Dari tadi dia hanya diam berteleku di atas katil. Fikirannya sekarang ini kosong. Kosong-sekosongnya. Macam nombor kosong. Nothing. Tak ada rasa apa-apa. Semua perkara yang berlaku macam dalam mimpi. Tak…aku rasa aku hanya bermimpi. Bukan ini yang aku nak.
Kenapa aku harus berkahwin dengan dia? Dia tak sepatutnya gadai masa depan dia untuk aku! Hanya untuk aku! Dia langsung tak ada kena mengena dengan masalah yang aku hadapi. Tapi, kenapa pulak dia yang tiba-tiba datang mengaku itu semua salah dia? Kenapa?
Kenapa abah percaya bulat-bulat apa yang dia kata sedangkan semua itu pembohongan! Pembohongan hanya untuk menutup malu yang keluarga aku hadapi. Dia tak sepatutnya menghabiskan hidup dia dengan perempuan yang dah tak ada apa-apa macam aku ni. Dia tahu yang merosakkan hidup aku ialah kawan dia sendiri. Kawan aku sendiri.
Dia tak jijik ke dengan aku yang dah kotor ni? Dah disentuh pun. Aku dah tak ada apa-apa untuk dijadikan sebagai hadiah kepada dia sebagai suami aku. Ya Allah…kenapalah ujian ini terlalu berat untuk tanggung?
Bukan kehidupan ini yang aku mahukan. Aku mahukan kehidupan yang bahagia. Bukan terpaksa begini.Astaghfirullahalazim Far…kau sepatutnya tidak mengeluh macam ni. Kau tak boleh cakap macam ni. Seolah-olah kau tak yakin dengan Allah. Ingat! Allah bagi ujian ini mengikut kemampuan kau. Allah tak akan menguji hambaNya mengikut ketidakmampuan hambaNya.
Mungkin ada makna disebalik semua yang terjadi ni.Air mata masih lagi setia mengalir di pipi. Tak mampu rasanya dia menanggung semua ini sorang-sorang. Dia perlukan teman untuk meluahkan rasa hatinya. Kalau hanya setakat suami aku, itu tak cukup. Aku memerlukan kawan-kawan aku. Aku tahu ibu aku pun seolah-olah kecil hati dengan aku. Kecil hati dengan apa yang berlaku. Tapi, ini semua bukan salah aku! Aku tak mintak pun benda ni terjadi.
Kakak aku? Aku tak nak kacau dia malam-malam macam ni. Kesian pulak dekat dia. Yelah, kakak aku dah pun mendirikan rumah tangannya sendiri dan sudah ada anak-anak. Takkanlah aku nak call kawan-kawan aku time macam ni pulak semata-mata nak meluahkan perasaan aku ni. Jam sudah pun menunjukkan pukul 12 pagi. Aku tahu segelintir kawan-kawan aku belum lagi tidur tapi tak apalah. Benda macam ni aku boleh share bila-bila saja.
Entah apa yang keluarga aku dan keluarga suami aku bincangkan. Suami aku pun ada di luar sekali. Hanya aku yang berada di dalam bilik sekarang ni. Lepas selesai akad nikah tadi, aku terus lari masuk bilik. Tak tahu nak describe macam mana perasaan aku waktu tu. Malu, marah, kecewa semuanya ada. Aku tak faham kenapa dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan aku sedangkan dia tak ada salah langsung! Yang salahnya Hardy.
Hardy! Aku benci dia! Dia yang
merosakkan hidup aku! Aku tak tahu apa salah aku sampaikan aku diguna pakai dia! Aku tak pernah kacau dia langsung! Life dia pun aku tak pernah kacau! Tapi…kenapa aku dibalas sebegini? Zaman sekolah dulu aku pernah jahanamkan hidup dia? Tak! Aku tak pernah langsung! Even bercakap dengan dia pun tak sangat!Mukanya ditekup. Cuba
mengembalikan semangat yang mulai hilang. Aku tak boleh…aku tak kuat! Ya Allah!!! Nafasnya ditarik dalam-dalam dan dia menghembuskan kembali nafasnya. Air mata yang mulai kering kembali turun laju. Tak tahu nak rasa apa sekarang ini. Nak menyesal semuanya dah terjadi. Masa tak boleh diundurkan kembali.Tok! Tok! Tok! Pintu biliknya diketuk. Farina memandang ke arah pintu biliknya. Siapa pulak yang datang bilik aku ni? Dia hanya mendiamkan diri. Malas nak buka mulut. Mulut aku sekarang ni ibarat penuh dengan emas.
Pintu biliknya dibuka perlahan-lahan. Dia memandang ke arah gerangan tersebut. Puan Nurida melangkah masuk ke dalam biliknya perlahan. Pintu ditutup kembali. Puan Nurida ialah mak mertua aku sekarang ni. Farina menundukkan kepalanya. Tak berani nak menghadap ke arah Puan Nurida. Takut aku ditengking.
YOU ARE READING
Jodoh Ke Bodoh?
RomanceAmanda Farina... Nama seindah orangnya tetapi kehidupan yang dilaluinya langsung tidak seindah yang diharapkannya. Bukan kehidupan begini yang dia mahu. Dia mahu hidupan yang lebih cerah pada masa hadapan namun Hardy telah merosakkan segala impian...