Bab 2

36.4K 639 35
                                    

Kereta Produa Myvi meluncur laju di highway. "Chilldown Far.. it just a boy , anak Dato'.. " cakap pada dirinya sendiri.
"Tapiiii... 😵 Arghh " Dia memberhenti keretanya di tepi Jalan.

[Flashback]
"Yes anak lelaki saya.. dia baru saja pecat PA Bru dia kelmarin.. haih.." Dato' Amari melepaskan keluhan kecil. Ternyata riak mukanya sedikit hampa.

'Well okay' Farahin hanya diam kaku melihat Dato' Amari melayan perasaannya sendiri.

"Haha.. Sorry Farahin , kita continue" Dato' Amari menyusun fail yang berterabur di atas mejanya. "Now.. your job bukan setakat jadi PA yang hanya makan gaji je, it's more personal than you think" Terang Dato' lalu menghirup kopinya yang masih panas.

"Maksud Dato'?" Farahin masih tak dapat tangkap maksud tersirat Dato'. Takkan Dato' nak aku jadi menantu dia pulak or maybe mak tiri anak dia. Farahin menutup matanya rapat . 'Uishhh jangan la'. jerit hatinya. Dia menggeleng kepalanya berulan kali buang fikiran negatif yang entah ape-ape.

"Farahin? U okay?" Soal Dato' risau. 'Ape kene ngan budak ni..' Dato' Amari hanya tergelak kecil dengan telatah Farahin. Lucu. Farahin hanya tersengih malu dengan kebudak-budakannya depan Dato' pulak tu. Maluuuu!

"So as we.." Belum habis Dato' menerangkan. Pintu pejabat Dato' Amari di tolak kuat dari luar. "Opocott dendangku anak Oi!" Farahin melatah dek terkejut. Seorang lelaki masuk dengan muka garang bak singa kelaparan 3 hari tak makan.

"What is this pa?! Kenapa block account bank Dani??" Marah Daniel dengan menghempas fail dibawanya. Dato' Amari hanya tersenyum sinis. "Well aren't you old enough to find your own money instead using company property to enjoy your life?" Soalan Dato' Amari membuat Daniel makin kusut. "You're not fair Pa!" Berangnya.

Dato' kembali menghirup kopinya. Raut mukanya tenang walaupun keadaan dalam ofisnya kecoh. Farahin terkebil-kebil melihat muka bengis Daniel menjadi cuak sampai kecut perutnya gara-gara ketakutan. 'Kalau buat laki ni.. alamaknye jadi janda la aku selepas seminggu' merapu Farahin.

Daniel mengalihkan pandangannya kepada Farahin. "Now who the hell is this Pa" Soal Daniel namun matanya masih menatap muka Farahin yang cuak.

"Oh right on time Dani.. This is Farahin..Say hi Farahin". Farahin hanya kaku. "From now on Farahin will be your PA of your life" Terang Dato'.

"What the hell is this Pa?? First block account bank Dani, now you recruit my PA?.. Kan Dani dah cakap Dani tak nak ada PA, Semak ah gini!" Daniel mengusutkan rambutnya yang memang sudah kusut.

"Yea i know, this what we called a deal. Don't worry Dani. it's a win and win situation. Kalau Dani berjaya ambil Farahin as your PA for 6 month, Papa akan unblock balik account Dani. If not.. well stay as it should be" Terang Dato' dengan senyuman sinis.

Lama Daniel diam memikirkan pelawaan papanya. 'Alah PA je pun, bukan susah sangat'. Pujuk hatinya.

"Fine. Dani setuju." Daniel membetulkan tali lehernya.
"Don't worry Dani, I'm a man that stay on his word. no doubt." Sindir Dato' mengenyit matanya.

Daniel pandang Papanya. Menyampah. Lalu mengalih pandangan pada Farahin yang membatu dari tadi. "Kau, jumpa aku dalam ofis lepas ni!" Arah Daniel tegas lalu meninggalkan Dato' Amari dengan Farahin.

Farahin tersentak dengan suara kuat Daniel. Farahin memegang perutnya yang semakin memulas.

"I'm sorry for the..You know chaos..Now continue shall we?" Dato' Amari kembali menatap muka keanakan Farahin yang cuak dengan 'drama' Korea tadi.
Farahin hanya mengangguk laju.
"Okay.. about personal things is.. setiap PA yang saya recruit bukan makan gaji saja..And only about office.. you as his PA must take care of his life.. take him to the good side." Dato' Amari hanya merenung mata Farahin dalam.
Dengan otak yang masih blurr dengan apa yang terjadi hanya mengangguk laju. Apa yang Dato' cakap hanya masuk telinga Kanan keluar telinga Kiri.

"Good.. Thanks Farahin. I know you could changed him." Dato' Amari melepaskan keluhan kecil sambil memicit-micit dahinya memikirkan anak tunggalnya. Dia berhati kering pun sebab ingin mendisiplinkan Daniel yang semakin meliar. Keluar malam, melayan perempuan. Bagi Dato' Amari ini adalah pilihan terakhir untuk dia menundukkan sikap liar Daniel. Sape tak sayang anak oii.

• • •

'Aduhh..kecut pulak perut ni lepas insiden tadi.' Farahin memegang perutnya yang memulas sejak berdiri depan pintu yang tertulis 'Ikhwan Daniel'.

Hatinya berbelah bahagi Sama ada nak masuk atau tak. Kakinya bagai kena lekat Gam gajah di lantai. Matanya masih terpaku di pintu. 'pergi je lah.. Dato' percaya Kau boleh buat.' akal memujuk semi kerjayanya.
'Gile kauu, Kang dia terkam macam Singa macam mana' hati Cuba membantah.
Dia buntu. "U nak masuk ke tidak ni Cik Farahin?" Suara garau menyapa telinganya. Hembusan nafas lelaki itu benar-benar terasa di tepi telinganya.
Farahin menoleh pantas meletakkan tangan di dadanya.

"S-syakir, Hai.. U buat apa sini.." suara Farahin bergetar. 'Aduhh.. Mamat senyuman godaan level999 datang pulak dah.' hatinya bagai cheese yang cair.
"Well I nak masuk .. kalau U nak masuk jugak jom la.." pelawaan Syakir macam tau jer dia memerlukan teman untuk masuk dalam kandang bapak singa ni.
"Oh sure!". Syakir hanya gelak kecil dengan keterujaan Farahin.

• • •

Serabut? Tertekan? Marah? Perkataan yang sesuai dengan apa yang Ada dalam kepala Daniel. 'Papa tak habis-habis arah aku ini la, itu la, macam aku ni budak² kecik lagi. I'm 27 Pa.. bukan 7tahun.' Daniel merengus kasar. Matanya ditutup rapat .
Tiba-tiba dia terbayang muka Farahin yang cuak. 'Ahh die pun satu. Aku ajar Kau cukup-cukup sampai Kau sendiri yang mintak kene pecat dengan Papa.' dia hanya tersenyum sinis Bila terbayang muka Farahin yang pucat Dan cuak dengannya.
Otaknya bergeliga dengan idea yang boleh memusnahkan kerjaya Farahin.

Knock Knock
"Dan aku masuk ni!" Laung Syakir dari luar. Daniel hanya merengus kasar. "Kau tak kacau aku sehari tak boleh ke Kir? " Ujarnya malas. Mata Daniel masih tertutup rapat.

"Chill Dan.. aku datang melawat je pun" Syakir melihat Farahin di belakangnya dengan muka yang masih cuak. 'Apasal pulak minah ni.. takut sangat ke?' Syakir memandangnya dengan keningnya terangkat sebelah. Farahin hanya geleng Dan senyuman plastik diukir.

"Kau tau Kir..Papa aku giler ah.. first dia block account bank aku.. buang aku dari pewaris Harta dia.. nak lantik CEO syarikat pun dia cakap nak orang lain. Bukan tu je, ntah minah mana dia kutip untuk jadi PA aku.. ape ke patut. Dah la rambut serabai je aku tengok. Muka tak lawa mana pun. Kalau yang seksi skit aku boleh pertimbangkan. Ini..perempuan kampung yang berlagak AYU la sangat..ntah² pernah Je bergatal ngan laki lain.. haih serabut aku!" Bebelnya panjang berjela. Dia tak sedar pun 'minah kampung' tu pun ada dalam ofis dia.

Syakir yang boleh teka dengan apa jadi dengan Kawan dia tu hanya tergelak besar. "Maksud kau.. minah yang pakai baju blouse biru, with seluar slack putih.. mekap tak tebal sangat.. " sindir Syakir kemudian ketawa memenuhi ruang ofis Daniel.

Muka Farahin yang merah menahan amarah pada Boss nya itu berkerut keningnya seribu. 'Habis kau ingat kau hensem sangat ke hah? Dah la poyo perasan hensem' alangkah bagus dia berani cakap macam tu depan Boss nya tu. Dia hanya mampu bersabar je la pada Boss nya itu. Sakit hati!

"Ha'a macam mana kau tau?" Daniel akhir nya membuka matanya. Mulutnya bagai terkunci dari terus bercakap. 'Shit.' matanya tak beralih dari memandang renungan maut Farahin . Dada Farahin berombak menahan marah.

"Farahin.."

First of all.. author tahu yg lain masih menunggu.. nanti author repost. Tapi sikit2 lah sebab sibuk nak ready for stpm.. so hopefully you would understand.

Big Boss SuamikuWhere stories live. Discover now