Hari raya tahun ini jatuh pada hari yg penuh keberkatan, hari Jumaat. Eliya menggosok baju raya dia dengan Ziyyad. Dia tidak sempat menggosok semalam.
Ziyyad yg baru selesai mandi menyarung baju melayu berwarna hijau zamrud ke badannya. Eliya juga memakai baju kurung moden yg sedondon dengan Ziyyad.
Mereka berlima ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya. Usai solat, mereka melawat kubur Encik Amran.
Eliya tidak dapat menahan sebak. Dia menangis di dalam pelukan Ziyyad. Ziyyad menggosok kepala Eliya dengan lembut untuk memberi semangat.
Amsyar membersihkan rumput-rumput yg mula tumbuh di sekitar kubur papanya. Matanya juga merah kerana menangis. Namun dia lebih tabah berbanding Eliya.
Apabila mereka tiba di rumah, Anis sudah berada di depan pagar. Di tangannya ada beg kertas.
"Liya! Lama tak jumpa kau. Ni aku ada bawak starch untuk bentukkan tudung. Bagus ni". Anis bersuara setelah dia dijemput masuk dan duduk.
Eliya ketawa dengan gelagat Anis. "Kau ni tak habis-habis berniaga. Datang pagi macam ni kat rumah aku semata-mata nak jual benda ni?".
"Eh tak lah. Aku nak jenguk kau jugak. Ni sampingan je. Lepas ni aku nak beraya kat rumah kawan-kawan kita yg lain pulak".
Tetamu kedua Eliya pada pagi itu ialah Tania. Selepas itu diikuti dengan Aten dan Sarah. Izzati pula datang bersama bakal suaminya. Mereka akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi.
Rumah Eliya dihiasi dengan gelak ketawa. Ziyyad sempat menangkap beberapa keping gambar Eliya yg tersengeh gembira. Cantik!
Penat melayan tetamu, Eliya berehat sebentar di atas sofa. Ziyyad menghampiri isterinya. Dahi Eliya dipicit.
"Kau okey tak ni? Ramai betul tetamu datang. Aku tau kau letih. Pergi berehat kat dalam bilik", arah Ziyyad.
Namun cepat-cepat Eliya membantah. "Letih sikit je. Sayang kena layan jugak tetamu ni. Nanti apa pulak diorang kata".
"Yelah. Kau jangan buat kerja berat-berat. Aku nak berbual dengan Pak Seman kat luar kejap. Take care". Ziyyad sempat menghadiahkan sebuah ciuman di dahi Eliya.
Arsyad yg kebetulan lalu di situ membuat muka geli-geleman dengan aksi abang iparnya. Eliya mencubit peha Arsyad. Arsyad mengaduh sakit lalu menarik tudung Eliya.
"Hoi budak! Senget dah tudung akak ni. Ya Allah, sabar je dengan adik macam ni". Ziyyad ketawa melihat Eliya. Memang tudung Eliya sudah senget habis. Ziyyad cuba untuk membetulkan shawl instant yg dipakai isterinya.
Eliya yg terpaku dengan tindakan Ziyyad terus diam membisu. Muka mereka memang sangat dekat pada masa itu. Ziyyad memberikan senyuman manis bak coolblog sebelum pergi ke luar rumah. Jantung Eliya seperti hendak tercabut. Auch!
***
Ziyyad bersiap-siap hendak keluar. Dia menjeling sekilas ke arah Eliya yg ralit bermain telefon bimbit.
"Aku nak pergi raya kat rumah kawan aku ni. Kau nak ikut?".
"Nak! Abang, gambar selfie kita tadi tak cukup lagi lah. Nanti kita selfie banyak-banyak lagi okey?".
Ziyyad ketawa dengan permintaan isterinya. Dia mengangguk perlahan lalu keluar dari bilik. Sambil menunggu Eliya, dia sempat membaca chat ucapan hari raya daripada rakan-rakannya di WhatsApp.
Medina Azreen 💕: Ziyyad, kenapa I call you tapi you tak angkat?
Medina Azreen 💕: Selamat Hari Raya sayang! I harap hubungan kita ni kekal sampai bila-bila. Love you always 💋
Medina Azreen 💕: I saw your selfie photo with your wife at her Instagram. I'm jealous!
Medina Azreen 💕: Hello? Kenapa you ni tak balas? Call tak angkat. Huh! Sampai hati you.Semua chat yg masuk adalah daripada Dina. Ziyyad memadam conversation Dina. Dia malas hendak melayan kegedikan kekasihnya itu.
Eliya yg memakai blouse merah jambu dipadankan dengan skirt coklat sungguh cantik di mata Ziyyad. "Wow! You're so beautiful, sayang. Rasa nak cubit-cubit je pipi tu".
Puan Hasmah senyum meleret dengan pujian menantunya. Eliya menundukkan mukanya. Dia malu! Ziyyad memimpin tangan Eliya ke kereta.
"Silakan masuk, my princess". Pintu kereta dibuka oleh Ziyyad. Eliya melangkah masuk ke dalam perut kereta.
Dalam perjalanan, Ziyyad asyik menjeling ke arah isterinya. Dia mengenggam tangan Eliya. Entah kenapa dia rasa sangat bahagia.
Sampai di rumah Fahmi, mereka berjalan beriringan masuk ke rumah setelah dipelawa.
"Bro, tak sangka kau kahwin dengan Eliya. Dulu kemain kau tak suka dia", bisik Fahmi kepada Ziyyad.
"Dah jodoh Mi, aku terima je".
Selepas pergi ke empat buah rumah rakan Ziyyad, akhirnya mereka pulang ke rumah.
"Kau tidur eh? Dah lewat ni. Esok nak bertolak pergi Pahang pulak. Nanti kau letih", ujar Ziyyad.
Eliya hanya mengangguk lesu. Matanya sudah hendak terpejam. Maklumlah, sudah pukul 12. Dia hanya nampak tilam empuk di dalam biliknya.
Amsyar yg masih menonton televisyen sempat menyakat kakaknya. "Amboi kak, lewat macam ni baru balik. Pergi clubbing ke?".
"Clubbing apa? Am ni mengarut tau tak. Akak nak tido".
Ziyyad tidur lambat malam itu. Dia sibuk mengemas baju-bajunya dan Eliya. Dia tidak mahu menyusahkan Eliya lagi.
Lama dia merenung muka Eliya yg sedang nyenyak tidur. Dia yakin dengan perasaannya. Jatuh cinta bukanlah perkara mustahil yg akan berlaku antara dia dengan isterinya yg sah.
"I'm in love with you, beautiful princess".
YOU ARE READING
Crush Series : Crush Aku Suami Aku
Teen Fiction"Jangan harap aku layan kau macam bini aku. Kau takpe ar dah lama suka kat aku en? Aku ni yg seksa kena hadap kau!" -ZIYYAD MAZRUL Hati perempuan mana yg tak retak bila hari-hari kena marah dengan suami. Eh bosanlah asyik kena marah je. Eliya tekad...