Sejak hari tu, Daniel sudah berhenti menghubungiku. Jiwa aku ni rasa kosong. Adakah aku dah jatuh cinta padanya? Ya. Sedikit-sebanyak aku mula suka padanya.
Kesunyiannya betul-betul buat aku rasa kehilangan. Tapi, aku tak berani nak luahkan perasaan ni.
Semalam berlangsungnya pertunangan abang dengan Kak Nuha. Selamat dah jadi tunang. Abang punya gelabah semalam. Apa yang dirisaukan pun aku tak tahu. Ni baru tunang belum nikah. Aduyai abangku.
"Rin dah ada boyfriend ke?" Soal abangku setelah masuk dalam bilikku. Aku angkat kening. "Tak de lah. Single and available lagi Rin ni."
"Ye ke? Farisz tu? Apa cerita?" Aku terkedu. "Mana abang tahu ni?" Soalku pula. "Abang kawan Farisz. Abang tahu lah."
"Betullah adik tak de apa ngan dia. Kawan je. Tak lebih." Terangku. Abang masih buat muka tak percaya. Aku tarik nafas.
"Betul abang. Mesti Farisz dah bagitau abang kan pasal tu? Serius, adik memang tak boleh dengan dia. Rin anggap Farisz tu macam sahabat dan abang sendiri. Bayangkan la kalau adik kahwin dengan abang sendiri. Tak sanggup adik."
"Ok lah. Abang nak cakap. Fyi, Daniel hari ni gerak ke Istanbul pukul 3." Kata-kata abang menyentakkan hati aku. "A-apa abang?" Soalku tak percaya. Tolonglah. It's a joke right? Right abang?
Abang mengangguk perlahan. "Macam mana abang tahu?" Abang ambil nafas. "And fyi, Daniel tu kawan lama abang. Zif. Ingat tak? Dia bagitau abang. Ya, Farisz dan Daniel dua-dua kawan abang, tapi abang lagi suka kalau adik dengan Daniel." Abang kata sambil genggam erat tanganku.
Aku menangis. "Abang, adik nak jumpa. Nak jumpa dia." Kataku tersedu-sedan. Aku tak nak dia menjauh denganku. Cukup la seminggu. Tak sanggup aku. Aku rela dia ganggu aku daripada dia terus senyap.
"Pergilah dik. Rasa macam sempat ni." Aku jeling jam dinding. Pukul 2.25. Sempat ke? Dari rumah ke KLIA ambil masa lebih kurang 50 minit. Aku tak kira. Aku nak jugak.
Tangan aku capai tudung dan telefon. Ketika turun tangga aku cuba call Daniel. Tak dapat. Aku cuba sekali lagi. Masih tak dapat.
Banyak kali cuba, masih tak dapat. Ah, lantak situ. Aku campak telefon ke tempat duduk sebelah pemandu. Lantak la situ. Bukannya aku punya henfon tu iphone. Cuma Oppo.
Lepas 45 minit, sampai juga di KLIA. Hebat juga aku bawa tak sampai 50 minit. Walaupun cuma 5 minit. Mata ku tertancap pada skrin yang menunjukkan waktu flight berlepas. Tak banyak masa dah ni.
Mataku meliar cari Daniel. Aku rasa menyesal kalau aku tak jumpa Daniel sebelum dia pergi. Aku nampak Daniel yang sedang diperiksa oleh Kastam. Terus aku pergi ke arahnya. Hebat aku dapat cari Daniel dalam lautan manusia macam ni.
"Daniel!" Panggilku. Setelah beberapa kali aku panggil, Daniel masih tak dengar. Terus dia mengangkat beg travellernya pergi ke laluan untuk ke kapal terbang.
Dan, dari saat itu lah aku tahu yang aku mungkin takkan menemuinya lagi.
"DAPAT jumpa tak?" Soal abang padaku lepas aku pulang dari KLIA. Aku geleng perlahan. "Tak pelah. Kan adik masih ada no telefon dia? Call la dia." Aku geleng lagi.
"Cukuplah abang. Adik penat dah. Adik dah tak nak main cinta suma ni ha. Buang masa. Ini lah sebab adik tak nak bercinta. Cinta tu menyakitkan kan?" Aku nangis dalam dakapan abang di laman rumah.
"Tak, adik. Cinta tak menyakitkan. Perpisahan itulah yang menyakitkan. Tak pelah adik. Abang pun tak memaksa. Kalau adik rasa itu yang terbaik, abang sokong. Dah. Tak mo nangis." Abang usap kepalaku. Aku lap air mata yang sudah meleleh.
Asal aku kerap nangis ni depan abang ni? Selalu aku cover depan dia. Ni tak. Senang je aku nak nangis. Alah lantaklah. Abang aku jugak. Bukan sesiapa.
1 tahun kemudian...
Aku menggeliat bangun. Sekarang waktu zohor. Terus aku bangun dari katil dan pergi ambil wudhuk untuk solat.
Abang tahun lepas selamat sudah diijabkabulkan dengan Kak Nuha. Alhamdulillah, Kak Nuha murah rezeki dengan dikurniakan 1 cahaya mata bernama Muiz Zaquan.
Aku pelik juga. Kenapa abang tak nak bagi yang havoc-havoc macam Izzy Adlee or whatever macam tu. Abang cakap tak nak bagi cikgu dia susah nak panggil dia. Boleh itu macam alasan dia bagi. Lantak lah. Anak dia.
Aku turun ke ruang tamu. Nampak abang pegang Muiz yang terkedek-kedek berjalan sambil dipegang ayahnya. Aku senyum. Comel je dia. Aku bila la nak ada anak?
"Alololo Muiz. Sini dengan Maksu." Aku ambil Muiz dari abang. Hahaha. Lantak situ. "Bila sampai?" Soalku sambil mencium Muiz. Comel! Macam abang masa kecil.
"Dah lama dah. Dari pukul 12 tadi. Tu la. Tidur je keje." Aku jelir lidah. "Ha, Rin. Kamu bila pula nak bagi cucu kat abah?" Soal abah yang duduk di sofa.
"Alah, bah. Nanti-nanti boleh." Aku mengacah Muiz. Muiz ketawa. "Nanti tu bila Rin? Kawan kamu Kayra dah kahwin. Ada anak dua lagi." Sambung ibu pula sambil membawa pisang goreng ke ruang tamu. Kak Nuha bawa air milo dari belakang.
"Tak sampai lagi kut jodohnya." Kataku selamba. "Mana nak sampai? Orang minang kamu, kamu tolak." Kata abah. Aku hanya diam. Ni la antara soalan maut yang abah dengan ibu selalu tanya. Kat kampung lagi la. Semua nak tanya bila nak kahwin.
"Dik, kau masih tunggu Daniel ke?" Abang berbisik ditelingaku. Aku pandang dia. Pantas kepala digeleng. "Tak ada lah. Memang masih ada perasaan kat dia, tapi malas la nak mengharap. Takut sendiri terluka." Aku cubit pipi montel Muiz.
Aku beri Muiz pada Kak Nuha memandangkan Muiz yang mahu pada Kak Nuha. Nak tidur la tu. Kami bercerita tentang itu ini sepanjang masa itu. Sempat lagi abah tanya pada abang bila Muiz nak dapat adik. Hahaha. Merah muka Kak Nuha.
AKU meregangkan badan sambil bersandar pada kerusi. Berkeriuk juga kerusi tu. Penatnya hari ni. Aku letak kepala atas meja. Nak rehatkan mata 5 minit. Benda ni elok untuk kesihatan. Tapi jangan la terlajak sampai 5 jam. Aku rasa mamai sekejap.
"Rin...." Aku dengar suara memanggilku. Sungguh aku kenal suara tu. Suara yang aku selalu tunggu. Ini mimpi ke? Ah, komfem mimpi sebab dia ada kat luar negara.
"Rin...." Sekali lagi dia memanggilku. Aku rasa pelik. Macam bukan mimpi je. Aku buka mata. Kepala terus diangkat memandang hadapan. Mataku membulat bagai nak terkeluar. Is this my dream?
Oh no. Masa aku nak lupakan kau ni la kau muncul balik. Apa lagi yang kau nak ni? Tak puas ke kucar-kacirkan hidup aku???
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Jeng jeng jeng! Siapa yang datang kucar kacirkan hidup Rin ni? Ha.......pakwe lama dia datang ke? Ha.....Daniel dah pergi Istanbul. Ada sapa-sapa nak ikut?😁 Keep voting and reading!🙆
YOU ARE READING
Mr. Cop Mrs.Doc (Complete)
RomanceAirina Sofea- Doktor psikiatri yang berkaliber. Tidak berapa menyukai lelaki atas sebab tertentu. Daniel Hazif- Polis yang berwawasan. Punyai rupa paras yang maskulin. Kehilangan ibu bapa sekaligus menyebabkan dia dirawat oleh Airina. Saat rawatan...