"Harap bersabar ya, kita masih menunggu wakil dari Syarikat HM Group. Katanya ada accident kecil berlaku" tiba-tiba satu suara memecahkan suasana di dalam bilik mesyuarat pejabat Perdana Holding.
'Hmm menunggu lagilah kira ni. Aish menyesal pula ikut Syafik datang sini. Bosan' bisik hatiku.
Ni semua paksaan Syafik la ni. Kalau tak sebab hal kerja takde aku nak ikut.
Syafik beria ria pun sebab ni projet pertama dia dekat sini. Apa lah nasib balik negara sendiri terus kerja. Tapi lagi kesian dekat Hadiff lah, pagi tadi terus aku daftar dia masuk Taska. Itu pun penat paksa suruh masuk sana kalau tak siapa lah nak jaga dia. Aku tak jumpa lagi orang yang boleh aku percaya jaga Hadiff.
Senang je nak paksa Hadiff tu. Ugut je pasal Haris,terus dia tak berani nak bantah. Takutlah tak boleh jumpa papa dia tu.
Aku memang selalu menceritakan perkara berkaitan Haris kepada Hadiff. Aku tak mahu Hadiff tak kenal ayah kandungnya sendiri. Walaupun Hadiff memanggil Syafik sebagai Papa tapi aku tetap ingatkan Hadiff yang papanya adalah Haris.
Dan video lagu Haris bernyanyi bersama aku tu la yang selalu aku bagi Hadiff tengok sampai dia ketagih nak tengok lagi dan lagi.
Haris tu handsome sangat ke sampai Hadiff nak tengok selalu ? Hm aku pun selalu tengok sebenarnya.
"Maaf saya lambat!"
Tiba-tiba satu suara memecah suasana bilik mesyuarat. Dan suara tu macam..
"Bie"
Semua orang dalam bilik ni pandang aku. Aku terkaku. Apa aku buat ni ? Saffiya kau kenapa weh ?
Asal macam familiar je situasi ni ?
Haris berjalan menghampiriku. Aku hanya memandang matanya yang aku rindu. Kakiku keras tak boleh bergerak.
Aku perasan Haris semakin susut tubuh badan dia ? Dah jarang bersenang ke apa Haris ni ?
Haris tundukkan kepalanya supaya paras wajahnya sama dengan wajahku dek kerana aku yang hanya duduk di kerusi manakalah dia berdiri menghadapku.
"My name dont have perkataan bie" Haris membisik di telingaku. "But I very miss you call me like that" sambung Haris lagi.
Dan Haris terus berlalu ke bahagian sebelah. Dia memilih kerusi yang berhadapan dengan aku. Nasib baik meja mesyuarat ni lebar dan besar. Jauhlah sikit jarak antara kami berdua.
Mesyuarat berjalan seperti biasa setelah semua berkumpul dari wakil 3 syarikat. Syafik yang baru saja datang dari tandas terus mengambil bahagia di sisiku. Perbincangan berlaku lebih kurang 2 jam lebih tapi hati aku tak pernah tenteram.
Haris.
Dari mula mesyuarat hinggalah habis, Haris hanya mencuri pandang ke arah aku. Dikerling sekilas ke hadapan agar tidak di sedari orang lain. Tapi aku pun tak boleh nak fokus apabila di pandang tajam Haris. Hati aku berdebar debar.
Yang pasti dari mula pandangannya dia hanya bermain dengan cincin di jari manisnya sahaja. Di pusing pusing cincin itu seperti menunjuk.
Apabila aku mula sedari itu adalah cincin kahwin kami, hati aku seakan akan tersenyum.
Haris nak bagi tahu aku yang dia tak pernah tanggalkan cincin kahwin kami ke apa ?
"Okey perbincangan kita akan bersambung nanti. Nanti apa-apa PA saya hubungi kamu semua. Before that, kami ada jamuan sikit. Bolehlah semua join" kata CEO syarikat Perdana holding.
Aku terus bangun dan membisik bahawa aku ingin pergi dulu kepada Syafik. Hati aku tak kuat duduk sini lama-lama.
"Kenapa yaya sakit ke ? Jomlah kita pergi klinik" syafik membalas.
YOU ARE READING
Masih Aku Cinta
RomanceHampir 2 bulan hidup sebagai seorang isteri kepada seorang pensyarah muda tidak pernah disesali Saffiya Aliya. Tidak pernah menyesal mencintai lelaki yang terpaksa di kahwinnya atas wasiat arwah ayahnya. Pelbagai kenangan di cipta pasangan ini. Cin...