Bab 21

4.3K 199 2
                                    

Farina melangkah keluar dari ofisnya lalu menghampiri kaunter pembayaran.  Dia bercakap seketika dengan Maya sebelum Maya mengangguk dan berlalu menuju ke stor tempat menyimpan segala stok baju.

Rasa letih ni pun tak habis lagi.  Tapi, memandangkan dah lama aku tak jenguk butik ni, jadi aku gagahkan diri jugaklah.  Farina melihat satu-persatu baju-baju yang tergantung di rak baju.  Memerhati manalah tahu ada yang tak kena ke dengan baju?

Namun, matanya cekap melihat kehadiran Hardy yang tidak jauh dari butiknya.  Apa yang dia buat dekat sini?  Pantas jantungnya berdegup kencang.  Kakinya melangkah laju menuju ke stor.  Ya Allah! Harap-haraplah dia tak nampak aku tadi.  Kalau dia nampak aku…

“Kenapa ni bos?” soal Maya kelam-kabut.  Terkejut tiba-tiba tengok Farina masuk ke dalam stor dalam keadaan tergesa-gesa.

“Maya…boleh tolong saya?” Maya bingkas mengangguk.

Farina mengeluarkan telefon bimbitnya lalu gambar Hardy ditunjukkan kepada Maya.  “Kalau dia ni ada tanya pasal saya, awak cakap yang saya tak masuk kerja hari ni.  Boleh?”

“Ok bos.  Tapi, kalau dia tanya macam-macam?”

“Awak bohong jelah! Yang penting dia tak tahu yang saya ada sekarang ni.  Boleh?”

“Baiklah bos…”

“Ajak Edy sekali...” takut kalau Maya diapa-apakan.

Maya membuat isyarat kepada Edy supaya mengikut dia keluar.  Edy hanya akur.  Farina mengerling di sebalik pintu.  Untung Hardy tak masuk.  Cuma jenguk-jenguk macam tu je.  Dia nak apa lagi ni?! Dah berbulan rasanya aku tak jumpa dia! Dan kenapa dia datang balik?!

Tak cukup lagi ke dengan apa yang dia dah buat? Tak lunas lagikah dendam dia dekat Harris tu sampaikan aku yang jadi mangsa! Ah! Benci! Benci! Benci! Aku tak suka tengok dia! Kalau boleh, aku nak dia pupus dari dunia ni.

Dalam membebel, tiba-tiba kepalanya rasa pening.  Hah…sudah! Pening pulak dah? Hmmm…ni mesti aku tak cukup tidur ni.  Dahinya dipicit sedikit.  Aduh…menyeksa kepala akulah pulak.  Farina melangkah keluar dari stor.  Baru sahaja nak melangkah masuk ke dalam ofis, dia tak tahan nak muntah.  Pantas dia menolak pintu ofis dan berlari masuk ke dalam bilik air.  Dia memuntahkan segala isi perutnya.  Benda-benda yang dia makan tadi semuanya keluar balik.  Ergh! Peritnya tekak!

“Kau kenapa ni Far?” suara Sofea mengejutkan Farina yang sedang mencuci mulutnya.

“Entahlah…aku rasa tak sedap badanlah weyh.  Dah muntah pulak.  Aku rasa aku nak demam kot?” badan aku semua rasa lenguh sekarang ni.  Rasa loya pun tak hilang lagi.

“Kau ok tak? Kalau kau tak ok, jomlah aku hantar kau balik?”

“Tak apa…”

“Far! Kau ni degil kan? Dengan keadaan kau tak sihat ni kau kata tak apa? Dah! Aku hantar kau balik sekarang! Jom!” risau betul tengok muka dia pucat macam tu.  Degil betul!

Farina hanya mengikut.  Baik aku balik dan rehat.  Kalau paksa, lain pulak yang jadi.




KAKINYA pantas berlari ke arah pintu.  Siapa pulak yang datang time kecemasan ni? Pintu rumah segera dibuka.  Terbeliak mata Sofea lima saat bila yang berdiri di hadapan muka pintu ni sekarang ialah mak dan ayah Farina.  Errr…datang mengejut ke ni? Farina tak bagitahu aku apa-apa pun?

“Assalamualaikum mak cik…pak cik…” mukanya cuba dimaniskan.  Nak cover terkejut beruk dia tu.  Tangannya menyalami tangan Puan Aida. 

“Waalaikumussalam…Sofea? Mana Farina? Kenapa sunyi je apartment ni?” Sofea menggaru kepalanya.  Tak tau nak jawab apa.

Errr…yang lain keluar mak cik.  Kerja…sekarang tinggal saya dengan Farina jelah memandangkan Farina tak sihat.”

Jodoh Ke Bodoh? Where stories live. Discover now