorang-sorang. Duh! Menyesal aku tak ajak Naufal temankan aku sekarang ni.
“Tengoklah macam mana Far. Kalau aku boleh balik, aku call kau eh? Hmmm…tak seronoklah macam ni. Tapi, andaikata aku tak boleh balik jugak dengan Naufal dan Farhan nanti, tak apalah. Kau kirim gambar banyak-banyak sikit eh?”
“Oklah…good night. Kirim salam dekat Harris…” panggilan diputuskan. Dia menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar.
“Kan saya dah cakap jangan berani sangat keluar malam-malam macam ni. Degil eh?!” tiba-tiba suara Luth mengejutkan dirinya. Kus semangat.
Dia ni macam hantu! Tiba-tiba je muncul!“Kau dekat sini rupanya?!” muncul lagi satu mambang. Mambang Naufal. Sedap jugak nama dia. Mambang Naufal…hahaha.
“Tahu tak aku risau cari kau?! Aku takut kau hilang! Kalau jadi apa-apa dekat kau, macam mana?!” Luth sudah menghilang entah ke mana.
Memang macam hantu. Muncul dan hilang tanpa kita sedari. Diganti pulak dengan bebelan Megat Naufal Iskandar.“Aku ada je kan dekat sini?”
“Memanglah kau ada! Tapi, kalau kau tak ada?! Buatnya kau tak ada?! Kena culik? Kena jual? Macam mana? Apa aku nak jawab dengan mak bapak kau nanti?” suara Megat Naufal Iskandar tegas. Keras nada suaranya.
“Ok sorry…my bad!”
“Balik sekarang! Tahu tak mak cik Masyitah risau cari kau! Dia ingat kau hilang tadi!”
“Ye! Aku balik!” Daliya berjalan pergi tanpa memandang Megat Naufal Iskandar. Suka betul nak marah-marah! Bencilah macam ni.
Megat Naufal Iskandar meraupkan wajahnya. Geram dan risau bercampur menjadi satu. Andai kata Daliya hilang, apa yang aku nak jawab dekat mak bapak dia nanti? Haih…suka buat orang risau.
“MAAFLAH kalau buat mama tercari-cari Liya tadi. Tadi Liya cakap telefon. Kawan dari Malaysia call yang majlis perkahwinan dia akan berlangsung minggu depan. Dia nak Liya, Farhan dengan Naufal ada sekali tapi nak join macam mana memandangkan kami ada dekat sini untuk misi bantuan…” ujar Daliya memberi penjelasan. Jelas sangat wajah mak cik Masyitah terlampau risau dengan dirinya yang hilang tiba-tiba tadi.
Mana tak risau? Aku keluar rumah langsung tak bagitahu dekat diorang. Even dekat Iliya pun aku tak bagitahu. Aku pakat redah macam tu je. Tup tup dah hilang.
“Tak apalah Liya…mama faham keadaan Liya. Mesti Liya tak tahu lagi keadaan di Kemboja macam mana kan? Tapi, apa yang mama boleh pesan dekat Liya ialah berhati-hati…”
“Emmm mama, nak tanya sikit boleh?” pinta Daliya.
“Apa dia? Tanyalah…”
“Dekat kampung ni, Daliya perhati banyak yang fasih bahasa Melayu. Memang di sini semuanya cakap bahasa Melayu ke?” manalah tahu cakap bahasa diorang ke? Tapi, kebanyakannya memang cakap bahasa Melayu.
“Tak jugak. Tapi, sebilangannya banyak yang fasih bahasa Melayu. Ada yang masih bercakap dengan bahasa tersendiri. Kalau cakap bahasa kami sendiri, kemungkinan pulak Daliya dengan yang lain tak faham…” ujar mak cik Masyitah sambil tersenyum.
Tiba-tiba telinga mereka terdengar suara Luth yang bercakap dengan mak cik Masyitah dengan bahasa yang mereka tak fahami. Yang faham hanyalah Aisyah, mak cik Masyitah dan Luth sendiri. Entah apa yang dia merepek pun aku tak tahu.
Aisyah pula hanya tersenyum mendengar bebelan abangnya manakala mak cik Masyitah menyuruh anaknya diam. Riak wajahnya senyum tak senyum. Apa yang lawak sangat si Luth ni cakap.
“Apa yang Luth merepek ni?” soal Daliya pening. Tiba-tiba Megat Naufal Iskandar ketawa kecil. Mata Daliya dilarikan kepada Megat Naufal Iskandar. Dah kenapa pulak dia gelak?
“Apahal kau gelak? Apa yang mangkuk ni merepek?” sudahnya aku tak faham. Farhan dengan Iliya pun kelihatan blur.
“Kau nak tahu apa dia cakap dekat kau?” Daliya mengangguk. Rasa ingin tahu dah membuak ni.
“Dia cakap yang kau ni harap je lawa tapi bimbo sebenarnya. Dia kata, kalau kau tak ubah jugak perangai suka menyusahkan orang tu, dia campak awak dalam sungai depan tu…”
Mata Daliya membulat. Haih! Ni pakat-pakat nak kenakan aku ke macam mana ni? “Jangan nak buat kelakar eh! Naufal, kau tahu mana dia cakap macam tu?”
“Aku belajarlah…”
“Tipu!”
“Tak kakak…memang betul abang Luth cakap macam tu…” sampuk Aisyah.
Uwaaa!!! Jahatnya diorang ni! Benci! Benci! Benci! “Hah! Kalau rasa sangat nak masuk jail, campak! Campak!”
“Dahlah kamu ni…Luth! Suka betul menyakat orang. Liya…jangan ambik hati sangat dengan si Luth ni. Memang dia nak kena sebenarnya. Dah lama mak cik tak cuci otak dia ni…”
Hah! Padan muka! Aku ada back up aku sendiri! Bluerk! Daliya menjelirkan lidahnya kepada Luth. Luth hanya menjeling. Dahlah mawas! Macam perempuan! Putih melepak!
“Jelirlah! Saya kerat lidah tu baru tahu!” lagi Daliya jelirkan lidahnya. Ingat aku takut.
“Tak takut! Dahlah perempuan!”
“Apa awak cakap?”
“Perempuan! Tahu?”
“Hey…”
Mak cik Masyitah menyampuk. “Sudahlah tu. Ya Allah Luth.”
“Entah abang ni. Tahulah kakak ni cantik pun. Janganlah nak ngorat guna taktik kasar…”
Adik dia pun naik sama bulu? Memang like brother, like sister betullah! Adik beradik memang tak dapat dipisahkan ibarat daging dicincang tak akan putus.
Streeeetttt…daging dicincang tak akan putus? Peribahasa mana kau ambik ni Daliya?“Adik cakap dia ni cantik? Alamak…macam mana ni? Adik…tolonglah jangan rabun malam. Nak rabun siang ok. Muka macam ni adik cakap cantik? Hahaha so funny!”
Daliya mengetap bibirnya. Geram. Manakala Megat Naufal Iskandar menahan rasa di hati. Haih…situasi ni dah terbalik ke? Sepatutnya aku yang banyak bergaduh dengan Daliya tapi kenapa pulak Luth yang ganti tempat aku? Tak adil macam ni. Sabar hati…janganlah cemburu time macam ni. Tak ada guna pun. Rileks…
YOU ARE READING
Jodoh Ke Bodoh?
RomanceAmanda Farina... Nama seindah orangnya tetapi kehidupan yang dilaluinya langsung tidak seindah yang diharapkannya. Bukan kehidupan begini yang dia mahu. Dia mahu hidupan yang lebih cerah pada masa hadapan namun Hardy telah merosakkan segala impian...