Bab 36 - Emosi Terganggu

78.8K 1.4K 70
                                    

Sudah seminggu ibu pergi meninggalkan aku. Seminggu juga aku hanya meratap kesedihan di rumah keluargaku ini. Hanya Haris yang menemani aku kini disini. Papa dan mama sudah pulang kerumah bersama Angah.

Adik ibu juga telah pulang katanya dia balik pun tergesa-gesa. Hanya sempat dua hari sahaja di sini. Banyak juga adik ibu yang aku panggil Maksu Syaza bercerita mengenai ibu. Dalam dua hari itu aku sudah rapat dengan Maksu Syaza. Mungkin peragainya yang sedikit sama seperti ibu. Mudah untuk aku mengenalnya rapat.

Haris pula semakin hari aku rasa seperti jauh denganku. Walaupun dia tidak pernah meninggalku sendirinya di rumah keluargaku ini tetapi layanannya dinggin denganku. Aku tidak tahu apa yang mengganggu emosinya.

Walaupun begitu pakai makan ku amat di jaga. Mungkin itu pesanan mama kepadanya.

"Saffiya makan"

Ajakkan Haris mengembalikkan aku kepada dunia sebenarku.

Haris terus ke dapur dengan bungkusan makanan yang di belinya. Diambil 2 pinggan dan terus menghidangkan nasi putih. Ayam goreng dan sayur campur turut di hidang Haris. Air sirap yang sudah tersedia di dalam peti ais di ambil dan di tuang ke dalam dua buah cawan.

Aku hanya memandang kecekapan Haris dalam menghidangkan makanan tengah hari ini kepadaku.

Apabila semua selesai terhidang Haris terus menarikku duduk di kerusi depannya. Aku hanya menurut.

Dalam seminggu ini aku seperti mayat hidup yang hilang arah. Di ikut semua kata Haris. Di suruh makan aku makan disuruh tidur aku tidur. Apabila aku ingin bercakap dengannya dia seperti menyibukkan diri sendiri.

"Haris"

Aku cuba memancing untuk bercakap dengannya.

"Kita tengah makan. Tak baik bercakap"

Haris membalas tanpa memandang wajahku. Di gaul nasinya bersama kuah dari sayur campur yang di belinya itu. Di ambil pula ayam goreng dan di letakkan di pingganku. Kuah dari sayur campur di tuangkan dalam pinggan nasiku tanpa sayur. Haris tahu aku tidak gemarkan sayur. Perkara yang di kategorikan sayur sikit pun tidak di sentuh oleh mulutku.

Sukar aku taksifkan sekarang kenapa Haris dinggin denganku. Apabila air mataku mengalir Haris hanya membiarkan sahaja. Sikit pun dia tidak memujukku. Hal ini makin menyakitkan hatiku.

"Saffiya nak tanya sikit"

Setelah selesai aku menghabiskan nasi yang di letakkan dalam pingganku, aku mula bersuara.

"Haris tak habis makan lagi"

"Haris marahkan Saffiya ?"

Aku tidak hiraukan bantahan Haris. Aku tahu itu cuma alasannya sahaja. Sejak aku berkahwin dengannya tidak pernah pun dia marah jikalau ingin bersembang ketika makan malahan kami pernah bergelak tawa ketika makan.

Ah aku rindu kawanku, kekasihku dan kini suamiku.

"Kenapa nak marahkan Saffiya?"

Aku mula perasan sejak malam dia memujukku jarang ahhh mungkin tidak pernah sekali pun dia memanggilku 'sayang'.

"Habis tu kenapa Saffiya rasa Haris makin jauh dengan Saffiya ?"

Tanyaku lagi dan lagi.

"Saffiya tengah sedih. Haris tak nak kacau emosi Saffiya"

Alasan lagi.

"Pasal Danial..-"

Kata-kataku terus terpotong.

"Dia nak tenangkan Saffiya. Takpe Haris faham"

"No. Saffiya ingat masa tu Haris. Kalau Saffiya tahu itu dia takkan Saffiya peluk"

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now