BAB 19

9.4K 318 12
                                    

KEPANASAN tengah hari tidak menghalang Elya mahu berkenalan dengan kakak iparnya. Taman bunga Puan Sri Hidayu dipilih.

Hannah setia terkebil-kebil melihat Elya yang hanya memeluk tubuh dan menayang muka ketat sedari tadi. Tadi dia dan Ethan tiada menyambut Elya. Apalah persepsi adik iparnya yang seorang ini? Yang seorang lagi tu okey je.

Senyap.

"Err." Baru Hannah berura-ura untuk mulakan bicara, Elya sudah memotong.

"Argh cantiknya kakak ipar El. Macam kacukan." Elya mencubit pipi Hannah geram. Merah berbekas disitu. Bagai mahu ternganga Hannah dengan keterujaan Elya. Ingatkan tak suka tadi. Tayang muka masam dengan muncung kedepan tu.

"Dengan ini saya memperkenalkan diri, Elya Qasidah. Tapi kak long panggillah angah ataupun El." Ceria saja adik perempuan Ethan itu memperkenalkan diri. Elya suka benar bila tahu yang abangnya sudah bernikah. Dia dapat kakak baru. Walaupun sedikit terkilan tiada ketika majlis pernikahan mereka, tetapi dia dapat bersama menyempurnakan majlis bersanding nanti pun sudah cukup. Nasib baik dia cuti semester. Dapat lepak-lepak dengan kawan baru. Yippie.

Jujur, kakak iparnya ini seperti kacukan. Banyak iras Amelia Henderson, selebriti genius kacukan India-British itu.

"El pon lawa juga." Hannah tertawa kecil melihat keterujaan Elya. Hilang rindunya pada Hanis, budak kecil sengal.

"No no no." Elya menggeleng kepala berkali-kali dengan jari telunjuk ikut bergerak sekali. Ha sudah, apa pulak kali ni. "Kak long lagi lawa sebab selama ni along tak per..."

"Isteri along mestilah lawa. Tak macam angah, muka tongkang pecah." Belum sempat Elya menghabiskan kata-katanya, Ethan sudah memotong laju dengan muka yang tidak bersalah langsung. Ethan meletak tangannya pada pinggang Hannah dan ditarik mendekat dengan tubuhnya. Membulat mata Hannah tapi cuba ditutup dengan senyuman kekok. Kantoi depan Elya tak ke naya.

Huh, dah rasa macam berlakon cerita adaptasi novel pukul tujuh pulak.

Panjang kedepan muncung Elya tidak berpuas hati dengan abangnya. Ingat dia handsome sangatlah tu. Muka macam sepupu tenuk je.

"Erm by the way, macam mana along dengan kak long boleh kenal?" Terkelip-kelip mata Elya memandang Ethan dan Hannah silih berganti. Tersentak kedua hamba Allah itu sebelum berpandangan sesama mereka, mencari kata sepakat melalui bahasa mata.

"Kami pertama kali jumpa dekat pasar," ujar Hannah jujur. Mustahil dia lupa peristiwa itu. Pertengkaran pertamanya dan Ethan.

"Aum, mesti along ni tak romantikkan?" soal Elya berbisik dekat telinga Hannah. Sesekali abangnya yang merenung dijeling sipi. Hannah juga tanpa sedar melirik mata kearah Ethan disisi.

Romantik?

Kadangkala itu suaminya menjadi sangat romantik seperti lelaki normal. Tapi dia juga boleh jadi macam dia selalu, kayu bila dengan perempuan. Gay katakan.

Melihat mulut si isteri seperti mahu menjawab pertanyaan adiknya, segera Ethan memintas. Kona lipat.

"Enough ladies. Kalau nak sambung berborak sampai tertonggeng pun boleh tapi bukan dekat panas macam ni. Boleh cair puteri lilin along ni. Dah meh masuk dalam." Tangan Hannah dipimpin penuh berhati-hati. Tangan mereka berdua disatukan seakan tidak boleh terlerai. Langsung tidak mahu dilepas oleh Ethan. Lagaknya pasangan yang terbahagia di Bima Sakti ini.

Hannah yang tergamam hanya menurut. Matanya tidak lepas memandang tangan mereka yang bercantum.

'Kenapa kau pilih jalan ni Ethan?' Sayu mata Hannah menghantar rasa sedih dan sakit. Sakit yang mungkin tidak akan terubati oleh mana-mana doktor pun didunia ini. Hanya Ethan seorang saja yang mampu kerana ubat itu hanya ada padanya. Hampir saja menitis air mata dipipi Hannah, namun ditahannya.

Dia, Limited Edition! [C]Where stories live. Discover now