Jatuh sayang

327 7 0
                                    

"Allahuakbar!"

Suzana yang terganggu dengan bunyi bising itu segera keluar dari biliknya. Alangkah terkejutnya dia apabila matanya dijamukan dengan pandangan yang sungguh mengejutkan.

Dina kelihatan sedang terbaring di lantai dengan keadaan yang berlumuran darah. Dia memegang perutnya sambil mulutnya tidak berhenti menyebut perkataan 'sakit'.
Dia segera berlari kearah Dina.

"Ya Allah Dina. Apa yang jadi ni?!" tanya Suzana cemas.

"Kak.. Sakit kak.. Tolong Dina kak.."
balas Dina separuh merayu.

"Encik! Apa encik dah buat ni hah?!"
sergah Suzana kepada Addi yang sedang terkesima di tingkat atas.

"Aku..aku.. argh kau bawak dia ke kereta sekarang. Kita bawak dia pergi hospital!" katanya lalu berlari keluar.

***

*Dina dalam operation room*

"Apa yang encik dah buat ni hah sampai boleh jadi macam ni?"

"Aku tak sengaja lah! Kau ingat aku nak ke semua ni jadi? Aku stress kau tahu tak! Dah lah ada masalah kat pejabat tadi. Balik balik dengar dia berceloteh tak berhenti. Aku tak boleh kawal perasaan. Aku.. haihh.." katanya dengan nada kesal. Terus dia menguak rambutnya yang kusut itu kebelakang dan menekup muka.

"Encik tahu tak encik dah buat silap besar harini? Dia cuma nak bagitahu encik yang bayi dalam kandungan dia tu, bayi kembar! Salah ke dia nak berkongsi berita gembira ni? Oh saya lupa. Berita gembira bagi dia je. Tapi tak bagi encik!"

"Kem..bar?"

"Ya kembar. Kalau jadi apa apa pada Dina, pada kandungan dia.. Saya tak akan teragak agak untuk beritahu Puan Sri tentang perkara yang sebenar!" sambung Suzana.

"Argh shit!!"

*Pintu terkuak dari dalam*

"Doktor, macam mana isteri dan anak anak saya?"

"Your wife is in good conditioning. Selepas ini dia akan dimasukkan ke wad biasa. But im truly sorry, we couldn't save your children."

Addi menekup muka lalu terduduk dikerusi. Dia menangis.

"Kau bodoh Addi. Bodoh! Anak kau dah takda! Sekarang baru nak menangis macam ni. Arghhh!" katanya lalu menendang nendang kerusi.

"Puas hati encik sekarang?" Suzana berkata sinis lalu melangkah pergi.

Saniy datang menghampiri kawannya itu.

"Weh bro. Sabar. Kau kenapa ni? Istighfar, ingat Allah." Saniy sekadar ingin menenangkan kawannya itu.

"Anak aku.. anak aku dah takda Saniy.."

"Hah? Innalillah.. Sabar bro. Ujian Allah. Mungkin bukan rezeki kau kali ni.."

"Aku bodoh niy. Anak aku mati sebab aku.."

"Maksud kau?"

"Aku.. tertolak Dina kat tangga tadi.."

"What?!"

Suzana menghampiri Dina yang sedang terbaring dikatilnya. Dina sudah dimasukkan kedalam wad biasa. Dina sedang termenung. Hidungnya merah manakala matanya sembap. Ya Suzana pasti itu kerana menangis.

"Dina."

"Akak.." jawab Dina lalu terus memeluk Suzana.

"Sabar Dina. Ingat apa yang kak su cakap haritu? Mungkin ada hikmah disebalik yang berlaku ni. Kali ni bayi tu bukan hak Dina. Dina kena redha sayang.."

"Tapi tu anak Dina kak.. Dina dah hilang anak Dina. Anak Dina dah takda kak.. Dah takda.. Siapa nak dengar luahan hati Dina malam malam? Siapa lagi nak bahagiakan Dina kak kalau anak anak Dina takda.."

"Dina ada suami. Suami Dina boleh bahagiakan Dina.."

"Suami? Heh.. Dina dah penat kak.. Dina dah penat..." balas Dina sambil menangis tersedu sedan.

"Dina nak akak bagitahu mak dan ayah mertua Dina cerita yang sebenar?"

"Eh jangan kak. Tolong lah. Dina taknak rumitkan lagi keadaan. Apa apa lepas ni, biar Dina yang uruskan. Dina taknak libatkan orang lain dalam hal rumah tangga Dina."

Sementara diluar, ada yang memerhati mereka dengan perasaan yang bercampur baur. Addi. Dia berjanji akan menebus silapnya itu!

***

"Ehem!  Larat tak nak jalan naik atas? Kalau tak, aku boleh tolong pimpin kau sampai atas."

"Yang abang ni kenapa? Tiba tiba je. Saya okay je lah."

"Ala takpa. Okay tak okay aku nak tolong kau jugak. Dah cepat jalan."

Dina memandang Addi pelik. Dia mengabaikan perkara itu lalu perlahan lahan melangkah keatas sambil dipimpin Addi.

"Haa sekarang kau rehat je eh. Kau nak apa apa jerit. Aku ada kat bawah. Tau?"

"Yang abang ni baik tiba tiba ni kenapa?"

"Takda apalah. Biarlah aku jaga kau. Kau isteri aku jugak kan. Bukannya orang lain.."

"Kenapa baru sekarang?"

"Ha? em.. aku.. aku turun bawah dulu lah. Harini kau dah start berpantang tau. Aku ada upah bidan dari Kampung Baru. Nanti dia datang. Aku turun dulu."

"Tak faham betul lah." kata Dina seorang diri selepas pintu ditutup.

***

Dah 7 bulan berlalu sejak peristiwa Dina keguguran. Sudah 7 bulan juga Addi yang menjaga makan pakainya. Segala proses berpantangnya berjalan dengan sangat lancar. Kini Dina sudah sihat sepenuhnya. Tapi masih belum berapa aktif lagi.

Kini Dina sudah mulai menerima Addi semula. Usaha yang ditunjukkan Addi sungguh menyentuh hatinya. Addi juga sudah mulai menerima Dina dalam hidupnya. Addi sudah membiasakan dirinya abang. Syarikatnya telah dipertanggungjawabkan kepada Saniy buat sementara waktu ini.

Suzana pula sudah pun berkahwin selepas beberapa minggu Dina keluar dari hospital. Dia hanya pulang menjenguk Dina pada hujung minggu sahaja. Manakala Saniy pula, dia sudah mempunyai hubungan dengan Humairah.

Tetapi dalam masa 7 bulan ini, Dina kerap sekali pening kepala. Baru baru ini dia pengsan. Bila bertanya pada doktor, doktor pasti berkata yang Dina kurang air dalam badan dan juga tertekan. Addi berfikiran bahawa mungkin Dina masih terfikir tentang arwah kedua dua anak mereka.

"Zu, hari ni nak buat apa ek? Abang bosan lah.."

"Em apa kata hari ni kita pergi shopping barang dapur. Asyik menghadap masakan abang je. Bosan! Hahahahahaha. So lepas ni biar saya pulak yang masak. Abang duduk goyang kaki je kay. Upah untuk 7 bulan korbankan masa untuk bersama saya. Hehe.."

"Haa okay jugak tu. Dah lama tak makan masakan Zu.."

"Elehh abang bukan pernah makan pun. Bila ajak makan sama, apa ayat abang? "Aku tak hadap nak makan masakan kau". Kan?" ajuk Dina dengan gaya Addi.

"Amboi main flashback flashback  nampak? Waktu tu abang tak suka lagi, tak jatuh sayang lagi kat isteri abang yang senget ni. Lagipun abang selalu curi curi makan tau waktu sayang tidur. Haa.."

"Oh patutlah pagi pagi bila saya tengok bawah tudung saji, makanan tu macam terusik. Abang punya kerja rupanya! Tu la jual mahal lagi."

"Hehehehe. Eh dah lah. Pergi siap siap. Zu siap dah lah lama."

"Eh kita pulak.. Dia yang lambat. Nak belek muka dekat cermin lagi, nak sembur minyak wangi, nak pilih jam. Haih payah lah nak cakap." kata Dina sambil bangun dan jalan beriringan bersama Addi.

"Ada je dia ni eh.." kata Addi lalu memeluk bahu Dina dan mencubit pipinya.

"Aduh aduh.."















Uiyo Dina dah bahagia, tak roger bhaii. Tak guna betul! HAHAHAHAHAHAHAHAHA. Bahagia dahh dyorangg. Apa agaknya yang menanti budak dua ekor ni dimasa akan datang? Nantikan~
Tunggu next chap tau. ENJOY! 😉

Cinta KitaWhere stories live. Discover now