༶•┈┈⛧┈♛ ♛┈⛧┈┈•༶
[ Alice's POV ]
❝ Love all, trust a few,
do wrong to none ❞Sini sudah.
Sana sudah.
Situ sudah.
Semua sudah, semua sudah!
Sudah segenap bilik aku selongkar.
Dari almari ke laci ke bilik mandi ke dalam lubang tandas aku cari. Bawah katil juga telah dikembara. Hasilnya, wajahku diserang segerombolan debu yang tanpa belas kasihan melekatkan diri pada setiap urat bulu yang terdapat di dalam lubang hidungku."HACHUUU!!!"
Aku sudah keletihan sedangkan apa yang dicari masih belum kutemui. Ke mana kau pergi ku masih mencarimu, ke mana kau hilang?
"Dasar krim, jangan nak sembunyi dari aku!"
Terjelupuk aku duduk, sengaja, dan dengan sepuas hati aku pukul lantai yang tak berdosa sampailah tanganku sendiri yang sakit. Boleh gila aku dibuatnya. Dah berjam-jam aku cari krim itu, tak juga jumpa.
"Zam zam alakazam, munculkanlah dirimu wahai encik krim!"
Untuk pengetahuan korang, krim muka yang aku maksudkan dalam situasi ini bukanlah krim keju atau krim kosmetik atau aiskrim, tetapi krim ubat muka yang aku sendiri tak ingat nama jadi tak ada gunanya korang tanya aku lebih-lebih. Kenapa aku perlu krim itu? Rujuk balik bab xv | death kick and its impact dan soalan tersebut akan terjawab.
Jenuh aku mencari. Cakaplah mana-mana pelosok bilik ini yang belum aku periksa, every nook and cranny aku dah teroka tau! Aku juga hairan, tetapi krim alah itu bagaikan telah lenyap sepenuhnya daripada dunia ini. Syaitan yang sembunyikan ke apa hah?!
Justeru itu, saya sudah menetapkan keputusan akhir lagi muktamad. Bahawasanya saya takkan cari sesuatu yang saya takkan jumpa, yakni saya takkan membazirkan tenaga saya untuk melakukan sesuatu yang takkan mendatangkan hasil. Memandangkan aku tidak punya pilihan lain, penyelesaian terbaik ialah pergi ke kedai dan buang duit untuk beli yang baru. Dan itulah apa yang sepatutnya aku lakukan sejak tadi.
Aku meluru keluar dari bilik sambil tanganku sibuk mengancing satu per satu butang jaket. Gila sejuk kalau tak pakai jaket dengan suhu terkini yang sudah mencecah kurang daripada 15 darjah Celsius.
Aku berlari anak menuju ke lif terdekat. Tetapi kelam-kabut punya pasal aku tersalah masuk lorong. Kebetulan ketika itu, langkahku terhenti apabila aku ternampak satu gerangan yang kelihatan sedang merayau-rayau di hujung koridor sana.
Isunya di sini ialah aku satu-satunya penghuni asrama ini. Lagipun, warden takkan naik sampai ke tingkat ini kecuali jika berlaku kecemasan. Jadi, siapakah itu?
Aku bersembunyi di sebalik dinding dengan penuh berwaspada, takut-takut tetiba seseorang datang menerkam. Harap-harap bukan arwah Granny jelah.
Mataku mengintai tajam tingkah laku gerangan itu, yang sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Mabuk ketum ke apa mak cik warden ni sampai naik ke tingkat empat?
Hei hei hei, aku kenal rambut blonde yang pucat itu! Maksud aku, kenal sangat-sangat.
Aku pasti itu adalah Hawkin yang mundar-mandir seperti sedang mencari sesuatu di kawasan koridor ini. Sejujurnya dia nampak sangat mencurigakan tetapi oleh kerana dia kawan baik aku, segala prasangka buruk aku tolak ke tepi.
YOU ARE READING
Akademi DiRaja Granté
Teen Fiction『 Kisah Alice dan Para Putera Bahagian Satu 』 ⊱────── {⋅. ♛ .⋅} ────── ⊰ Pada tahun 2020, sebuah akademi yang serba elit telah diwujudkan dengan tujuan untuk menyatukan bakal pemimpin dunia. Berdirinya megah di atas sebidang tanah yang tidak dimilik...