Baru saja nak melangkah masuk ke dalam kereta, dirinya ditegur dari belakang. Nia dan Sofea pantas menoleh ke belakang. Siapa tu? Nia dan Sofea memandang antara satu sama lain sebelum sama-sama menjongketkan bahu tanda tak tahu siapakah gerangan yang memanggil Sofea.
Gerangan tersebut makin menghampirinya. Sofea mengecilkan matanya sedikit. Maklumlah rabun malam. Kemudian, wajah tersebut menyapa pandangan matanya. Errr…dia ni ke? Lahai…waktu-waktu macam nilah yang dia nak muncul!
Tapi, bukan si fulus tu eh? Ini si mamat yang aku tereksiden dengan dia hari tu sampai punggung aku hampir nak retak. Lerrr…bab punggung tu tak payahlah cerita.
Tepuk dahi kejap.“Remember me?” soalan pertama keluar dari bibir Aeril.
Errr??? Ingat dia? Aku rasa tak perlu kot? Hahaha…maaflah. Storage not available. Sofea tersengih palsu. Palsu sepalsunya kalah pasu bunga. Tst…apa kena mengena dengan pasu bunga pulak ni? Merepek macam-macam! Maklumlah dah malam. Otak ni fikir nak tidur je.
“Ingatlah jugak…sorry otak saya ni storage full. Tak mampu nak simpan muka-muka tak berkenaan banyak sangat,” jawabnya sambil tersengih.
Lantak kaulah nak terasa ke? Kalau kau terasa lagi bagus! Patah hati lepas tu tak payah dah jumpa aku. Tak payah nak berhai sangat dengan aku.Tak boleh blah nya dia ni dekat mana-mana pun ada! Ergh! Rimas bodoh! Jodoh kot? Herh! Korang kata jodoh? Tak! Ini bodoh namanya. Tak kehingin aku.
“Tak apa. Saya tak kisah pun. Emmm…alang-alang dah jumpa ni, boleh kita pergi minum ke apa ke?”
Lah…tak putus asa lagi rupanya dia ni! Huh! Aku nak rehat pun tak senang! Dia ingat badan aku ni tak pandai kata letih ke? Ni badan aku dah menjerit kuat suruh landing atas tilam cepat-cepat. Sadis betul hidup mamat ni. Takkanlah tak ada makwe langsung kot dengan muka dia yang boleh tahan flawless tahap plastik ni? Mustahil tak lekat satu pun.
Sofea memandang ke arah Nia. Nia menjeling tanda tak payah. Sofea kembali membuat isyarat macam mana nak lari dari mamat ni?!
“Sorry lah Aidil…eh Adam eh bukan! Airil! Err…Airil kan?” wohoho…gelabah benor kau sebut nama dia ni Sofea?
“Aeril…A.E.R.I.L…” nah ambik kau! Dia eja satu persatu nama dia. Tak apalah ajar budak tadika macam aku
ni sekali-sekala.“Whatever…saya rasa saya nak kena balik sekarang. Lagipun, badan saya letih sangat! Kawan saya pun mata dia nampak bantal busuk dia tu. Hari ni kitaorang kerja full day. Maybe next time?”
Aeril tersenyum lantas mengangguk. Tersenyum penuh makna. “Ok…tapi esok make sure breakfast esok jadi ok?”
Ada aku berjanji dengan dia ke nak makan breakfast? “Saya janji apa-apa ke?”
“Taklah tapi dah malam ni tak boleh so we make it tomorrow? Breakfast?”
Haih…tolonglah mengalah kejap! Dia ni memang suka buat jantung aku berlubang! Berlubang dengan perangai dia ni.“Ok tapi saya datang dengan kawan saya ok?” sorang-sorang? Memang taklah! Tak akan!
“Sure, no problem.”
“Oklah, saya pergi dulu. Good night,” Sofea bingkas memberi isyarat kepada Nia supaya masuk dalam kereta. Mereka berdua pantas menyusup masuk ke dalam kereta.
Sofea pantas menghidupkan enjin keretanya lalu memandu pergi. Huhuhu…abah! Mak! Tolong Sofea! Ada orang gila!
“SAPA dia tu?” soal Nia sambil matanya memandang ke arah Sofea yang tekun memandu. Tekunlah kalau tak nak cium pokok. Cium pokok sakit yang dapat.
“Entahlah…dia tu orang yang langgar aku tanpa sengaja dekat mall hari tu. Nasib baik tak retak punggung aku,” balas Sofea.
“Oh…nak kata cinta pandang pertamalah ni?” Nia ketawa besar. Sofea menggigit bibirnya. Kau main-mainkan aku pulak ye?
“Banyaklah kau cinta pandang pertama! Ni namanya cinta pandang nak cari mampus!” jawab Sofea dengan nada geram. Tak mau aku dekat si Aeril tu. Aeril si gila.
“Aku tak sukalah lelaki macam tu. Macam main paksa je cara dia. Urgh…ikut suka hati akulah nak ke tak. Hidup aku, badan aku kan?”
“Lagipun kan, aku tegok cara dia tu macam sweet je…”
“Sweet apanya kalau aku nampak macam psiko? Memang psiko!” balas Sofea keras. Tak suka aku orang lelaki macam tu. Jenis memaksa.
“Biasalah nak ngorat anak dara orang…” tak habis-habis dengan mod menyakataknya. Malas Sofea nak membalas. Biarlah… tengah tak ada mood ni.
MEGAT Naufal Iskandar memandang Daliya yang sedang memasukkan kad akses di pintu. Gaya pun macam tak sihat je? Nak akses kad pun macam tangan nenek. Lemah.
“Kau ok ke tak ni? Nampak macam lutut lembik je?” soal Megat Naufal Iskandar risau. Bukak pintu pun kemain slow.
“Entah…nak demam kot?” Daliya membalas perlahan. Suara pun antara dengar tak dengar je.
“Kau tak payah masuk kerjalah esok? Aku cakap dekat ayah aku yang kau tak masuk kerja esok?” risau pulak tengok dia macam ni.
“Eh! Tak apa. Aku ok je. Alah, biasalah mabuk sikit. Esok-esok oklah…” balas Daliya lalu membawa luggage nya masuk ke dalam rumah. Nak angkat beg pun rasa macam nak tercabut tangan ni.
“Nak aku tolong ke?” Daliya pantas menggeleng. Nanti lain pulak jadi.
“Tak apa. Aku ok…”
“Tak…sekarang ni kau dengar cakap aku. Esok kau tak payah masuk kerja. Aku akan cakap dekat ayah aku. No worries, ayah aku mesti faham.”
“Errr…”
“Kau nak pergi jugak dengan keadaan kau macam ni? Tak payah! Duduk rumah rehat!”
Fuh! Satu alasan komando war masuk. Nampak macam aku tak boleh nak ingkar ni. Bila dia dah cakap macam tu…
“Ok ok. Aku tak masuk kerja esok. Huh!” terpaksa jugak aku bersetuju. Lagipun, kalau aku tak bersetuju sekalipun dia akan tetap memaksa aku. Haih…nasiblah dapat bodyguard yang terlampau prihatin ni kan? Rolling eyes.
“Daliya? Naufal?” suara Sofea menegur mereka. Serentak mereka berdua menoleh ke arah Sofea dan Nia yang tercegat di hadapan mereka sekarang.
“Baru sampai?” soal Sofea lalu memandang Daliya. “Hmmm…ni dah kenapa pulak? Mabuk?”
“Rasa tak sihat sikit.”
“Sofea…kalau dia nak pergi kerja, kau halang dia cepat-cepat! Dengan keadaan macam mabuk ketum ni ada hati nak pergi kerja…” ujar Megat Naufal Iskandar sinis.
Daliya memandang Megat Naufal Iskandar dengan pandangan geram. Nasib baik aku rasa aku tak sihat je aku tak balas! Kalau tak, mahu aku siat-siat kepala kau!
“Yelah-yelah…”
“Aku masuk dulu!” panas pulak hati aku. Daliya menarik luggage nya laju ke bilik. Baik aku tidur lagi seronok dari layan perangai sewel Naufal.
“Kau pun pergilah balik. Cakap je orang mabuk ketum, muka kau pun macam tertelan daun ketum!” balas Nia selamba membuatkan Sofea hendak tergelak.
“Yelah! Aku balik! Nasib baik kau ni putih macam opera Cina. Sejuk sikit mata memandang…” balas Megat Naufal Iskandar sebelum berlalu pergi.
“Apa kena mengena dengan opera Cina?” Nia blur. Sofea menjongetkan bahunya lalu masuk ke dalam rumah. Malas nak ambik tahu.
YOU ARE READING
Jodoh Ke Bodoh?
RomanceAmanda Farina... Nama seindah orangnya tetapi kehidupan yang dilaluinya langsung tidak seindah yang diharapkannya. Bukan kehidupan begini yang dia mahu. Dia mahu hidupan yang lebih cerah pada masa hadapan namun Hardy telah merosakkan segala impian...