Bab 6

6.4K 239 2
                                    

Kakinya berjalan di sepanjang track di Taman Tasik Titiwangsa.  Fikirannya jauh merewang entah ke mana.  Dari semalam lagi dia rasa macam ni.  Aku tak tahu sama ada aku rasa bersalah ataupun memang betul-betul aku dah jatuh cinta dengan dia.

Faliq! Wake up! Kau gila ke apa?! Kau ada reputasi kau sendiri! Takkanlah kau sanggup nak malukan diri kau semata-mata nak dapatkan cinta kau sendiri?! Kau dah lupa ke Faliq?! Kau sendiri yang cakap dekat dia dulu yang kau takkan pernah suka perempuan macam dia tu! Apa dah jadi sekarang ni?

Rambutnya dikuak ke tepi.  Keluhan kecil terbit di bibirnya.  Kisah apa pulak aku reputasi ke apa? Apa yang aku tahu aku perlu fight untuk cinta aku.  Salah ke? Salah ke kalau aku jatuh cinta dengan dia?

Ye! Salah! Memang salah kalau kau jatuh cinta dengan dia! Kau tahu tak? Kalau Sofea tahu yang kau dah meroyan sampai macam ni sekali, Sofea akan tepuk tangan dan gelakkan kau! Kau tak rasa maruah kau jatuh ke bro kalau kau digelakkan macam tu?! Dahlah Faliq! Lupakan dia! Cari yang lain!

Tak! Aku tak boleh jatuh cinta dengan dia.  Tak! Dia hanya psiko kan aku je! Aku tahu dia mesti ada niat nak balas dendam dekat aku.  Jangan Faliq! Jangan salah bukak langkah! Silap langkah sahaja, kau akan dipandang rendah oleh Sofea! Tak! Tak boleh!

Kau jangan sesekali tunjuk kelemahan kau dekat Sofea! Kau tak boleh jatuhkan maruah kau Faliq! Kau kena ingat tu sampai bila-bila! Ah! Tapi aku tak bolehlah! Aku asyik terbayang je muka dia sekarang ni! Aku tak boleh lupakan dia sekarang ni! Kau dah gila Faliq!

Dia duduk di kerusi dan memandang jauh ke tasik tersebut.  Apa Sofea muncul sekarang ni untuk membalas dendam dengan perbuatan aku selama ni? Kau pun satu Faliq! Bodoh! Bodoh sebab tak nampak kecantikan yang ada pada dia sebenarnya.  Kau bodoh sebab hanya melihat pada segi luaran dia saja. Shit!

Sekarang kau yang merana sendiri Faliq.  Kau yang merana sebab tak mampu lupakan dia sekarang ni.  Bila dah cantik je, kau nak? Kau ni gilalah Faliq! Dengar dek Hardy, confirm dia ketuk kepala kau.  Sofea…apa yang kau dah jampi dekat aku hah sampaikan setiap inci muka kau pun aku tak dapat lupakan.

Mukanya ditekup.  Rasa macam nak menjerit je sekarang ni! Ya Allah!!! Aku dah tak boleh tahan sekarang ni! Aku betul-betul tak dapat lupakan dia langsung! Nasib tak masuk dalam mimpi je.  Kalau masuk dalam mimpi, memang teruklah aku sekarang ni.




MATANYA tekun menghadap skrin komputer.  Kalau aku salah masuk nama je ni, memang sah aku kena denda! Fuh! Pening kepala aku dibuatnya.  Dahinya dipicit perlahan.  Tak boleh buat kerja aku macam ni. 
Daliya bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke pantri.  Kena secawan Nescafe best jugak ni.

Mug dicapai lalu peket Nescafe 3 in 1 diambil dan dituang ke dalam mug.  Selepas tuang air panas, dikacau sedikit air tersebut.  Dia duduk di kerusi pantri.  Duduk tak duduk dah nak dekat setahun aku kerja dekat sini.  Alhamdulillah…mungkin rezeki aku dalam bidang ni kot?

“Daliya!” hampir tersembur air yang diminum Daliya bila disergah begitu. 
Dia memandang Farhan yang berada di muka pintu pantri.  Dah tu tersengih pulak tu! Haih! Dah dua kali aku nak tersembur hari ni.

“Apa? Kau ni kan…suka buat aku terkejut macam ni!” tisu dicapai dan dilap sedikit mulutnya.  Adalah setitik yang keluar tadi.

Farhan tersengih lalu mengambil tempat duduk di hadapan Daliya. 
“Aku nak tanya sikit boleh?”

Tahu dah apa yang dia nak tanya sebenarnya.  “Kau tak payah cakap sikitlah.  Aku tahu dari sikit kau tu boleh jadi banyak kan?”

“Nia macam mana?”

“Ok…sihat.  Kenapa?”

“Tak adalah…dah lama aku tak jumpa dia rasanya...” lepas habis sekolah
terus lesap!

“Kenapa kau tak jumpa dia sendiri?” bukannya tak boleh tapi saja!

“Dia nak ke jumpa aku Daliya? Kau tahukan dia tu macam mana?” Daliya memandangnya dengan senyuman.

“Kau ni dah fed up ke? Come on man!
Dulu kau cenggini punya ngorat dia.  Takkan sekarang dah putus asa?”

“Taklah tapi…”

“Alah…kau slow chat dengan dialah.  Aku sure lama-lama hati dia akan lembut jugak.  Kau buatlah ayat sweet sikit.  Barulah dia cair…” takkan yang tu pun aku nak kena ajar! Adoyai Farhan.

“Tengoklah macam mana.  Kau kirim salam aku dekat dia eh?”

“Yelah…” Farhan bangun lalu melangkah keluar dari pantry.  Tak lama kemudian, Megat Naufal Iskandar melangkah masuk ke dalam pantry. Hah! Yang ni memang penyibuk alam! Suka sangat nak kacau hidup orang.

“Apa yang Farhan nak?” lerr…suka sangat sibuk hidup anak orang ni kenapa? Ikut suka hati dialah dia nak apa pun.

“Kalau kau nak tahu, kau tanyalah dia.  Aduh…” tepuk dahi kejap.

“Mana-mana pun sama kalau aku tanya,” jangan bagi aku jeles dekat sini.  Tolong.

“Dia nak pikat aku.  Puas hati?” selamba sahaja dia menjawab.

“Kau ni biar betul-betullah!” ni yang aku nak marah ni.  Suka sangat main-main.

Ha ha ha…yang sibuk sangat ni apahal? Lantaklah aku nak cakap dengan sapa-sapa pun.  Sibuk pehal? Orang cakap, nak makan hati pulak!”
Daliya berjalan keluar dari pantry meninggalkan Megat Naufal Iskandar yang tercengang.  Lantak kaulah.

Bibirnya digigit kecil.  Suka betullah dia ni buat hati aku merana! Tak apa…sabar Naufal.  Sabar…masa masih panjang.  Kau kena kerja keras lagi.

Jodoh Ke Bodoh? Where stories live. Discover now